Skip to main content

Posts

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah?

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah? Saya tersentak semasa menikmati secawan kopi apabila anak saya datang dan bertanya soalan di atas. Sebagai ibu, belum pernah saya terangkan secara terperinci kepada anak-anak kenapa kita perlu mengucapkan Bismillah sebelum memulakan sesuatu. Saya menghela nafas panjang mencari jawapan yang tepat. Saya teringat kepada satu video tentang Bismillah yang saya lihat beberapa bulan yang lalu. Kupasan video itu sangat menarik minat saya sehingga saya mencatat sesuatu di dalam kertas. Ya kertas tersebut masih saya simpan. Bismillah. Kenapa kita kena baca Bismillah? 1. Allah adalah tempat bergantung manusia Manusia sifatnya lemah, kita seringkali mendengar kata-kata bahawa manusia sifatnya tidak sempurna. Jadi apabila kita hendak melakukan sesuatu, sudah tentu kita perlu meminta supaya Allah bantu sempurnakan yang kurang sempurna. 2. Allah melihat apa yang kita lakukan Apabila membaca Bismillah, kita ingat kepada Allah...

Biar Buku Tidak Cantik Asal Mahal Hasil

Conteng Muqaddam Anak-anak belajar dengan pelbagai cara. Jadi jangan terhad dengan satu kaedah sahaja. Ada anak yang suka mendengar dan mengikut sahaja bacaan (auditori) Ada anak yang suka melihat objek lain semasa belajar mengaji. Ini cara mereka belajar dengan lebih cepat (visual) Ada anak yang suka menggerakkan tangan dan badan semasa mengaji (kinestetik) Raikan sahaja stail pembelajaran anak-anak syurga ini. Selain menggunakan muqaddam dan kad imbas, boleh gunakan poster yang dibuat sendiri daripada kad manila untuk pengukuhan bacaan, pembelajaran secara berpusat (beramai-ramai) sambil menggerakkan tangan. Selain itu untuk anak-anak jenis visual boleh juga minta mereka lukis di muqaddam masing-masing menggunakan krayon. Saya pernah buat begini dengan seorang anak mengaji yang susah hendak mengingat bunyi pada awalnya. Sebagai contoh bunyi 'KA' kami kaitkan dengan kaki. Bentuk seperti L hampir sama. Setiap kali ada anak ini melihat 'KA' dia akan melihat kaki...

Peranan Anak Di Rumah Menjadikan Anak Seorang Yang Membantu Meringankan Beban Orang Lain

Apabila malam, badan mula lesu, terasa mahu baring sahaja. Apakan daya kadangkala anak kecil perlukan perhatian. Alangkah beruntungnya apabila anak kecil merengek, anak yang lebih besar menawarkan diri untuk membantu. "Ammar menangis ibu" "Ammar sudah mengantuk tu, dia hendak susu" "Biar Aiesyah buatkan susu untuk Ammar" Aiesyah ke dapur, menyiapkan susu adik Ammar seperti biasa. Sudah hafal sukatan air panas, susu dan air kosong. Selepas itu, disuakan susu kepada adik sambil membaringkan adik di tempat tidurnya.  Pernah juga sebelum ini, ketika sedang solat, Aiesyah mandikan adiknya yang berusia 1 tahun 7 bulan itu. Usai solat ibu bertanya, "Aiesyah mandikan baby Ammar?" "Ya, tadi Ammar berak sampai bocor kena seluar, Aiesyah mandikan terus." "Aiesyah selalu mudahkan urusan ibu, Allah akan sentiasa mudahkan urusan Aiesyah" Aiesyah senyum menampakkan kedua lesung pipitnya. Sebagai ibubap...

Bacakan Buku Cerita : Cara Mudah Ajar Anak Membaca

Sebelum ini di dalam entri ini, saya ada kongsikan tentang set buku membaca yang saya gunakan untuk anak saya yang sulung (2011) sudah 5 tahun lepas. Anak sulung saya sudah berusia 11 tahun sekarang. Mengajar membaca perlu dipelbagaikan mengikut kesesuaian anak. Cara setiap anak belajar berbeza. Saya tidak ajar membaca secara formal kepada anak kedua, walaupun begitu anak sudah boleh membaca pada usianya 5 tahun. Saya perhatikan anak kedua saya sangat gemar membaca buku walaupun ketika beliau masih kecil dan masih tidak pandai membaca. Ya saya gemar membelikan buku cerita kepada anak-anak ketika itu selepas anak sulung saya sudah pandai membaca. Saya silap, sepatutnya saya perkenalkan buku-buku kepada anak sulung saya lebih awal. Saya perhatikan anak kedua saya pandai membaca selepas melihat blok-blok tulisan. Ini berlaku ketika saya membacakan buku cerita kepadanya. Anak akan minta saya ulang beberapa kali ayat dan mula membunyikan beberapa sukukata yang beliau inga...

Tip Komunikasi Berpengaruh Anak-Anak #1

Tips Komunikasi berpengaruh Anak-Anak + Apabila anak menceritakan tentang sesuatu, dengar dan angguk-anggukkan kepala atau berkata ya, ya walaupun apa yang diceritakan itu ada keraguan. + Apabila anak bertanya atau mahu berikan respons, gunakan perkataan yang baik. Bahasa positif. + Jangan sebut atau ungkit perbuatan buruk yang pernah anak lakukan untuk dijadikan pengajaran. Padam rekod lama. + Dengar anak bercakap sehingga habis, jangan mencelah. Tunggu giliran bercakap. Ini mengajar anak supaya mendengar apabila orang bercakap dan tunggu giliran untuk bercakap. Gaya komunikasi paling berpengaruh adalah gaya komunikasi Nabi Muhammad (sebutkan selawat). Bengkel Mendorong Anak  Sabtu 28 Nov 2015.

Biarkan Kanak-Kanak Dalam Dunia Imaginasi Mereka

Pelbagai cara untuk menjadikan anak teruja untuk ke sekolah Anak perempuan saya perlu sentiasa digesa untuk ke sekolah. Apabila sampai di sekolah, barulah hendak sarung dan ketatkan kasut sekolah. Kadangkala saya terlupa untuk mengingatkan dia 10 minit sebelum sampai di sekolahnya. Pagi tadi saya dapat idea. Selepas menghantar anak yang paling kecil ke taska, sekarang giliran menghantar anak perempuan ke sekolah. "Pesawat kita akan mendarat kurang 5 minit dari sekarang. Penumpang diminta menyiapkan diri dengan lengkap termasuk pakaian, stoking dan kasut. Siapkan beg pakaian sekarang." Tiba-tiba anak perempuan saya menyampuk, “Kami jadi penerjun ibu, sekarang sudah siap bag terjunan” Toing! Idea yang bagus. Sumber: google "Baik, wahai penerjun. Siapkan bag dan kelengkapan. Pesawat sudah mula mencari lokasi yang sesuai untuk penerjun keluar." Apabila kereta sudah parkir, anak saya tidak berlengah seperti biasa. Terus sala...

Menerangkan Adab Meminta Izin Kepada Anak

Sumber Google Ibu: Mahukah anak-anak ibu belajar tentang adab-adab yang disebutkan di dalam Quran? Anak: Nak, nak. Adab apa ibu? Ibu: Adab yang pertama: Larangan masuk ke bilik ibu dalam 3 waktu kecuali dengan izin. Ada 3 waktu, anak-anak tidak boleh masuk ke dalam bilik ibu dan abah kecuali dengan izin Anak: Waktu apa ibu? Ibu: Waktu pertama sebelum Subuh Kedua waktu tengahari Ketiga selepas Isyak Apabila hendak masuk, perlu minta izin dengan memberi salam. Begini caranya, "Assalamualaikum, boleh saya masuk?" Selepas diberi keizinan barulah masuk. Anak: Kenapa begitu ibu? Ibu: Itu adalah arahan yang telah ditentukan oleh Allah. Ada disebutkan di dalam Surah An-Nur: Ayat 58. Surah ini di ayat pertama, Allah sebutkan bahawa ini adalah surah yang Allah turunkan dan wajibkan hukumnya supaya manusia beringat. Sebelum subuh - mungkin ibu dan abah belum lagi bangun. Tengahari - waktu panas, waktu mandi dan menukar pakaian Selepas Isyak - waktu ti...