Skip to main content

Kawal Diri hadapi Konflik Rumahtangga

Semalam baru cerita bab bahagia, hari ni konflik pulak :D

Konflik dalam rumah tangga sudah menjadi asam  garam perencah yang melazatkan lagi alam perkahwinan kita. Bila ada konflik, baru lah ada adegan merajuk seterusnya adegan pujuk memujuk hihi inilah nikmatnya perkahwinan. Bila hadapi konflik kena lah kawal diri janganlah terlalu mengikut amarah yang berapi-api di atas kepala sehingga menyebabkan konflik menjadi kompleks. Campur aduk banyak berkara dalam satu konflik menjadikannya kompleks.


Bila beberapa tahun jagung hidup bersama banyaklah konflik yang berlaku, dari sekecil perkara sehingga jadi besar sampai tak bertegur sapa seharian. Mengapa membesarkan perkara yang kecil? Mengapa sukar untuk mengawal diri bila bertengkar, kawal diri termasuklah kawal mulut (perkataan yang keluar), kawal perbuatan (baling-baling objek, atau hentak-hentak badan, apatah lagi jika sampai naik tangan... na'uzubillah). 2 orang daripada latarbelakang hidup berbeza, pelajaran berbeza, segalanya berbeza bila berlaku konflik lah senang cerita, mana mungkin tak ada gaduh-gaduh kan.

Penceraian banyak berlaku ketika berlaku konflik dan sukar mengawal diri sebab tu suami tercakap "Aku ..... kau!" atau isteri cakap "........ saya!" Saya tertarik dengan apa yang pernah ditulis oleh Ustaz Hasrizal atau SaifulIslam tentang Hikmah Puasa Menyelamatkan Rumahtangga.

Kenapa manusia diwajibkan berpuasa? Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 182 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa
Kenapa bila berpuasa kita tidak boleh makan dan minum sedangkan melimpah ruah negara kita dengan makanan yang enak-enak semuanya. Supaya kita belajar mengawal diri, berkata TIDAK terhadap kemahuan diri dan inilah ciri-ciri orang yang bertaqwa.
Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallaahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan):,”Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?” Umar menjawab, “Sudah tentu!” Ubay bertanya, “Justeru apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “Aku akan mengangkat sedikit kainku dengan aku akan melangkah dengan berhati-hati.” Ubay berkata, “Itulah yang dimaksudkan dengan TAQWA”
Andaikata TAQWA itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumahtangga, ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala onak dan duri serta liku-liku perjalanan sebuah rumahtangga. Melangkahlah dengan berhati-hati, supaya bahtera perkahwinan ini menuju ke destinasi yang diidamkan.

Wallahu'aalam

Comments

  1. perkahwinan ni merupakan satu perjudian dalam hidup. kdg2 berfikir sendiri adakah mampu bertahan sehingga ke akhir hayat? ;). tepuk dada tanya selera. banyak2kan bersabar ye wahai isteri2 wahai suami2.

    ReplyDelete
  2. kenapa berkata begitu wahai IbuAzroy.... adakah kehidupan kita juga perjudian?

    kita merancang Allah yang tentukan :)

    ReplyDelete
  3. salam wan

    itulah, saya mengharapkan kehidupan suami isteri boleh berlanjut hingga syurga

    stkt ini alhamdulillah belum lagi menerima apa-apa dugaan berat dalam rumah tangga

    konflik pun, konflik manja-manja aje, taka ada berlarutan sekadar asam garam pemanis rumah tangga sahaja

    ReplyDelete
  4. salam Mas,

    saya doakan mas, semua yg berkongsi hidup sbg suami isteri inginkan kebahagian hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.