Skip to main content

Bekerja di Pejabat vs Bekerja di Rumah

Apabila berjumpa kawan dan berkata "Saya bekerja sendiri di rumah" ramai yang mengatakan "Wah, senang lah bekerja di rumah, boleh buat sesuka hati" Tetapi hakikatnya ramai yang tidak faham atau mungkin tidak tahu cabaran bekerja di rumah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kerja di pejabat. Mari saya kongsikan di sini dan sama-sama kita analisa, semua ini adalah pandangan peribadi saya jadi anda berhak untuk bersetuju atau sebaliknya.

1. Masa bekerja vs Bila nak bekerja?
- Kita ke pejabat setiap hari bekerja memang lah untuk bekerja kan? Kecuali lah jika anda takde mood nak kerja tapi terpaksa ke tempat kerja kerana tanggungjawab, pokoknya pejabat itu memang tempat bekerja. Bila berada di rumah jika tiada jadual yang khusus, kita tercari-cari bila masa nak bekerja sebab asyik melayan anak-anak dan kerja rumah yang tiada kesudahan.

2. Selesa vs Selerak
- Setiap pejabat selalunya ada cleaner yang tolong bersihkan lantai, lapkan meja jika tertumpah air atau berhabuk dengan biskut, tapi jika tiada pembantu di rumah takkan nak dibiarkan saja air dan biskut berterabur di lantai dan meja. Ada ke cleaner nak datang rumah tolong lapkan? Sudah tentu kena pause kerja sekejap dan beri tumpuan pada anak dan kawasan yang berselerak itu. Ini belum lagi termasuk anak yang terkencing di atas tangga, karpet dan sebagainya.... fuh mudahkan kerja di rumah?

3. Apa nak makan? vs Apa nak masak?
- Munasabah ke kalau di pejabat kita masak jika nak makan? Kecualilah ada yang masak maggi... ada ker? Pening fikirkan apa nak makan, nasi berlauk, pizza, makanan segera, mee dan kat mana nak makan, kedai Cik Gayah, gerai KakYah, KLC atau Restoran Mamak Lingam. Berbeza jika di rumah bila perut terasa lapar, teringin nak makan udang masak merah, tapi takde pulak stok udang, yang ada ikan dan ayam... hmm apa nak masak?

4. Jom kerja vs Jom main
- Bila di pejabat InsyaAllah kita bekerja tanpa gangguan jika adapun kadang-kadang boss datang bertanyakan kerja dah siap ker, progress macamana? Gangguan bekerja di rumah pula selalunya anak-anak lah "Ibu, nak berak" "Ibu, nak susu, nak nasi, nak dukung" dan macam-macam lagi. Dapat bekerja dengan tenang bila anak-anak tidur serentak, jika tidak....

5. Waktu rehat vs Waktu tidur
- Waktu yang paling ditunggu-tunggu jika bekerja di pejabat adalah waktu rehat dan waktu balik, tapi jika di rumah waktu yang ditunggu-tunggu adalah waktu yang tiada gangguan aka waktu bersendirian.

Senang dan rilek ke berada di rumah? Jika berada di rumah setiap hari pasti merindui masa-masa bekerja dengan rakan-rakan. Berbeza bagi yang setiap hari stress dengan kerja pasti ada masa terfikir untuk berehat sahaja di rumah kan? Apa-apa pun pilihan adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Notakaki: Aiesyah minta ibu temankan dia "Ibu, jom kita tengok ABC sama-sama" Sambil-sambil tu ibu ambil buku untuk dibelek "Ibu, tutup buku tu arr, nanti nyamuk mari" Ok! Anak sentiasa inginkan perhatian, walau seharian ibu ada di depan mata tetap tidak sama dengan berada di sebelah dan bersama-sama.

Comments

  1. persoalan k.wan ni sll menghantui saya...huhu..moga sama2 tabah menghadapinya...

    ReplyDelete
  2. susah jugak bekerja dari rumah.kalo diberi peluang pun me tak sanggup :P

    ReplyDelete
  3. wan, mmg kagum kepada ibu2 yg boleh bekerja dirumah dalam masa yg sama melayan kerenah anak2. Impian saya pun macam tu juga.. at least boleh tengok anak2 membesar depan mata.. dan 100% dibawah jagaan dan didikan dari kita, (itu lebih afdal) bukannya anak2 membesar ditangan pengasuh.

    ReplyDelete
  4. Sitisifir10: yup.. tabah dan sabar, InsyaAllah

    elissmie: tukarkan yang negatif kepada positif, InsyaAllah pasti ada kelebihannya

    Ida: saya doakan yang terbaik untuk Ida juga :D

    ReplyDelete
  5. insyaAllah berazam suatu hari akan bekerja dari rumah tak kiralah bisness atau bekerja.

    ReplyDelete
  6. Saya juga doakan untuk Cikgu Murnie, semoga segala impian akan tercapai jua InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.