Perkara yang terlintas di fikiran bila sebut 'makan gaji' sudah tentu adalah mereka yang bekerja untuk mendapatkan upah dari kerja tersebut atau lebih tepat bekerja untuk mendapatkan gaji, boleh juga digunakan perkataan seperti bekerja untuk mencari pendapatan atau bekerja untuk mendapatkan wang.
Makan gaji tidak semestinya untuk yang bekerja dengan pihak lain, atau syarikat tertentu, bekerja sendiri juga perlu ada makan gaji.
Makcik peniaga kedai runcit di kampung pernah mengeluh "bulan ini gaji belum ada..." Kerja sendiri tapi masih nak dapatkan gaji?
Bagi ibu yang bekerja sendiri juga ada 'makan gaji' nya. Ibu telah tetapkan berapa upah yang perlu dibayar untuk ibu dan pembantu setiap bulan. Duit syarikat adalah duit syarikat, ia untuk masa depan syarikat. Masa depan syarikat ibu adalah juga masa depan kami (ibu dan keluarga).
Jika masa mula berniaga dulu, kadang-kadang wang untuk diri sendiri tiada langsung sebab utamakan kepentingan syarikat dan perniagaan. Bukan senang untuk membina suatu yang besar bermula dari tiada apa-apa.
Sediakan upah yang sewajarnya, jika sedikit maka mungkin sedikit atau tiada langsung, jika banyak pun, upah tetap sama hehe...
Belum tiba masanya lagi untuk bermewah dan bersenang-lenang, cukup dengan bersederhana, biar bersusah sekarang untuk kesenangan hari esok, biar susah payah sekarang berbayar nanti.
Sebut pasal susah, ibu kesian tengok hakim dengan beg yang sudah lusuh dan sedikit koyak, kejam sangatkah kami ni sampai tidak mahu menukar beg yang baru? Baru lapan bulan beg tu hakim guna, ibu sudah beritahu awal2 dulu beg itu untuk setahun penggunaan atau lebih lama, jika kurang dari setahun dan hendak ganti hakim mesti penuhkan duit tabung untuk budget beg sendiri, ibu tak mahu keluarkan budget untuk 2 beg dalam tahun yang sama.
Sebab itu hakim semakin rajin menabung sekarang, biarlah anak diajar bersusah sedikit supaya mereka tahu tidak semua benda boleh dapat dengan senang, bukan senang untuk mendapatkan sedikit wang. Anak-anak sudah pandai mereka sudah boleh faham bahawa tidak semua perkara yang kita mahu kita akan dapat, ada yang kita perlu berusaha dengan sangat kuat.
Kami bimbang bila anak sentiasa diajar dengan senang dan mewah mereka akan lupa diri, merasa tertekan bila menghadapi kesukaran dalam hidup sedangkan hidup ini ada masanya kita perlu lalui liku-liku yang sukar.
Notakaki: Gembira sebenarnya sebab baru terima cek ni... kebanyakan duit dari cek ini untuk disimpan sebab budget hari raya tidak banyak tahun ini seperti tahun lepas juga. Bukan cek Nuffnang, bukan cek Adsense...
Makan gaji tidak semestinya untuk yang bekerja dengan pihak lain, atau syarikat tertentu, bekerja sendiri juga perlu ada makan gaji.
Makcik peniaga kedai runcit di kampung pernah mengeluh "bulan ini gaji belum ada..." Kerja sendiri tapi masih nak dapatkan gaji?
Bagi ibu yang bekerja sendiri juga ada 'makan gaji' nya. Ibu telah tetapkan berapa upah yang perlu dibayar untuk ibu dan pembantu setiap bulan. Duit syarikat adalah duit syarikat, ia untuk masa depan syarikat. Masa depan syarikat ibu adalah juga masa depan kami (ibu dan keluarga).
Jika masa mula berniaga dulu, kadang-kadang wang untuk diri sendiri tiada langsung sebab utamakan kepentingan syarikat dan perniagaan. Bukan senang untuk membina suatu yang besar bermula dari tiada apa-apa.
Sediakan upah yang sewajarnya, jika sedikit maka mungkin sedikit atau tiada langsung, jika banyak pun, upah tetap sama hehe...
Belum tiba masanya lagi untuk bermewah dan bersenang-lenang, cukup dengan bersederhana, biar bersusah sekarang untuk kesenangan hari esok, biar susah payah sekarang berbayar nanti.
iklan
Sebab itu hakim semakin rajin menabung sekarang, biarlah anak diajar bersusah sedikit supaya mereka tahu tidak semua benda boleh dapat dengan senang, bukan senang untuk mendapatkan sedikit wang. Anak-anak sudah pandai mereka sudah boleh faham bahawa tidak semua perkara yang kita mahu kita akan dapat, ada yang kita perlu berusaha dengan sangat kuat.
Kami bimbang bila anak sentiasa diajar dengan senang dan mewah mereka akan lupa diri, merasa tertekan bila menghadapi kesukaran dalam hidup sedangkan hidup ini ada masanya kita perlu lalui liku-liku yang sukar.
Notakaki: Gembira sebenarnya sebab baru terima cek ni... kebanyakan duit dari cek ini untuk disimpan sebab budget hari raya tidak banyak tahun ini seperti tahun lepas juga. Bukan cek Nuffnang, bukan cek Adsense...
cek apakah itu?huhuhu..bagusnya kak wan dah latih anak macam tu sejak dari kecil..nanti bila besar dorang akan hargai semua tu.. : )
ReplyDeleteamirah,
ReplyDeleteakak dulu susah, kami adik beradik jarang sangat dapat bende baru... sekarang bila dah merasa senang sket, kadang2 takut nak hidup susah.
Akak tak mahu anak2 terlalu dilimpahkan dengan kesenangan, sebab takut mereka sukar bila hidup susah sket.
sebaik2nya gitu la rasanya..biarlah mereka juga merasa sedikit kesusahan..bukan nak 'mendera' tp biar mereka tahu bukan semua yg mereka nak boleh dpt dngn mudah..saya juga train mereka camtu..biar mereka belajar bersyukur & menghargai apa yg ada.
ReplyDelete