Skip to main content

Posts

Teknik Mudah Belajar Mengaji Quran

Ibu dulu belajar mengaji menggunakan Muqaddam, kalian belajar mengaji bagaimana? Kaedah Muqaddam adalah teknik yang digunakan dahulu, sekarang ini banyak kaedah yang diperkenalkan untuk memudahkan proses pembelajaran al-Quran. Tujuan semuanya sama untuk memandai kita membaca Quran. Terdapat lebih 16 kaedah telah diperkenalkan di Malaysia, antara yang popular Iqra', Qiraati, Al-Barqy, Al-Matien (Ustaz Zamri), Al-Baghdadi, dan banyak lagi termasuk kaedah Muqaddam. Itu belum lagi termasuk belajar secara interaktif menggunakan CD seperti e-Iqra' dan Quran Digital yang banyak dijual di pasaran. Walaubagaimanapun, bagi ibu tiada teknik terbaik kerana teknik terbaik adalah yang paling sesuai dengan seseorang individu itu. Setiap individu berbeza teknik terbaik masing-masing. Bagi ibubapa dan pendidik, menggunakan pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dapat membantu anak/pelajar menyesuaikan diri dengan teknik yang disukai. Hakim mula belajar quran secara formal ket...

Bila Anak Sudah Besar.....

Cabaran sebagai ibubapa semakin bertambah bila anak semakin membesar, betul atau tidak tunggu anak anak membesar dulu. Pemikiran anak-anak semakin berkembang dan kadang-kadang semakin kompleks. Si Hakim sekarang sudah malu-malu bila sebut perkataan love, love awek katanya. Amboi anak ibu kemain yer sekarang sudah pandai sebut awek-awek. Tadi sebelum hakim ke sekolah, macam biasa kami bersalaman, hakim akan cium tangan dan kiss 2 pipi dan dahi ibu, bila ibu peluk hakim ibu saja lah cakap 'I love U' nak tengok reaksi hakim, eh malu-malu pulak, apa lah ibu ni katanya. Mungkin sebelum ini ibu hanya gunakan perkataan sayang, tidak menggunakan love padahal maksudnya sama. Bila anak semakin membesar, lebih banyak soalan kompleks yang mereka tanya, lebih banyak perkara yang mereka fikirkan. Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya,"Ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mere...

Indahnya Hidup Bersyariat: Fardhu Ain

Alhamdulillah hari ini masih diberi nafas, syukur dikurniakan keluarga yang penyayang, memahami dan bertanggungjawab. Suami dan anak-anak adalah anugerah terindah dalam hidup. Ibu petik kata-kata Prof Dr Muhaya, hargai masa sekarang, orang yang berada di depan kita sekarang. Ibu belek buku Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus... sudah lama beli baru sekarang belek dan baca-baca. Banyak panduan asas fardhu ain di dalamnya. Doa-doa yang ringkas tapi dipandang enteng kebanyakan kita (termasuk yang tulis ni) sedangkan doa itu adalah perkara kecil yang besar kesannya. Contoh ringkas doa ketika wudhu' semasa membasuh muka, baca doa ini; "Ya Allah putihkan mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali-wali Engkau, dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau" Nampak sangat senang, tapi bila dihayati bait-bait doa, mendalam maksudnya.... semoga Allah menjadikan muka-muka orang yang berwudhu...

Solat Punca Utama Cerai?

Ibu mahu berkongsi berita ini, diambil dari laman mukabuku :) Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab apabila kita mati dan dibangkitkan di alam akhirat kelak. Kenapa Islam menitikberatkan solat ? Bagaimana mungkin perasaan kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT akan datang menyinari kehidupan dan hati sanubari kita sekiranya kita tidak kasih dan sayang untuk sujud (solat) kepada Allah SWT...? Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia akan meruntuhkan agamanya." - Hadis Riwayat Muslim Kasih sayang, rahmat, perasaan cinta kita kepada pasangan adalah sedikit kurniaan rahmat dari Pencipta, pemilik seluruh kasih sayang hambanya.... perasaan manusia boleh berubah, hati manusia dibolak-balik, iman   manusia biasa seperti kita ada turun naiknya. Sempurnakan solat kita ?

Gagal Di Sini, Berjaya Di Sana

Haritu berkobar-kobar mahu menulis entry baru seminggu sekurang-kurangnya 2-3 entry, masih belum berjaya dilaksanakan, nampaknya sebulan 2-3 entry adalah ;( Bukan senang nak melakukan tindakan selari dengan perancangan, perlu kekuatan di situ.... Alhamdulillah, hari ini sudah berjaya puasa 3 hari di bulan Syawal, masih berbaki 3 hari, memandangkan esok cuti, ibu bercadang untuk skip dulu dan sambung minggu depan, tapi nampaknya abah begitu bersemangat untuk teruskan puasa berturut-turut. Hakim baru dapat puasa 1 hari :) Bermakna tidak dapat menghadirkan diri ke jamuan raya sekolah Hakim esok.... mmmmm.... Untuk berjaya bukan senang, bila melihat orang yang telah berjaya berada di puncak sekarang, sudah pasti onak dan duri sepanjang jalan ditempuh tanpa putus asa. Ibu belajar dan belajar, betul bukan senang untuk senang.... Biar gagal berkali-kali di dunia tidak mengapa, kerana peluang sentiasa ada untuk perbaiki diri.... setiap jatuh itu bukan kegagalan, cuma suat...

Bacalah Quran Walaupun Belum Faham Maknanya...

Ada satu kisah yang ibu ingin kongsikan di sini, kisah ini diceritakan daripada seorang Ustaz semasa Kuliah Dhuha minggu lepas. Seorang anak bertanya kepada ayahnya, "Perlukan kita membaca Al-Quran jika tidak faham maknanya?" Ayah kemudian meminta anaknya mengambil guni di dalam stor, guni tersebut berdebu dan kotor kesan tersimpan lama dan tidak digunakan dalam jangka masa lama. Anak bertanya, "Apa kita nak buat buat dengan guni ini ayah?" Ayah meminta anak membawa guni ke sungai dan mengambil air, masukkan air di dalam guni dan membawa pulang. Walaupun anak pelik, kerana pasti air di dalam guni akan keluar, anak tetap melakukan suruhan ayahnya. Seperti dijangka sampai sahaja di rumah, guni sudah kosong, tiada air berbaki di dalamnya. Ayah meminta lagi anak ke sungai dan mengisikan air dalam guni dan bawa air itu pulang. Anak mengikut sahaja dan ianya berlaku beberapa kali, sehingga anak sudah kepenatan. Anak, " Ayah saya suda...

Resepi Puding Jagung Manis Senang Sedap

Marathon 2 hari berturut-turut ibu buat puding jagung manis resepi ringkas dan sedap. Resepi asal ibu lihat sepintas lalu di facebook seorang teman, tapi sudah lupa siapa kerana lihat sepintas lalu sahaja. Tidak direkodkan, senang sahaja resepinya. Ini kali pertama ibu buat dapat 1 bekas ni dan 6 bekas kecil puding... Tak sempat ambil gambar sudah dihabiskan anak-anak... Anak-anak ibu memang sukakan puding terutama jagung dan coklat. Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi :) Bahan-bahan: 1 tin Jagung Manis 1 tin susu sejat isian (susu cair) 1/2 cawan gula 1 cawan agar-agar 3 cawan air Cara-cara: Cairkan 1 cawan agar-agar bersama 3 cawan air. 1 cawan agar-agar anggaran separuh paket (saiz kecil) Bila agar-agar sudah cair, masukkan gula.. Masukkan susu dan jagung manis Bila sudah mendidih, padam api. Masukkan dalam acuan, biar sekejap dan masukkan dalam peti ais. Ini kali kedua buat, 3 kali ganda dari yang pertama, ini pun bertahan tak sampai 2 hari Alha...