Skip to main content

Posts

Anak Kencing Malam

Anak ibu yang bongsu Umar dalam latihan buang air di tandas, hampir 6 bulan sudah Umar tidak menggunakan sebarang diaper tidak kira siang atau malam. Ibu tidak mahu Umar keliru dan mengambil ringan untuk buang air di mana-mana sahaja yang disukainya.  Setiap perkara perlukan latihan, macam itulah juga dengan latihan ke tandas ni, sebab itu berlaku keciciran dalam proses latihan ini. Aiesyah dulu hampir 4 tahun pun masih lagi keciciran terutama waktu pagi. Proses latihan memerlukan sedikit tenaga dikeluarkan seperti membasuh toto hampir setiap hari, jika tidak maka tiada alas toto untuk tidur pada malamnya atau tenaga mengangkat anak yang tiba-tiba, memegang .... nya dan kelihatan seluarnya sudah kebasahan. Respon ibu? Marah? Tidak perlu kerana inilah proses kehidupan seorang anak yang normal. Ibu juga begitu agaknya semasa kecil dahulu malah mungkin lebih teruk lagi. Menguruskan anak tidak lar memenatkan seperti menguruskan toto yang hendak dicuci. Toto yang b...

Peserta Comel Lote GiveAway

Alhamdulillah, hari ini sempat ibu update entry tentang GiveAway yang sudah lama tertangguh. Terima kasih kepada semua peserta, ibu listkan di sini peserta yang isi form GiveAway, kerana di sana terdapat semua maklumat yang ibu kehendaki, tetapi ada juga yang isi form tetapi tidak masukkan maklumat email dan sebagainya. 1. Along Nida http://alongnidar.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html 2. KakYong Habibah http://www.kakyong.com/2011/11/jom-intai-intai-butik-si-kecil-comel.html 3. Latifahbee Kay http://puanbee.com/comel-lote-collections-butik-online-untuk-kanak-kanak/ 4. MamaYatie http://dis-mysimpleworld.blogspot.com/2011/11/ada-apa-dengan-butik-si-kecil-comel.html 5. Firahamzah http://gossip-fir.blogspot.com/2011/11/giveaway-comel-lote-collections.html 6. Roziah Khalid http://sayangkuzie.blogspot.com/2011/11/giveaway-by-comel-lote-collections.html 7. Ummi Affaf http://affaf-contest.blogspot.com/2011/11/givea...

Ibu Yang Menyepi

Ya Allah berilah daku kekuatan untuk terus menulis, semoga sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca yang budiman. Ibu masih riuh cuma tersepi di rumah dan sunyi di blog ini, mohon maaf kepada peserta Comel Lote GiveAway yang masih setia menanti. Ibu rasa sangat bersalah, tetapi tiada daya dan kekuatan untuk meluangkan sedikit masa untuk mencari pemenang buat masa ini. Ibu baru punya 3 anak, 1 di sekolah rendah dan 1 di tadika, 1 lagi sentiasa menjadi handbag di rumah. Ibu patut bersyukur berbanding ibu tunggal yang menguruskan anak-anak sendirian, ya tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana semuanya yang berlaku adalah yang terbaik diberikan kepada kita. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan anak-anak yang sihat dan bijak, semakin hari semakin bijak. Bijak atau tidak anak 5 tahun bila berkata begini; Ibu: Ibu sayang anak-anak ibu, Hakim, Aiesyah, Umar. Aiesyah: Siapa cinta Aiesyah? Ibu: Ibu cinta Aiesyah Aiesyah: ALLAH cinta Aiesyah. Terkedu ibu,...

Hari Pertama Anak ke Sekolah

Ibu tidak ingat hari pertama ibu ke sekolah dahulu, rasanya tidak ditemani oleh mak atau ayah sebab sudah biasa ke Tadika sebelum itu. Anak-anak zaman sekarang sudah matang, anak-anak ibu Hakim dan Aiesyah akan memulakan pengajian hari pertama di sekolah dan tadika masing-masing hari ini. Ibu kejutkan Hakim jam 6.15, walaupun Hakim tidak mahu membuka mata, ibu mengangkatnya ke bilik air dan menjirus, Hakim hanya menurut. Bila ibu ajak makan, Hakim tidak mahu hendak beli meehun goreng di kantin katanya. Excited hendak membeli makanan sendiri, Hakim pasti tiada masalah untuk membeli sebab ibu sudah biasa ajarkan Hakim ke kedai belikan roti, gula, dan lain-lain. Walaupun begitu Hakim belum cekap mengira wang terutama duit syiling. Semalam, kami ke sekolah Hakim mendengar taklimat, manakala Hakim diminta ke kelas dan menjalani ujian diagnostik. Habis sahaja taklimat kami melawat kelas anak dan kantin. Berapa ye wang yang ibu-ibu bekalkan untuk anak-anak ke sekolah. Kebanyakan m...

GiveAway by Comel Lote Collections

Kami dengan ini merasmikan satu giveaway bermula 3 Nov, ini adalah giveaway ke-3 yang dianjurkan oleh ibu dan hadiahnya adalah sponsor dari Comel Lote Collections. 3 Nov - 10 Dis 2011 Giveaway ini cukup senang, syarat-syaratnya: 1. Tulis satu entry tentang Butik Si Kecil Comel Lote Collections , apakah produk yang paling anda gemar dan nyatakan kenapa. Pilih produk di SINI atau SINI 2. Tajuk entry adalah mengikut kreativiti anda tetapi perlu diletakkan Comel Lote Collections di dalam tajuk entry tersebut. 3. Anda digalakkan menjadi member Google kami di Comel Lote Collections dan Tinta Comellote 4. Sekiranya anda suka dengan produk di Comel Lote Collections , sila 'like ' kami di facebook  http://www.facebook.com/ComelLoteCollections  dan tag produk yang anda paling suka. 5. Jangan lupa letakkan link Comel Lote Collections dan Tinta Comellote dalam entry tersebut. 6. 10 entry terbaik bakal menerima 'Measure Me Up' ini secara percu...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mee Udang Kuala Sepetang

Akhirnya..... tercapai juga cita-cita nak merasa mee udang famous di Kuala Sepetang. Pagi Sabtu lepas ibu berseloroh dengan abah  "Jom kita gi jalan-jalan..." "Jalan mana?" "Kita gi Taiping...?" "Boleh!" Terus ibu siapkan anak-anak, sipakan makanan dan bawa bekal baju sepasang seorang. Lepas semua sudah kenyang, hampir jam 11 kami bertolak. Abah tanya "Kuala Sepetang tu kat mana?" Ibu jawab "Entah, rasanya macam dekat dengan Taiping" Ibu tertanya-tanya juga apa yang istimewa mee udang Kuala Sepetang ni?  Sepanjang perjalanan dari rumah ke Tanjung Malim kelihatan banyak pondok-pondok kecil peniaga buah durian dan rambutan. Kami menggunakan jalan lama sehingga di Tapah baru masuk highway. Langit sangat cerah, pemandangan yang sangat menarik di sepanjang perjalanan, Subhanallah. Sempat lagi Hakim snap gambar motor hebat ni katanya. Anak lelaki memang suka dengan kereta/motosikal yang be...