Skip to main content

1 Jam 1 Hari

Bismillah

Terharu saya dengan respond yang diberikan oleh teman-teman berkaitan taska yang tidak mahu terima anak saya berCD, sungguh saya berasa terharu sebab ramai yang sangat prihatin dengan masalah ibu seperti saya yang hanya ingin CD kan anak-anak walaupun ada di kalangan teman yang tidak pernah menggunakan cd untuk anak mereka. Terima kasih kerana tolong emo untuk saya :D saya bukanlah orang yang cepat melatah dan seeloknya saya elakkan untuk menulis atau bercakap ketika saya marah (atau dengan lebih tepat geram)

Semalam ada seorang kakak kejiranan datang ke rumah, terkejut juga sebab saya kurang kenal dengan kejiranan sini walaupun sudah hampir 2 tahun tinggal di sini, yang mana dekat-dekat aje yang saya kenal. Kakak tu offer diri untuk jaga anak saya (dia tahu melalui seorang jiran juga) sebab tinggal seorang di rumah bila suaminya bekerja, kakak itu tidak mempunyai anak. Saya bersetuju jika dia sanggup menjaga anak saya dengan kasih sayang seperti anaknya sendiri, mana tahu ada rezeki untuk mendapat zuriat sendiri nanti :)

Cukup lah pasal anak-anak ni sebab takkan habis kalau cerita. Hari ni saya nak kongsi tentang 1 jam dalam 1 hari kita. Saya cuma nak berkongsi 1 jam sehari apa yang kita lakukan semasa dalam perjalanan ke pejabat bagi yang bekerja. Saya juga pernah berulang-alik ke tempat kerja dari rumah ke Kuala Lumpur dan Shah Alam suatu ketika dahulu menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam dalam kereta (komuter semasa bekerja di KL) pergi dan balik.

Ambil contoh mudah 1 jam sehari dengan mengambilkira perjalanan 1/2 jam ke pejabat. Bermakna kita telah menghabiskan masa 5 jam seminggu (bagi yang bekerja 5 hari) dan 20 jam sebulan. Jika telah bekerja 3 tahun bermakna kita telah habiskan masa 2160jam iaitu 90 hari atau 3 bulan! (saya memang suka matematik :D )

Apa yang saya nak sentuh ialah pengisian dalam masa 1 jam sehari itu. Adakah hanya mendengar celoteh DJ radio atau mendengar cd motivasi dan ayat-ayat al-quran serta zikrullah yang boleh membangun jiwa. Jika amalkan setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat mendengar motivasi tentang kerja dan rezeki pasti tiada lagi alasan malas untuk bekerja (harapnya yer...) dan bagi yang bekerja sendiri, terasa jiwa melonjak-lonjak untuk berusaha dan terus berusaha memajukan diri.

Bagi mereka yang membawa anak-anak bersama ke tempat kerja (nursery di tempat kerja) boleh digunakan waktu ini untuk mendengar cd ABC Alif Ba Ta dan sebagainya bagi anak-anak 1-2 tahun, atau cd hafazan al-quran ayat-ayat lazim bagi anak 4-5 tahun, saya percaya anak-anak ini akan mengingati dan menyanyikan bait-bait yang didengarnya dengan baik selepas hanya 1-2 minggu.

Apa yang sentiasa kita dengar akan masuk ke dalam hati, apatah lagi jika mendengarnya setiap hari, biarlah apa yang didengar setiap hari itu adalah suatu yang baik dan menjadi santapan rohani kita.
InsyaAllah manusia yang terdidik jiwanya akan baik akhlaknya

Comments

  1. wah,..terima kasih atas ingatan ni ya. betul juga, dari sibuk mendengar lagu kan.

    ReplyDelete
  2. salam Anie,
    dah bertukar cat rumah ye. betul tu, masa banyak terbuang begitu saja tanpa kita isi dgn sebaik2nya.

    ReplyDelete
  3. unlisted_one: ada benda yg remeh perlu juga diambilberat... atau adakah saya yang cerewet?

    Nur: internet dah ok ker... emm renovate sket.. baru selesa nak menulis, lawas dengan kotak yg lebih lebar ni :0

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...