Skip to main content

Cara Senang Belajar Mengenal Huruf

Anak-anak belajar mengenal huruf tidak semestinya melalui buku, ada banyak cara yang ibubapa boleh praktikkan. Contohnya ketika dalam kenderaan, ada bas di hadapan, biasanya di badan bas penuh dengan iklan, tanya anak huruf apa yang ada, atau tengok nombor plat, papan iklan dan macam-macam lagi.

Anak yang sedang ingin belajar sangat seronok jika dia dapat kenal huruf dan baca sukukata pendek di mana-mana sahaja yang ada huruf dan perkataan


Suratkhabar salah satu buku segera yang boleh digunakan, hakim sangat gemar menulis di atas huruf di suratkhabar tapi kurang gemar menyebutnya, berlainan dengan aiesyah yang masih lintang pukang tulisannya tapi suka menyebut perkataan yang ditulis walaupun huruf J dikatakan G. Huruf a kecil suratkhabar membuatkan mereka konfius, hakim cakap a tu d, aiesyah pula cakap a itu e. A kecil yang mereka belajar lain bentuknya.

Semalam selesai solat ibu dengar pot-pet aiesyah yang asyik menulis, meniru abang hakim yang meninggalkannya kerana mengikut abah ke surau. Asyik sungguh dia menulis dan menyebut perkataan yang ditulis itu.


Di sekolah main-main (playschool) aiesyah belum belajar menulis, hanya mengenal, membaca dan yang banyaknya melalui nyanyian. Setiap hari ada sahaja lagu yang menghiburkan kami, lagu sekolah, lagu negaraku, lagu ABC, lagu AlifBaTa, doa-doa harian, zikir dalam bentuk nyanyian, dan macam-macam sehinggalah mengenal nama kawan-kawan juga melalui nyanyian. Memang sesuai sangat dengan aiesyah yang memang gemar menyanyi.... eh ikut sapa yer?

Bila ibu ajak main teka huruf dan nombor, siapa jawab dulu dia menang, ibu rasa macam sebaya saja anak-anak ibu dua orang ini, penguasaan yang hampir sama. Tapi jika menulis sudah tentu hakim yang menang, aiesyah sangat terror tulis A besar, H dan O, yang lain tu boleh tulis tapi tak nampak sangat rupabentuknya, semuanya menyerupai huruf H.... ke memang huruf H?

Notakaki: Jam 4 pagi, tunggu masa nak bersahur ni jika tidur takut terlepas pula....

Comments

  1. bagus jugak la kak wan, kita tnya huruf2 yg ada kat sekeliling anak2..insyaallah dia senang nak ingat sebab dia bayangkan gambaran huruf tu..visualise..harap nnati nk guna pd anak

    ReplyDelete
  2. amirah, macam2 cara nak ajar anak kan... jika anak masih kecil elok digunakan flash card, memory anak2 ini sangat menakjubkan

    ReplyDelete
  3. wan,

    rumah kami tak de newspaper.. ayhnya kedekut kan main nak beli..

    btw, memang betui.. kdg2 landmark huruf yg besar pun leh ajar anak.. mcm sign McD.. Petrol pam... dll

    pandai la aisyah tiru tulis huruf2...

    ReplyDelete
  4. kakyong,
    kami pun sama jarang sangat beli paper... banyak yg dapat free jer, husband selalu duk kutip hat opis dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.