Skip to main content

Bayi 14 Bulan Tertelan Biji Kurma

Ini kisah benar, bukan rekaan.

Kisah seorang bayi 14 bulan yang masih belum berjalan tertelan biji kurma walaupun makan di atas ribaan ibunya.

Jika orang dewasa tertelan biji kurma mungkin kerana gelojoh makan semasa berbuka puasa, bayi ini gelojoh dengan tangan kanan memegang kerepek dan tangan kiri mencapai sebiji kurma yang menjadi juadah berbuka puasa ibu dan abahnya.

Sebiji kurma yang dicapai terus dimasukkan ke dalam mulut, bila ibunya memasukkan jari untuk mengambil biji kurma dari dalam mulut bayinya, biji kurma telah tiada di dalam mulut dan disyakki telah tertelan.

Risau juga ibunya bimbang terlekat di kerongkong tapi nampaknya bayi dalam keadaan yang ok.

Keesokkan hari selepas ibunya mengambil bayinya dari taska, bayi tersebut muntah dengan banyaknya, mula-mula ibunya menyangka bayinya tersalah makan, selepas tiga kali muntah kelihatan keluar biji kurma yang tertelan semalam bersama saki-baki makanan lain.

Inilah dia rupa bayi tersebut;


Tidak dapat ibunya membayangkan bagaimana bayi ini dapat menelan biji kurma ini.


Alhamdulillah bersyukur ibunya kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah melindungi bayinya.

Notakaki: Bahasa apa yang wartawan ni guna, pelik jer bunyinya.

Comments

  1. alolo...sian dia..sib baik keluar...huhuhu

    ReplyDelete
  2. syukur kak wan, takde pape yg jadi....bahaya jugak kan..pantasss je nk ambik..same la dgn ahmad

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..nasib baik tak jadi apa2...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..agaknye isi kurma tu jadi pelincir masa ditelan,,dan ditelan cara membujur...alhamdulillah lagi sekali..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kuar pun..mysara pun hampir2 tertelan ahad lepas..kak ngah dia la, konon apa dia mkn bagi adik jugak..mama bz masak kat dapur, jenuh korek mulut mysara,siap kena gigit lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  6. oh...ini bayi yang sama yang makan pasir tempoh hari....

    ReplyDelete
  7. Kancilbiru,
    itulah memang nasib baik sangat

    ReplyDelete
  8. amirah,
    terima kasih... anak baya2 ni macam ni cepat jer tangan

    ReplyDelete
  9. CatlinaFly,
    itulah, nasib baik keluar balik... syukur sangat

    ReplyDelete
  10. Nur,
    alhamdulillah takde apa2....

    ReplyDelete
  11. MamaYatie,
    memang kena gigit juga tangan ibu ni.... mula2 kena gigit, kali kedua dah takde!

    ReplyDelete
  12. Sitisifir10,
    memang anak ini makan apa sahaja yang boleh dicapainya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...