Jangan pergi sana. Gelap. Ada hantu! Pernah atau tidak kita menakutkan anak begitu? Jangan takutkan anak dengan perkara yang tiada apa lagi tahyul. Jangan keluar rumah nanti ada polis tangkap. Tipu. Perbuatan menakutkan anak kecil akan menjadikan anak lemah dalaman. Penakut. Kurang yakin diri. Apabila biasa dengan ayat ugutan dan menipu, lama-lama kelamaan anak sudah tidak lagi percaya. Sedangkan Islam menajar supaya kita hanya perlu takut kepada Allah. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, siapa yang menipu, maka dia bukan dari golonganku. Nabi tidak mengaku umat. Takut kepada Allah. Bagaimana? Adakah takut kerana Allah garang? Perkara ini perlu dijelaskan dengan baik supaya anak faham konsep takutkan Allah Takut untuk melakukan perkara keburukan. Kisah seorang wanita penjual susu yang tinggal di hujung kampung. Untuk mendapat keuntungan lebih, wanita tersebut mencampurkan air ke dalam susu supaya lebih banyak. Maka lebih hasil jualan. Anak perempuan beliau, melihat lalu mengelak u
Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b