Ada satu kisah seorang remaja yang baru mengetahui tentang status dirinya sebagai anak angkat kepada 'mak' dan 'ayah' yang menjaganya dari kecil.
Beruntung mak dan ayahnya kerana menghantarnya ke sekolah agama dan diajar tentang aurat perempuan dan lelaki. Maknya merupakan ibu saudaranya sendiri tetapi bukanlah ibu susuannya dan dia adalah bukan mahram kepada bapa saudara sabit yang dipanggilnya 'ayah'.
Agak tertekan apabila mengetahui status 'anak angkat' apabila telah remaja dan merasa sangat janggal untuk bertudung di rumah di depan 'ayah' yang sudah biasa bergurau senda dan bergelak ketawa sedari kecil. Kerana tuntutan agama seperti yang dipelajarinya, dia gagahkan diri untuk bertudung apabila pulang ke rumah sendiri sehingga ayahnya menegur "Duk kat rumah pun pakai tudung jugak ker?"
Ibu tidak tahu bagaimana ibu hendak menhadapi situasi yang sebegini jika berlaku kepada ibu, kuatnya semangat dan keazaman remaja ini semata-mata untuk menurut kehendak agama. Alhamdulillah.
Ramai di antara kita yang bertudung bila keluar bekerja tapi tidak bila di rumah, jemur baju di ampaian atau tidak bertudung apabila pulang ke kampung walaupun ada abang ipar yang bukan mahram mereka.
Ibu dan keluarga juga tidak sempurna dalam bertudung, cuma Alhamdulillah kerana kami telah diajar sejak kecil supaya bertudung apabila keluar sahaja dari rumah, dan juga di dalam rumah sekiranya kakak dan abang ipar pulang ke kampung atau ada saudara mara bertandang ke rumah.
Bertudung di dalam rumah sudah menjadi biasa bagi kami adik-beradik apabila pulang ke kampung, sekarang anak buah yang bersekolah menengah juga begitu, mereka sudah tahu malu dan batas pergaulan.
Walaupun mungkin tidak sempurna bagi sesetengah kami, jangan jadikan sesuatu yang tidak biasa itu adalah pelik kerana itulah yang benar.
Ada perkara yang kita biasa sebenarnya salah dan ada benda yang tidak biasa itu adalah benar.

"Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui" - Al-Baqarah:216
Ada perkara yang kita biasa sebenarnya salah dan ada benda yang tidak biasa itu adalah benar.
Apakah lagi tinggal selepas kesempurnaan kalau tidak kekurangan? - Saidina Umar R.A
itulah kan... kadang2 dengan ipar duai kita selesa je bukak tudung sebab dalam rumah, walhal bukan muhrim tu..
ReplyDeletethanks for sharing ya.
ReplyDeleteilmu yg baik utk dikongsikan
masih belum berjaya bertudung dirumah
ReplyDelete=(
Salam'alaik...
ReplyDeleteNice one..thanks for sharing. Alhamdulillah sy juga dh di didik menjaga aurat since kecil..
HaniCheLat
ReplyDeleteBila sudah biasa, semua nampak normal sahaja, iniah pentingnya kefahaman dan istiqomah, sekadar mengingatkan diri sendiri juga
Nia,
ReplyDeleteApa yang baik sama dimanfaatkan
h4ni3
ReplyDeletetakper perlahan2 InsyaAllah, saya doakan yang terbaik utk h4ni3 dan keluarga
TanpaNama
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya merasa kurang sempurna, banyak lagi yang perlu dibaiki.