Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Usahawan Berjaya

Usahawan Bermula Dari Usia Kecil

Hari usahawan sekolah merupakan platform yang bagus untuk memperkenalkan anak pelajar dengan asas bisnes.  Pada hari ini, setiap kelas ada gerai jualan sendiri.  Guru bersama pelajar akan tentukan kelas mereka akan jual apa. Katakan sandwich.  Berapa banyak yang hendak dijual?  Apa bahan mentah yang kita perlukan?  Berapa kos yang diperlukan sebagai modal awal?  Berapa harga sandwich yang kita akan jual?  Anak ada maklumkan bahawa gerai yang mendapat kupon paling banyak menjadi juara.  Kupon terbanyak itu maksudnya apa?  Jualan tertinggi.  Dunia usahawan bukanlah hanya jualan yang paling banyak.  Kita lihat gerai mana yang mendapat perhatian pelanggan dari sudut khidmat pelanggan, gerai mana yang punya usp tersendiri.  Tahun lepas ada pelajar yang memakai apron datang ke meja ibu bapa yang sedang duduk berbual dan menikmati makanan, mereka menunjukkan barang jualan dan mula buat promosi. Inisiatif yang bagus. Lain d...

Kisah Hari ini | Seminar Fesbuk Power

Alhamdulillah sudah sampai di rumah, berkesempatan untuk menghadiri Seminar FesbukPower di Dewan MCA, Jalan Ampang.  Seminar dijadualkan bermula jam 8.30 pagi, ibu keluar rumah jam 7.15 pagi. Plan mahu naik komuter, sampai sahaja di Stesen Rawang 7.46, tren baru berlepas....  Tren berikutnya jam 8.15, pukul berapa nak sampai? Ibu terus ke Gombak, naik LRT lebih cepat. Ibu nak cepat, sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas di kaunter minta ibu gunakan mesin. Sudah lama tidak menaiki LRT, rupanya sekarang sudah menggunakan coin, sama seperti yang digunakan oleh tren Metro di Guangzhau. Sampai di Wisma MCA, lega belum bermula, ramai betul manusia, ramai yang berulang-ulang pergi ke Seminar DAO kerana mahukan energy positif dan tambah ilmu.  Menarik, penuh tenaga, gelombang positif. Antara perkara yang diulang oleh Dr Azizan dalam seminarnya; The Power of Giving The MORE you give, the MORE you get! Social Media adalah fenomena Interne...

Tip Bisnes Puan Ainon Mohd | Faktor Peribadi Dalam Dunia Bisnes

Ibu masih lagi belum berkesempatan untuk ke PBAKL yang masih berlangsung di PWTC sehingga Ahad ini. Senarai buku yang hendak dibeli memang agak banyak, ibu cuba untuk senarai pendek mengikut budget semasa.  Hari ini ibu ingin berkongsi tip bisnes daripada Puan Ainon Mohd, COE PTS Sdn Bhd. Lahir pada 1950 di Kampung Jenjarum, Kuala Langat, Selangor. Pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum berhenti kerja pada usia 38 tahun dan memulakan bisnes sendiri. Istimewanya beliau tidak pernah memohon sebarang bantuan dari mana-mana agensi kerajaan dalam menjalankan bisnesnya. Beliau bermentor dengan peniaga-peniaga Cina berkenaan selok belok berniaga, dan sehingga sekarang bisnes beliau berkembang dengan dukungan pembekal Cina dan India. Dalam menjalankan urusan bisnesna sehari-hari, beliau sangat berpegang teguh kepada 2 prinsip mencari rezeki: 1. Hanya menjual benda-benda yang betul-betul halal dengan cara yang halal 2. Bersih daripada amalan rasuah ...