Skip to main content

Posts

Pencinta Buku & Majalah

Jika tiada apa-apa perancangan hujung minggu ini, apa kata bawa keluarga ke 2 karnival buku yang di adakan di Shah Alam. 1. Karnival MPH 2. Karnival Karangkraf   Click image for bigger view Jumpa di sana.... :D

Nasi Dagang

Pagi ni saya masak pulut kuning dengan gulai ayam, sudah beberapa hari Hakim dan Aiesyah duk minta ibu buatkan 'nasi kuning'. Kali pertama saya masak pulut kuning pada Hari Raya Haji yang lepas. Ibu masak agak lewat dan tak sempat Hakim nak bawa bekal pulut kuning ke Taska. Pada Ahad yang lepas saya masak nasi dagang bagi tujuan potluck Gathering , ini merupakan nasi dagang ke-3 saya buat 100%.  Saya ingin sangat berkongsi dengan anda semua resepi Nasi Dagang versi comellote :D manalah tahu kut2 ada yang nak cuba masak Nasi Dagang kan? Saya pun masih belajar juga jadi ada bahan yang saya agak2 sesedap rasa jer letak. Bahan-bahan Nasi: 1. Beras nasi dagang - direndam sekejap sebelum dikukus dalam 10-15 minit 2. Bawang merah - dihiris halus 3. Halia - dihiris halus 4. sedikit halba 5. Air masak 6. Santan pekat - di masak dengan api perlahan dan diletakk sedikit garam Bahan-bahan Kuah Ikan (Gulai ikan) 1. 1kg Santan pekat 2. 5/6 gelas air 3. 6 ulas bawang merah 4...

Walker, Kebaikan atau Keburukan

Kebanyakan bayi berusia lingkungan 5 hingga 15 bulan menggunakan 'walker' termasuk juga anak-anak saya. Jika kita ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan rutin bayi selalunya misi nurse akan mengingatkan kita 'penggunaan walker adalah tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan kecederaan parah kepada bayi' Kenapa tidak digalakkan? Saya menggunakannya untuk anak-anak saya ok jer... :) Alhamdulillah mungkin kerana rumah saya tiada tangga tinggi dan penggunaannya sangat terhad (waktu-waktu tertentu sahaja).Walker adalah cara saya menangani situasi berikut: 1. Hakim atau Aiesyah bising "Ibu...! Amiklah Umar ni, Umar kacaulah Hakim/Aiesyah nak wat kerja ni!" Kerja diorang selalunya dengan buku-buku atau guli (hobi terbaru). Umar pula sangat suka mengusik kakak dan abangnya sebab dia memang suka 'rasa' buku dan guli tu :D 2. Apabila saya hendak menyapu atau mengemop 3. Anak menangis dan ibu dah tak tahu nak pujuk macamana.... konon letak dalam w...

Frust dengan Gathering 1, Gathering 2 Pulak :-)

Walaupun berasa sedikit sedih dan kecewa kerana tidak dapat bersama-sama dengan rakan blogger yang lain menyertai MBP gathering , saya tetap ceria demi anak-anak. Yang bagusnya suami tetap cool aje seperti tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa banyak kali diminta oleh saya pusing kawasan Taman Tasik Shah Alam. Apabila perut sudah mulai lapar dan anak-anak sudah meragam kami berhenti di kawasan berhampiran dengan Masjid Negeri Shah Alam. Abang, Hakim dan Umar mengikut tema Go Green, tapi ibu dan Aiesyah pakai pink sebab memang tak ada baju color hijau dan saya perlu pakai nursing shirt . GoGreen kami raikan sekeluarga kerana berada di hutan rimba Taman Tasik Shah Alam :-P   Apalah yang baby Umar duk fikir tu? Awning tudung saya jadi tak cantik ketok lepas masuk washing machine... hehe :D The Big Green Bag yang di belakang saya tu beli di Tesco Sabtu lepas sempena hari tanpa beg plastik (ala-ala gitu ler.. dah lupa temanya) harga 1.99. Harga asal 3.99 kut diberi diskaun 50% p...

Silap Saya - was Gathering

Semalam berungkus lumus saya menyiapkan gulai ikan untuk juadah nasi dagang yang saya nak bawa ke gathering MBP hari ini. Lepas balik dari membeli barang-barang dapur saya mula kan operasi, dari jam 7.30 hingga 9.45 mlm. Saya bangun hampir jam 5 pagi untuk siapkan nasinya pula, jam 7.30 baru selesai semua padahal saya plan nak gerak dah time tu :( Anak-anak baru bangun, lepas dah siapkan anak mandi pakai semua, depa nak makan pulak..... gitu gini hampir jam 8.20 baru gerak, dahler lewat turun lepas 10 minit perjalanan kami patah balik sebab barang tertinggal :-s Sampai di area Tasik Shah Alam hampir jam 9.30 pagi, dah lewat sangat dari perancangan asal, tak tahu berapa kali kami duk tawaf tasik tapi tak nampak pun lembaga hijau yg saya bayangkan sebelum datang ke sini. Kami berhenti bila melihat kelibat ramai orang, tapi bukan group MBP. Jam menunjukkan 10.58 anak-anak dah meragam nak main playground. Kami berhenti di tepi tasik berdekatan dengan masjid (saya ingat landmark yg diber...

Anak dan Gathering

Bismillah Beberapa hari tiada new entry, masa begitu pantas berlalu seperti pepatah Arab ada mengatakan "Masa Ibarat Pedang". Minggu depan adalah minggu terakhir di bulan pertama tahun 2010. 24jam masa sehari rasanya tidak cukup untuk melakukan semua benda. Aiesyah sudah pandai bermain game 'mix and match' dan belajar ABC di starfall.com, tangan Aiesyah yang kecil comel itu dulunya nak tekan mouse pun selalu tak jadi sekarang dah boleh drag2. Pada ibubapa yang mempunyai anak 2-5 tahun, saya sangat mencadangkan web education ini . Belajar sangat menyeronokkan dan menggembirakan anak kecil anda sehingga ibu terpaksa bersaing untuk menggunakan pc, dan adakalanya sampai tertidur di depan pc dengan kepala terlentuk di kerusi :)   Umar pula sejak 2-3 hari ni agak manja, selalu nak kena main dengan dia menyebabkan ibu rasa senang hati duduk sambil main2 jer dengan Umar sementara Aiesyah belajar dan ibu juga tidak senang duduk kerana banyak lagi mende yang belum settle....

Rahsia Solat Awal

Saya nak kongsikan email yang diterima berkaitan Kelebihan Solat di awal waktu, semoga bersama mendapat manfaatnya. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim Alumni ESQ Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi... Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang ...