Skip to main content

Posts

Showing posts with the label suami-isteri

Cinta Yang Hilang... Bhg 1

Akhir-akhir ini ibu agak kurang fokus untuk update blog. Bila ada idea, tidak sempat untuk menjengah laptop, bila mengadap laptop, idea pula melayang entah ke mana. Seronok bila di rumah dengan anak-anak sehinggakan masa agak terhad untuk online. Cuti sekolah ini anak-anak leka bermain dan berseronok di rumah. Bila ibu beritahu ibu perlu bekerja, anak membalas "Ibu kerja di rumah ke kerja di luar?" Emm bagaimana mahu terangkan dengan anak-anak kerana mereka biasanya meneka ibu kerja di rumah kan? Lalu senyumlah mereka tidak mahu dihantar ke taska. 'Cabaran ibu bekerja di rumah' Petang ini ibu mahu kongsikan cerita ini tentang kasih sayang cinta pasangan suami isteri juga anak-anak tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam slot SoalCinta Solusi Isu 25. Ketika pasangan suami isteri itu berpindah ke bandar, kehidupan mereka berdua penuh ceria. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan belum menjadi, mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. S...

Suami Yang Menggembirakan Isteri

Ini gelagat para suami isteri yang ibu perhatikan sepanjang berada di kedai. Suami yang baik menemani isteri membeli barangan keperluan dapur dan juga pakaian sendiri dan anak-anak. Situasi A Suami: Nak cari apa Isteri: Sekejap lar nak tengok baju anak Suami: Baju apa lagi...? Isteri: Alah tengok-tengok jer dulu Suami: Tak payah... jom sambil berlalu membawa troley dan isteri keluar dari kedai lalu mengekori suaminya Situasi B Suami: Baju anak tak ada lagi, cer tengok sini Isteri: Haah.... yang ni cantik bang, ok tak? Suami: Ermm ok tu.... boleh beli Isteri: (Sambil senyum) ok, nak ambil yang ni satu lagi boleh bang? Suami: Boleh, ok jugak tu... ambik2 Isteri memberikan baju-baju yang telah dipilih kepada cashier Suami: Berapa semua? (sambil mengeluarkan dompet) Antara gelagat suami isteri yang ibu temui di sini, alangkah seronok si isteri dalam Situasi B... Situasi A biasanya berlaku bila suami tidak mahu layan read as suami kekurangan wang, duit yang ada cukup untuk bel...