Skip to main content

Posts

Kisah: Hidup Ibarat Roda

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?" Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab,"Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu" Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaan suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bangkrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu, disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai. Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula, bertemu jodoh den...

Courier ke Kura-kura?

Assalamualaikum, Mintak maaf sebab entry pagi Isnin ni agak suam-suam kuku, tak sampai tahap panas lagi... Ni pasal geran kereta yang saya buat full settlement awal bulan haritu. Saya minta pihak bank courier ke sini segala dokumen termasuk geran dan dikenakan bayaran rm30 (ni courier apa sampai 30 ringgit charge?) Tapi yang pelik bin ajaib dan heran dah 2 kali saya ke bank tersebut dan 2 kali call masih lagi geran belum sampai seperti yang dijanjikan paling lewat 2 minggu. Sekarang rasanya dah hampir sebulan! Geram juga dengan pihak bank tersebut yang mengambil lewa sahaja perkara penting seperti ini, dah la masa nak full settlement haritu sikit pun tak dapat kurang! Untung nak lebih, kerja ............ Notakaki: Penat jalan ke Pesta Buku semalam, walaupun penat tetap bangun awal nak update stock di blog dan shopping cart . Jemputlah datang yer :)

Ninja Star

Twinkle twinkle little star How I wonder what u are Up above the world so high Like a diamond in the sky Entry ini bukan untuk pertandingan nyanyian tapi kisah anak yang mahukan ibu buat star dengan paper, stail ninja star yang digunakan untuk melawan musuh tu... star 4 bucu. Balik dari sekolah, hakim terus amik a piece of paper dan melipat-lipat konon macam pro lar... sekali tak jadi pun. Isk macamana ni... dah lupa lah tu nak buat macamana... :) jadi hakim minta ibu buatkan star untuknya. Termenung juga sebentar ibu dibuatnya sebab ibu tak reti sangat paper craft ni yang ibu tahu cuma buat kapal, kapal dan kapal. Ibu panggil perahu tapi hakim panggil kapal. Star ni kira senang ler jugak, macamana kalau hakim mintak buatkan burung, katak, dan binatang lain yang seangkatan dengannya. Kalu ular boleh la ibu gulung-gulung aje jadi melingkar macam ular :D Nasib baik ada cik Google, ibu carik la "make a star with paper" mudahkan dengan teknologi yang ada semua benda yang a...

Sekali Sekala Rendam CD dengan Cuka

Lama tak ceritakan pasal CD, harini teringin nak berkongsi sedikit tentang cara penjagaan CD yang saya amalkan. Sebelum menggunakan cd mesti kena basuh dulu sama jugalah jika membeli pakaian. Jika pakaian perlu dibasuh sekali sebelum digunakan tapi cd mungkin perlukan basuhan tanpa sabun sehingga 3 kali. Jika tidak dibasuh dengan sempurna sebelum digunakan, cd mudah bocor. gambar sekadar hiasan ikhlas dari google Aplikasi di atas bagi cd tertentu sahaja, kerana ada cd yang hanya sekali basuhan sudah dapat digunakan dengan jayanya tanpa bocor. Mula-mula beli insert microfiber sangat-sangat lah gebu dan ringan, letak dipipi pun tidak terasa :), lain ceritanya bila sudah berbulan-bulan digunakan, insert menjadi semakin berat dan keras tambah-tambah lagi jika suka menggunakan sabun semasa cucian. Gunakan sabun tertentu sahaja seeloknya yang jenis HA, tiada enzim, tiada pelembut, tiada klorin dan kurang berbau. Rendam dengan cuka adalah salah satu cara untuk meneutralkan kesan tinggala...

Beautiful Blogger Award

Beautiful Blogger Award from KiNSyAkRn & Temp. Housewife . Thanks a lot for both or them and really appreciate sebab pilih saya to receive the award. Rewards tak de ker? This award just like surat berantai, if you read them then you have to do the same thing. But never-mine sebab we can exchange link together-gether. My link stated in your blog and your link in my blog. (psst...temp housewife... tambah link dekat nama Wan Anie tu) 7 Things About Myself 1. Really need rice for daily diet . Saya ni jenis yg suka makan dan mesti makan nasi, kalau tidak saya akan sakit kepala sebab tak cukup karbohidrat. Sumber karbohidrat saya yang utama adalah nasi, nasi dan nasi. 2. Very addict to coffee . Betul, saya memang suka minum kopi, tidak kira mengandung ke menyusu ke kopi tetap pilihan di hati, koko tu 2nd choice if takde kopi dan teh saya kurang sebab selalu angin bila minum teh kecuali teh herba. 3. Seorang yang penyayang terutama kepada anak kecil termasuk barang-barang plastik m...

Sticky: Buku Wang Saku & Pengurusan Belanjawan Keluarga

Bismillah, Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga telah diberikan percuma kepada 7 orang bertuah pada entry ini . Oleh kerana tidak mahu menghampakan beberapa orang yang juga mahukan buku ini dan memandangkan saya telah dapatkan dalam 20 set buku ni, jadi sesiapa yang nak sila tinggalkan komen di sini. RM5 dikenakan untuk 1 set buku ni termasuk kos penghantaran; 1. Buku Wang Saku Buku catatan keluar masuk aliran tunai setiap hari dipecahkan kepada setiap minggu, tambah menarik dengan kartun ilustrasi Lat. Jadikan Buku Wang Saku ini sebagai panduan merancang perbelanjaan setiap hari, dalam masa yang sama membantu anda mengesan jumlah lebihan perbelanjaan dan baki wang yang boleh anda simpan. Nazril Idrus mengadakan seminar khas mengenai Buku Wang Saku ini, boleh lihat dalam Utusan Malaysia . 2. Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga Buku Pengurusan Belanjawan yang sangat baik untuk anda dan keluarga, menentukan matlamat kewangan, mencatat pendapatan, hutang, simpanan, Takaful dan pel...

Teknik Memuji Berkesan

Manusia memang mudah nakpak keburukan dari kebaikan yang ditunjukkan seseorang. Ibubapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak berbanding memuji kebaikan yang mereka lakukan. Suami isteri boleh bermasam muka kerana sedikit kesilapan, hingga terlupa nak menghitung beribu kebaikan yang dicurahkan selama ini. Jika mahu lahirkan insan cemerlang, tidak kira anak, rakan mahupun pekerja maka perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara nak suburkan kebaikan adalah dengan memuji supaya mereka merasa sernok dan mengulangi kebaikan tersebut. Memarahi seseorang tidak perlukan kemahiran, tapi untuk memuji perlu kemahiran. Bagaimana cara memuji yang meninggalkan kesan kepada anak dan membuatkan mereka mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu! Segerakan Pujian - Segera memuji semasa kebaikan itu dilakukan. Kalu lihat anak bersusah memegang penyapu dan menguis nasi yang diteraburkan mereka sendiri "Ha... macam ni l...