Punya lah panjang tajuk kali ini Ini cerita si cilik Umar dan Aiesyah, hari ini ada pementasan taska dan persembahan pakaian beragam. Sudah berminggu Aiesyah berlatih menyanyi siap dengan gaya sekali, tetapi bila tiba harinya tak dapat hadir sebab chicken pox yang masih belum reda, penuh di muka dan badannya. Setiap hari kami mendengar lagu yang Aiesyah nyanyi sehingga ibu, abah dan hakim pun boleh menghafal lirik lagunya. Jika diikutkan hari ini, anak-anak akan dihantar ke taska untuk persiapan pentas dan rehearsal, pelajar perempuan bergaya dengan baju muslimah dan lelaki dengan baju melayu lengkap dengan songkok. Ibu sudah membayangkan Umar yang berjalan di pentas dengan baju melayu dan juga jubah, begitu juga Aiesyah dengan baju muslimah dan abaya siap dengan tudung syria yang ibu baru beli Isnin haritu. Nampaknya tiada rezeki anak-anak untuk bergaya di pentas hari ni, jika berkesempatan kami nak bawa anak-anak melihat aksi teman taska mereka, bagi memenuhi hasrat Aiesyah y...