Skip to main content

Kisah: Hidup Ibarat Roda

Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu. "Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?"


Sikap si suami berbeza dengan sikap isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab,"Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu" Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis.

Tidak lama selepas itu, perniagaan suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bangkrap. Dia terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak. Selain itu, disebabkan sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumahtangga mereka menjadi huru-hara dan akhirnya mereka bercerai.

Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat, wanita itu berkahwin semula, bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya, pintu rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka, ternyata tetamu yang tidak diundang tu adalah seorang pengemis. Wanita itu berasa sedih melihat pengemis yang daif itu. Lantas dia berkata kepada suaminya, "Bolehkan saya memberi makanan kepada pengemis ini?"

"Ya, berilah makanan kepada pengemis itu."

Selepas memberi pengemis itu makanan, si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan, si suami bertanya, " Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?"

Si isteri menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, "Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukan siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas suamiku."

Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, "Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya!"

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...