Skip to main content

Bila Anak-Anak Kena Chicken Pox

Chicken Pox atau cacar air atau juga dikenali sebagai bertih disebabkan oleh virus dari kumpulan herpes (sama jenis macam kudis buta) senang berjangkit dan boleh menyerang kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Tanda atau gejala chicken pox ini boleh dikesan bila ada ruam-ruam merah di badan, muka, kepala, tangan dan kaki. Ruam merah ini akan timbul dan berair, kemudian pecah meninggalkan kesan merah dan berkeruping. Biasanya akan gatal dan kesan garu ini akan meninggalkan kesan parut. (Kenapa orang-orang tua cakap tak boleh kena hujan nanti berparut?)

Penghidap juga boleh mengalami gejala lain seperti sakit perut, kurang selera makan, batuk selsema dan biasanya demam.

Bagi kanak-kanak, biasanya mereka akan mendapat demam beberapa hari sebelum timbul ruam, bila anak demam berlarutan elok berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan atau lihat sekiranya ada gejala chicken pox ini.

Menangani Anak Yang Terkena Jangkitan Chicken Pox

Bagi anak-anak di bawah usia 2 tahun, ibubapa kenalah bersabar kerana biasanya anak kecil ini akan merengek dan serba tidak kena, badan tidak selesa dan gatal-gatal. Elakkan tempat yang panas.

Bagi anak-anak yang sudah melebihi 3 tahun, beritahu anak bahawa ini adalah gejala biasa bagi anak kecil seusia mereka. Hakim (5 tahun) dan Aiesyah (3 tahun) lebih terbuka bila ibu beritahu "ibu dan abah juga mendapat chicken pox semasa kecil, kami tidak menggaru dan tidak bermain di luar sebab itu tiada parut"

Anak akan faham dan mengerti bahawa mereka perlu alami situasi 'normal' itu dan keadaan akan menjadi baik seperti biasa.

Selepas mandikan mereka ibu akan sapu Calamine Lotion ke seluruh badan dan tempat yang dijangkiti.

Jika hanya seorang anak yang mendapat chicken pox, asingkan pakaian, tempat tidur (yang ni susah nak buat) dan tuala mandi. Elakkan anak-anak yang lain bersentuhan dengan anak yang dijangkiti (ini pun susah nak buat).

Chicken Pox bukan suatu yang menakutkan tapi menggembirakan di rumah ini sebab menjadi bahan gurauan... hehe. Kami akan berkampung sesama kami sahaja dan tidak ke rumah saudara-mara atau balik kampung dalam masa terdekat ini.

Ada baiknya juga diberikan air kelapa muda, ini adalah petua orang tua-tua.

Umar yang tetap hensem :-)

Gejala dan rawatan chicken pox lebih kurang sama sahaja dengan kudis buta. Tee Tree Krim juga bagus untuk merawat chicken pox dan kudis buta.

Comments

  1. umar kena chicken pox ker anie? ciannya dia...

    ReplyDelete
  2. semoga Umar cepat sembuh.. anak2 sy pulak kena flu skrg.

    ReplyDelete
  3. MamaYatie,
    haah... Umar biasa jer, aiesyah yang lebih merengek :)

    ReplyDelete
  4. SriCahaya,
    terima kasih, saya juga harap begitu, biara anak sihat ibu pun ceria

    ReplyDelete
  5. Nur,
    hope so, tengah musim kut sekarang ni ramai juga yang kena chicken pox ni... selsema dan demam datang pakej.

    ReplyDelete
  6. ala.. ala.. sian ye dia... tp tetap comel!!.. =)

    ReplyDelete
  7. siannya umar... xper pasni akan makin hensem... ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...