Skip to main content

Posts

Resepi Berbuka Day 8: Ayam Goreng Crispy Tepung Magik

Alhamdulillah, sudah sampai hari ke-8 berpuasa, masih lagi bertahan untuk tidak ke bazar Ramadhan, dan minum ais. Antara azam puasa tahun ini... tahun lepas ada juga ke bazar walaupun hanya beberapa kali sahaja, tahun ini biar makan ringkas, air tangan sendiri. Bukan apa, sebenarnya pernah ada pengalaman mengalami keracunan makanan gara-gara beli makanan di bazar, pernah juga makan kuih tak ada rasa.... nampak menarik. Ye lah peniaga juga puasa, mereka tidak dapat merasa makanan yang mereka masak. Cirit-birit di bulan puasa memag menyeksakan, lembik... Jadi bermula tahun lepas, ibu mahu memasak sendiri juadah berbuka, biar ringkas, tapi cukup mengenyangkan. Alhamdulillah di Malasia belum lagi ada kes tidak dapat makan langsung semasa bersahur atau berbuka (jika ada pun kes terpencil yang tidak diketahui), jauh berbeza dengan warga Somalia yang menghadapi kebuluran serius akibat tiada apa hendak dimakan. Tadi ibu dengar tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Syed Norhisyam, kata us...

Cara Mudah Dan Cepat Sediakan Lauk Berbuka dan Bersahur

Assalamualaikum, salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa Bila tiba bulan puasa, kaum ibu antara yang sibuk, pulang saja ke rumah perlu sediakan juadah berbuka, jika tidak sempat masak, singgah sahaja ke bazar ramadhan... pelbagai pilihan makanan ada di sana, tunjuk dan sediakan duit sahaja. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati memilih peniaga dan gerai yang bersih, jangan ada yang terkena keracunan atau cirit-birit. Pagi-pagi biasanya kaum ibu yang bangun paling awal, sediakan makanan bersahur, kejutkan anak-anak. Ibu-ibu perlu bijak mengatur jadual dan membuat perancangan agar masa tidak terlalu banyak dihabiskan di dapur.  Antara cara yang boleh dilakukan ibu-ibu untuk menjimatkan masa sediakan juadah berbuka dan bersahur: Sediakan Lauk SejukBeku Ini antara cara yang ibu lakukan, masak dengan kuantiti yang banyak (biasanya ibu buat untuk 3 kali makan) masukkan 1/3 lauk ke dalam tupperware, simpan deep freezer. Sangat berguna di saat ibu tidak se...

Semakin Panjang Usiaku, Semakin Pendek Umurku

Sudah lama meninggalkan blog kesayangan ini, hari ini ibu ingin mencoret sesuatu di sini Gara-gara ledakan facebook, blog sedikit terpinggir :) Pertamanya ibu mahu ucapkan terima kasih kepada semua teman, rakan dan sahabat yang mengucapkan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan ibu dan keluarga. Terima kasih banyak kalian memang baik hati. Hanya Allah sahaja, ibu berdoa agar sahabat mendapat rahmat Allah yang berpanjangan.... Genap 33 tahun hari ini mengikut kalendar Masihi, sudah lebih usia ibu mengikut kalendar Hijrah. Semakin panjang usia, semakin pendek sebenarnya umur ibu ini. semakin dekat dengan kematian, semakin hampir menemui Pencipta Yang Abadi. Hari demi hari, tahun demi tahun semakin kerdil dan kecil diri ini, semakin kurang ilmu di dada, semakin gentar hati ini jika dijemput Ilahi tatkala belum bersedia.  Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (ujian). Dan hanya k...

Tip Kekal Sihat Cergas | Minum Air Secukupnya

Manusia tidak dapat hidup tanpa air, tanpa air kering kontang dunia. Fungsi air adalah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, meningkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Jika berasa panas badan, perlu minum air kosong lebih dari biasa, mempercepatkan proses penurunan suhu badan. Sekitar 70% kandungan air dalam badan setanding dengan fungsinya. Tanda-tanda kekurangan air adalah berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit belakang, sakit kepala dan sembelit. Ibu bukanlah pakar kesihatan, berkongsi sedikit ilmu yang ibu juga baru tahu. Bagaimana mengetahui berapa kuantiti air yang secukupnya untuk badan kita? Berapa jumlah air yang diperlukan seseorang dalam sehari? Jawapannya bergantung kepada aktiviti, cuaca, berat dan tahap kesihatan. Mari kita kira jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan (senang kira) Kira berat badan dalam paun dan bahagi 2 (jumlah yang dapat adala...

Homestay Muslim Nyonya Ayer Keroh, Melaka

Homestay Muslim Nyonya Rumah teres 1 tingkat berpagar No 45, Jalan Seri Raya,  Taman Muzaffar Syah,  Ayer Keroh, Melaka. Kemudahan; 3 bilik, 2 bilik air Aircond Water heater Perabot lengkap Dapur yang dilengkapi microwave, rice cooker Check in: 12 pm Check out: 12pm Berdekatan dengan: Taman Tema Air Melaka Wonderland. Taman Buaya, Hutan Rekreasi, Taman Rama-Rama, Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka. Kolej Komuniti Bukit Beruang, UTEM, Sek Men Sains Muzaffar Shah dan Multimedia Universiti (MMU) Melaka International Trade Centre (MITC) Jaya Jusco, Parkson, Melaka Mall, MYDIN Mitc, Planetarium Mitc dan Bowling Centre Mitc. Beberapa minit dari Tol Ayer Keroh. Hanya RM180/day HUBUNGI SEGERA UNTUK TEMPAHAN Wan Rohani: 019 - 242 9565 / 010 - 334 0589 Notakaki: Kiranya semasa anda datang, ada buah di pohon mangga depan rumah, boleh ambil sekadarnya untuk makan, tuan rumah izinkan :)

Nora: Voice of Ummi

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah ke jalan yang lebih baik termasuk penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya. Nora antara penyanyi yang ibu suka sejak awal penampilannya sebagai penyanyi kerana lagu yang didendangkan semuanya sedap di telinga ibu. Tambahan pula kebanyakan lagu yang dinyanyikan Nora diciptakan sendiri oleh suaminya Johan Nawawi memang sesuai dengan kemerduan suaranya.  Album Voice of Ummi yang memuatkan lagu kanak-kanak juga berunsur ketuhanan. Anak-anak ibu sangat suka dengan lagu Erti Al-Fatihah masing-masing sudah hafal makna Al-Fatihah itu sendiri. Ibu bangga dengan apa yang dilakukan oleh Nora dan suaminya jika tidak kerana lagu tersebut mungkin anak-anak tidak tahu erti surah pertama di dalam Kitab Suci Al-Quran yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari. Dengar lagu Erti-Al-Fatihah oleh Voice of Ummi di sini . Ibu pula suka dengan lagu Pedoman, bait-bait liriknya penuh makna, melodinya menusuk jiwa. ...

Aktiviti Pembelajaran Di Rumah | Homeschooling

Anak-anak mula belajar semasa di dalam rahim ibu. Proses pembelajaran berterusan sepanjang hidup, setiap hari anak-anak belajar perkara baru. Ibu juga belajar perkataan baru seperti 'pencil hot' sebenarnya pencil khat. Aiesyah anak yang kreatif, menghasilkan lukisan ini :) Lukisan membantu menggerakkan daya imaginasi seperti melukis Kak Ros yang ramping ini. Ini pula lukisan ibu... em nampaknya sama sahaja dengan lukisan Aiesyah :) Juga lukisan ibu... :) Aktiviti tampal-menampal menggunakan kertas warna yang digunting dan dibentuk mengikut kreativiti masing-masing. Hakim dengan lukisan 'robot jahat'nya. bentuk bunga-bunga itu dihasilkan dengan melipat kertas warna dan menggunting mengikut corak yang disukai.... lihat hasilnya. Hasil kerja tangan abah dan Hakim Bagaimana dengan lukisan bebas menggunakan warna air? Sila hamparkan tikar di laman rumah sebelum operasi bermain warna air dimulakan. Anak-anak sudah mengambil tempat, ib...