Skip to main content

Sementara Menunggu Subuh

Baru selesai bersahur, macam biasa lauk yang sama semasa berbuka, abah dengan kopi radix dan ibu dengan susu kambing.

Semalam lepas berbuka, tahu siapa yang tolong ibu cuci pinggan? Hakim. Ibu dah QC pinggan yang dibasuh boleh tahan bersihnya manakan tidak satu pinggan ntah berapa minit dicucinya.

Umar sudah besar, suka nak mengikut abah dan abang hakim, semalam masa 2 hero tu hendak ke masjid, seorang lagi hero meraung hendak ikut sama, tunggu besar sket lah Umar..... berjurai air mata dan air hidung bila menangis.

Aiesyah macam biasa cool sahaja, dulu dia pun sama nak ikut tapi sekarang Aiesyah sudah faham. Anak-anak memang pandai, hakim memang akan ikut bila abah hendak ke masjid/surau tapi tidak bila abah cakap hendak kerja, tapi kalau ibu semua nak ikut.....

Hakim belum lagi berpuasa, tapi solat bila dia teringat. Minggu ini hakim hanya ke sekolah dan tidak dihantar ke taska, hendak sekolah 1 jer katanya. Pagi lepas bangun tidur dan main-main sekejap, tiba-tiba hakim cakap "owh, hakim nak sembahyang lar...., chup! hakim nak sembahyang sekejap" kata hakim pada aiesyah.

Lepas ambil wudhu' dan solat, sambung main lagi. Solat matahari katanya, dalam fikiran ibu is solat dhuha lah tu. Bila tanya berapa rakaat, 2 katanya... ok. Rakaat solat-solat yang wajib hakim belum hafal sepenuhnya, suka hati jer dia nak cakap zohor 8 rakaat, subuh 4 rakaat.

Ada sesuatu yang membanggakan bila anak-anak sudah tahu tentang solat, mungkin tidak faham sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mereka tahu yang hidup ini kena solat. Tahu bahawa manusia hanya menyembah Allah, Rasulullah pesuruh Allah, kaabah adalah kiblat, dan semua mukmin adalah bersaudara.

Cukup setakat ini dulu, ibu nak solat, mengaji sementara anak-anak masih tidur.

Comments

  1. Uwaiys dah pandai baca doa iftitah juga... asyik2 ulang inna solati tak habis2...seronok dengar :)

    ReplyDelete
  2. Pija,
    Itu yang bagus jika anak ke taska Islam, banyak doa, bacaan dalam solat, surah2 yang diorang ingat.

    ReplyDelete
  3. Salam Wan,
    seronokkan bila tgk keletah anak2 ni.. semoga membesar menjadi anak yang soleh... amin...

    oppps .. sblm terlupa, nak promote satu pakej ni. Qaf:Wal Quran Nil Majid.. satu kaedah cepat mengaji AlQuran. Jom la gi tgk kat blog saya....

    ReplyDelete
  4. nak tunggu Diha pandai cakap. bleh ajar dia nanti..hehe

    ReplyDelete
  5. Tini baru cuba puasa hr ni pulak. boleh thn juga sbb pkl 12 baru dia buka puasa dia. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. hmm...setakat ni nurin cuma dpt pose 1 hari (hr ke 8). esoknya dah muntah2 sampai lembik, may be angin kot.lepas tu hari2 dia ckp dia pose tp smp kul 9-10pg jer..tunggu next year la cuba lagi.dia solat bila dia teringat..nadira rajin solat.alhamdulillah di usia 2thn lebih ni dia dah boleh baca al-fatihah smp abis..tp pelat2 lagi la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...