Skip to main content

Perkataan Pertama

Sesiapa yang dah ada anak yang dah pandai bercakap mesti masih ingat perkataan pertama yang keluar dari mulut anak kecil kita tu. Anak-anak ibu ni perkataan pertama mereka sebut adalah a-baa... kadang bunyi nyer a-bah ada bunyi h tu kat belakang.


Umar lagi 10 hari genap setahun, sekarang ni duk a-bah saje, ibu bila nak sebut? Nasiblah panggil ibu lambat lah skit, kalu a-ma, mama, baba tu mesti cepat jer anak dah pandai sebut. Masih teringat hakim semasa kecil, semua orang yang dijumpa dipanggil abah termasuk juga ibu. Sabor jer lah..... hakim dah hampir 3 tahun baru betul panggil ibu, lain pula dengan aiesyah cepat boleh sebut abah dan ibu, tapi abah sebut dulu larr.... seingat ibu, aiesyah dah mula sebut perkataan yang ada 2-3 suku kata dengan betul makhrajnya sebelum usia 2 tahun lagi. Ini lah beza anak perempuan dan lelaki kut, atau beza anak pertama dan kedua. Setiap anak berbeza perkembangan dan pencapaian mereka.

Seronok bila dengar umar mengajuk abang dan kakaknya mengaji iqra' aa.... baa... taa, yang paling banyak disebut baa...baa..baa


Ibu duk tunggu bila Umar nak sebut ibu betul2, boooo sembur air liur tu adalah tapi yang tu tak aci :D

Alhamdulillah demam aiesyah pun dah kebah, dalam demam batuk nak juga dia ke sekolah. Umar sekarang duk praktis jalan sambil tolak kerusi.... cepatlah anak ibu jalan nanti senang nak bawak gi jalan kat taman atau jalan-jalan di luar rumah tidaklah umar merangkak sampai ke pagar sampai habis kotor baju tangan dan kaki :)

Comments

  1. waa....ada gak sebut......kak sumi ni dh hampir 1 tahun 3 bulan........x sebut2 pun IBU....waaaa....................

    ReplyDelete
  2. yer ke kak sumi.... orang cakap anak yang berat mulut ringan kaki, mesti cepat jalan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...