Skip to main content

Posts

Kisah Seorang Ibu: Mencari Tadika

Seorang ibu berhenti sebentar di tadika, bertanyakan tentang kemasukan untuk persekolahan anaknya yang akan memasuki usia 5 tahun hadapan. Jawapan yang diterima tetap hampa. Sudah 3 tadika beliau bertanya. Ibu yang gigih tidak pernah putus asa, beliau berhenti di sebuah tadika lagi. Ibu: Bolehkah saya daftarkan anak ke sekolah ini tahun hadapan? Guru: Boleh puan, berapa usia anak puan? Ibu: Lima tahun Guru: Boleh puan hanya perlu isikan borang ini, lampirkan bersama salinan surat beranak anak dan wang pendaftaran RM50. Ibu: Baik cuma anak saya lain sikit. Selepas diserang demam panas ketika bayi, anak saya mengalami gangguan saraf sebelah kiri badan. Anak saya tidak dapat mencuci air besar dan air kecil sendiri. Pergerakan tangan kirinya sangat terbatas. Guru: Emmm.... jika begitu kami tidak dapat terima puan. Kami mohon maaf. Ibu: Sudah banyak tadika saya pergi semua tidak mahu terima anak saya. Anak saya tidak ada masalah dengan perkembangannya. Men...

10 Sebab Perlu Miliki EBOOK SUPER WAHM SUPER MOM

Alhamdulillah di cuti sekolah ini, banyak masa ibu boleh aturkan untuk siapkan tugasan tertangguh. Mahu menjadi seorang yang menghargai masa, berdisiplin dan segera selesaikan urusan, InsyaaAllah semoga dipermudahkan Allah. Semangat baru selepas memiliki Jurnal Inspirasi :) Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah . Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat. Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom . 1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam ...

Cerita 5 Ogos: Biskut Conflakes Madu

Bismillah. Sudah beberapa minggu tidak ada update di blog ini. Hari ini 27 Ramadhan 1434H hujan turun renyai-renyai sesudah Subuh, cuaca redup sehingga tengahari. Malam tadi abang telefon, katanya mahu tidur awal, malam ini mungkin LailatulQadar. InsyaaAllah pasti berjumpa orang berusaha mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menilai berdasarkan usaha.  Apapun semuanya adalah dengan keizinan dariNya. Pagi tadi sempat ibu bersama dengan warga Hulu Selangor di Econsave Batang Kali. Rakyat yang kurang berkemampuan dibantu dengan pemberian kupon membeli-belah percuma bernilai RM100 setiap seorang sumbangan Kerajaan Negeri Selangor. Untuk sesi tadi sahaja lebih 100 orang yang terlibat. Bagi orang yang senang apalah sangat RM100 kan? Tapi besar nilainya bagi yang kurang mampu terutama di musim perayaan ini. Ibu tinggalkan anak sekejap di rumah melayan Upin-Ipin di laptop. Abang Hakim dipertanggungjawabkan menjaga adik-adik sepanjang ketiadaan ibu. Dal...

Teladan Dari Kisah Upin Ipin

10 Julai 2013 | 9:43pm 2 Ramadhan 1434 Anak-anak pasti teruja dengan watak Upin Ipin seperti kawan rapat mereka. Watak yang hidup dan berjaya memikat hati anak-anak kecil hinggalah dewasa. Upin Ipin 2 adik beradik kembar yatim piatu yang tinggal bersama nenek dan kakaknya. 2 beradik yang sentiasa ceria dan gembira. Banyak teladan yang dapat diajarkan kepada anak menerusi kisah Upin Ipin.  Anak-anak terus mahu puasa selepas melihat siri 1 kisah 2 kembar ini mula-mula berpuasa, Alhamdulillah terus puasa penuh walaupun baru tadika. Ada juga diajarkan lafaz niat puasa di dalamnya. Anak-anak mudah menghafal skrip termasuk lafaz niat tersebut.  Baguskan jika siri sebegini dekat dengan hati anak-anak, mudah kerja ibubapa. Walaupun Aiesyah belum lagi dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya dia teruja untuk bersahur dan berpuasa. Ini adalah tahun pertama kami latih Aiesyah berpuasa. Hakim hari ini Alhamdulillah kelihatan mudah walaupun tidur hampir 3 jam selep...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...

Seronoknya Jadi WAHM

Hari ini diumum cuti bagi sekolah negeri Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Pahang. Akibat jerebu yang semakin teruk. Berdoa semoga ianya cepat beransur, mohon hujan turun supaya udara menjadi lebih bersih. Ibu lihat di luar, matahari kelihatan sedih dengan warnanya yang suram kelihatan akibat cuaca berkabut yang melanda.  Sekolah dan tadika di tutup, ada juga taska yang tutup operasi disebabkan terlalu ramai anak-anak yang tidak sihat. Bagaimana dengan ibubapa yang bekerja dan tidak dapat cuti? Di saat begini, seronok ibu-ibu yang bergelar WAHM. Alhamdulillah walaupun tahun ini ibu bukan bergelar WAHM sepenuhnya, namun tiada masalah untuk membawa anak-anak bersama setiap masa. Tadika Pasti negeri Selangor juga telah diumum cuti 3 hari sehingga Rabu 26 Jun 2013.  Seronok memang seronok bila cuti, memikirkan latihan nasid belum lagi bermula, risau juga ibu. Berharap keadaan akan bertambah baik, pertandingan pada 7 Julai ini. Kurang 2 min...

Makanan Tambahan aka Supplement

Dulu-dulu masa bujang sehingga berkahwin, ibu mengambil dua makanan tambahan, Spirulina dan EPO (Evening Primrose Oil). Semasa mengandungkan anak sulung (Hakim) ibu masih teruskan pengambilan Spirulina. Selepas melahirkan anak pertama, pengambilan makanan tambahan menjadi tidak konsisten, sekejap ambil... sekejap tidak. Faktor kewangan juga menjadi punca, katakan 1 botol harganya dalam RM60, jika 2 jenis sudah RM120. Biasanya tahan satu bulan sahaja. Ibu akui memang tidak boleh konsisten ambil supplement apalagi bila sudah beranak pinak, komitmen lain lebih penting... sehinggakan ibu lupa menjaga kesihatan sendiri. Apakah vitamin dan makanan tambahan benar-benar diperlukan oleh tubuh kita? Berapa kadar yang sepatutnya kita ambil? Kena juga ambil tahu sebelum mula 'consume' sebarang 'supplement'. Paling ditakuti apabila makanan tambahan yang masuk itu tidak dapat dihadam sepenuhnya (ada ke kes begini) dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang? Kasih...