Anak-anak mula belajar semasa di dalam rahim ibu.
Proses pembelajaran berterusan sepanjang hidup, setiap hari anak-anak belajar perkara baru.
Ibu juga belajar perkataan baru seperti 'pencil hot' sebenarnya pencil khat.
Aiesyah anak yang kreatif, menghasilkan lukisan ini :) Lukisan membantu menggerakkan daya imaginasi seperti melukis Kak Ros yang ramping ini.
Ini pula lukisan ibu... em nampaknya sama sahaja dengan lukisan Aiesyah :)
Juga lukisan ibu... :)
Aktiviti tampal-menampal menggunakan kertas warna yang digunting dan dibentuk mengikut kreativiti masing-masing.
Hakim dengan lukisan 'robot jahat'nya.
bentuk bunga-bunga itu dihasilkan dengan melipat kertas warna dan menggunting mengikut corak yang disukai.... lihat hasilnya.
Hasil kerja tangan abah dan Hakim
Bagaimana dengan lukisan bebas menggunakan warna air?
Sila hamparkan tikar di laman rumah sebelum operasi bermain warna air dimulakan.
Anak-anak sudah mengambil tempat, ibu pula memotong batang pisang.
Macam-macam yang dilukis oleh anak-anak, tangan, kaki semua ada.
Ibu pun seronok sebab sudah lama tinggalkan warna air (eh ke tak pernah guna?)
Seronokkan bila dapat beraktiviti seperti ini dengan kos yang murah.
Warna air RM2 beli di kedai 2 Ringgit
Berus 4 batang (berlainan saiz) RM8
Kertas lukisan yang lebar supaya warna tidak tertumpah ke lantai
Gunakan bekas plastik terpakai - percuma dengan pembelian dadih :)
Jom kongsi apa aktiviti seni yang ibu-ibu lakukan di rumah bersama anak-anak.
Ibu belajar sesuatu, rupanya murah sahaja kos mendapatkan perhatian dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak kan?
Kadang-kadang ianya percuma seperti waktu berbual-bual sebelum tidur, modal air liur dan memek muka yang menggembirakan sahaja.
Senyum dan tidak perlu berkata apa-apa juga menggambarkan kasih sayang.
bestnya wat homeschooling macam ni kak..bila la saya nak mula buat benda2 mcm ni
ReplyDeleteseronokkan main water kaler..
ReplyDeletesaya ni asyik lupa jer nak beli, anak2 pun dah boring ngan pensil warna & crayon..huhu
selain 'main' gunting, gam, kertas, pensel warna kami suka main masak2 jugak...buat kek, bergedil, deko bilik tido (tampal wall sticker) hehee
Amirah..
ReplyDeletenanti boleh cuba buat dengan Ahmad :)
Betul MamaYatie...
ReplyDeleteIbu dengan abah yang terlebih teruja :)
Main masak-masak pun pernah tapi Umar belum dapat join... Hakim memang suka kacau kalau buat kuih...
Anak-anak perempuan kan suka cantik-cantik :D
kalu cuti sekolah, sy pun suka buat aktiviti2 dgn anok2. melukis, buat kuih dan mengemas rumah pun.
ReplyDelete@Nur
ReplyDeleteBagus sangat aktiviti bersama anak-anak, anak-anak Nur lagi kreatif.
hi..just follow ur blog..great story pasal anak2..suka saya membacanya..
ReplyDeleteTerima kasih Gold Finger sudi follow blog ibu yang tidak seberapa ini...
ReplyDelete