Skip to main content

Gagal Di Sini, Berjaya Di Sana

Haritu berkobar-kobar mahu menulis entry baru seminggu sekurang-kurangnya 2-3 entry, masih belum berjaya dilaksanakan, nampaknya sebulan 2-3 entry adalah ;(

Bukan senang nak melakukan tindakan selari dengan perancangan, perlu kekuatan di situ....

Alhamdulillah, hari ini sudah berjaya puasa 3 hari di bulan Syawal, masih berbaki 3 hari, memandangkan esok cuti, ibu bercadang untuk skip dulu dan sambung minggu depan, tapi nampaknya abah begitu bersemangat untuk teruskan puasa berturut-turut. Hakim baru dapat puasa 1 hari :)

Bermakna tidak dapat menghadirkan diri ke jamuan raya sekolah Hakim esok.... mmmmm....

Untuk berjaya bukan senang, bila melihat orang yang telah berjaya berada di puncak sekarang, sudah pasti onak dan duri sepanjang jalan ditempuh tanpa putus asa. Ibu belajar dan belajar, betul bukan senang untuk senang....

Biar gagal berkali-kali di dunia tidak mengapa, kerana peluang sentiasa ada untuk perbaiki diri.... setiap jatuh itu bukan kegagalan, cuma suatu keputusan yang perlu kita tempuh. 

Gagal di dunia jauh sekali dengan gagal di negeri abadi (akhirat). Gagal di sana bererti gagal selamanya, tidak boleh diulang kembali..... 

Entry ini tiada kaitan dengan sesiapa pun cuma ingatan untuk diri sendiri yang selalu alpa.

Apakah persediaan kita menghadapi hari kebangkitan yang pasti akan tiba? Apakah setiap tingkah laku dan keputusan yang kita ambil mengambilkira timbangan di sana?

Sesungguhnya akhirat itu hampir (dekat) dengan kita.... Malaikat Israfil sudah lama bersedia untuk meniupkan sangkakala, hanya menunggu arahan dari Allah Penguasa Alam Semesta.

Sebelum melelapkan mata, ingatan untuk diri sendiri.... semoga bersua lagi.


Comments

  1. bila ada usaha slps gagal maknanya akan berjaya juga nanti.

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu Nur

    Tiada istilah gagal di dunia ini :)
    Ianya berjaya belajar sesuatu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...