Skip to main content

Tip Bisnes Puan Ainon Mohd | Faktor Peribadi Dalam Dunia Bisnes

Ibu masih lagi belum berkesempatan untuk ke PBAKL yang masih berlangsung di PWTC sehingga Ahad ini. Senarai buku yang hendak dibeli memang agak banyak, ibu cuba untuk senarai pendek mengikut budget semasa. 

Hari ini ibu ingin berkongsi tip bisnes daripada Puan Ainon Mohd, COE PTS Sdn Bhd. Lahir pada 1950 di Kampung Jenjarum, Kuala Langat, Selangor. Pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum berhenti kerja pada usia 38 tahun dan memulakan bisnes sendiri.


Istimewanya beliau tidak pernah memohon sebarang bantuan dari mana-mana agensi kerajaan dalam menjalankan bisnesnya. Beliau bermentor dengan peniaga-peniaga Cina berkenaan selok belok berniaga, dan sehingga sekarang bisnes beliau berkembang dengan dukungan pembekal Cina dan India.

Dalam menjalankan urusan bisnesna sehari-hari, beliau sangat berpegang teguh kepada 2 prinsip mencari rezeki:
1. Hanya menjual benda-benda yang betul-betul halal dengan cara yang halal
2. Bersih daripada amalan rasuah

Tip Bisnes: Faktor-Faktor Peribadi Yang Sangat Penting Dalam Dunia Bisnes

Barang yang kita jual bukan barang yang unik. Banyak orang lain menjual barang yang kita jual. Kalau pelanggan tidak membeli dari kita, bila-bila masa dia boleh membeli daripada peniaga lain kerana banyak orang lain menjual barang yang serupa dengan apa yang kita jual. Jadi, diri kita adalah modal yang sangat penting dalam perniagaan kita.

Dalam bisnes, bank kita yang paling penting adalah manusia lain. Kita boleh memulakan perniagaan walaupun bank tidak mahu memberi kita pinjaman. Yang lebih penting dari bank adalah adanya manusia-manusia yang mahu memberi kita tempoh kredit. Manusia hanya mahu memberi temph kredit kepada orang yang dia benar-benar percaya akan membayar setiap sen hutangnya. Dalam dunia bisnes, kalau kita lambat bayar hutang tidak apa, jangan sekali-kali kita lari dari membayar hutang.

Manusia suka membeli daripada orang yang baik-baik. Tidak mungkinlah ada orang yang suka membeli dari orang yang dia tengok sebagai peniaga yang jahat. Jadi, pelanggan kita mesti yakin kita ini orang baik, baru dia mahu membeli dari kita. Jangan sekali-kali menipu, jangan ingkar janji, jangan tidak bayar hutang, jangan cakap lain buat lain, jangan bergaduh dengan sesiapa, jangan mengumpat sesiapa.

Manusia suka membeli daripada orang yang dia sukai. Tidak mungkinlah ada manusia yang suka membeli dari orang yang mereka benci. Beberapa perkara yang menjadikan diri kita orang yang disukai oleh orang lain:

1. Kita suka memuji orang lain. Ini bermakna jangan sampai pelanggan kita terdengar kita komplen berkenaan apa-apa pun, berkenaan siapa-siapa pun. Sentiasa bercakap perkara yang baik-baik sahaja tentang orang-orang lain. Nanti semua orang suka berkawan dengan kita. Semakin banyak kawan kita, semakin banyak pelanggan kita.

2. Kita ringan tulang suka menolong kerja orang lain. Tidak ada orang yang suka berkawan dengan orang yang malas, yang tidak suka menolong orang lain. Sebelum orang minta tolong, kita sudah menolong dahulu. Orang yang pernah kita tolong akan menjadi pelanggan kita.

3. Sentiasa memberi lebih daripada yang diminta. Manusia memang begitu, mereka mahu untung sahaja. jadi, sentiasa beri lebih dari yang diharapkan.

Cukup setakat ini dahulu, mata sudah mengantuk (entry ditulis semalam) semoga bermanfaat untuk ibu dan anda juga. 

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...