Skip to main content

Rezeki Itu Nikmat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Penyayang

"Ampunilah dosaku Ya Allah, dosa suamiku Ya Allah, dosa kedua orang tua kami Ya Allah, Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kami kecil dahulu Ya Allah"

Segala pujian hanya layak untukMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.

Rezeki, jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan, tapi kita perlu mencari rezeki dan jodoh, ajal itu akan datang sendiri tiada lewat dan tiada awal cuma kita boleh berdoa supaya Tuhan memanjangkan umur kita.

Kita perlu yakin dan percaya bahawa rezeki memang datang dari Tuhan, bukan dari manusia atau haiwan peliharaan kita. Ada orang yang sanggup buat macam-macam kerana menganggap individu tertentu itu memberinya gaji, jika dia tidak suka kita tak naik pangkat lah kita jawabnya. Ada yang sayangkan lembu-kambingnya daripada anak sendiri kerana itu adalah punca rezekinya.

Tidak salah menyayangi manusia, tidak salah berbaik dengan binatang kerana memang itu pun yang dituntut dalam agama, tetapi rezeki kita dapat kerana Allah yang memberinya kepada kita. Manusia, binatang dan segala benda di sekeliling kita adalah sebagai perantara sahaja.

Kita sudah buat bermacam perkara, segala usaha tetapi rezeki tidak berpihak kepada kita, kenapa? Mungkin kerana niat tidak betul, cara tidak kena, atau belum cukup usaha. Jika semuanya ya mungkin rezeki itu datang dalam bentuk yang lain.


Walaupun duit kurang dipoket, kereta tidak mewah, rumah tidak besar tapi ketenangan fikiran, anak-anak yang baik, suami yang menyayanyi kita itu adalah rezeki yang tidak ternilai sebenarnya. Setiap individu mungkin berbeza-beza bentuknya, bersyukurlah bila melihat orang lain yang lebih naif daripada kita.

Jika bersyukur Tuhan akan tambahkan nikmat kepada kita, jangan asyik mengeluh sahaja. Berusaha dan berubahlah!

Jika sebelum ini kita kurang usaha, tambahkanlah.
Jika sebelum ini kita kurang meminta daripada Nya, mintalah
Jika sebelum ini kita hanya tahu meminta daripada orang, berilah
Jika sebelum ini kita hanya mengeluh, perbaikilah

Dato' Dr. Fadzilah Kamsah selalu sebut;
"Bila kita berubah, maka Allah akan ubah semua orang di sekeliling kita"
Perubahan ini bagaikan satu keajaiban, untuk merubah orang di sekeliling kita, kita perlu berubah dahulu. Hanya kita yang boleh merubah diri kita, hanya kita yang tahu menilai sendiri samada kita telah berubah atau sebaliknya.

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri juga.

Comments

  1. betul la kak wan..percaya pada Allah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih share peringatan ni..teringat kata2 Prof.Izi..rezeki bukan duit semata2; kesihatan yang baik, terselamat dari bencana/kemalangan juga adalah rezeki. Subhanallah, kita ni jer selalu tertutup minda kan.

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg bagus..

    anak2 yg berjaya soleh solehah & keluarga yg bahagia adalah rezeki yg tiada tolok tandingnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...