Skip to main content

Akhirnya Dapat Abaya, ke Abayat?

Teringin nak pakai abaya dirujuk.

Seperti pucuk ubi dicita ulam jantung pisang yang datang, rezeki kami anak beranak dan juga seluruh adik beradik ibu. Mak dan ayah kan baru balik dari umrah minggu lepas, memang lain beraya tanpa mereka tahun ni.

Selain buah delima yang besar manis dan merah menyala itu, ayah ada juga bawa balik sedikit buah anggur selain buah-buah yang terkenal di Mekah macam zaitun, tin, kurma, dan kismis. Buah delima dan anggur ayah beli di Yaman sebab last transit di Yaman sebelum ke Kuala Lumpur menaiki Yaman Air.

Mak dan ayah sampai ke KLIA jam 5.05 petang dan bertolak ke Pengkalan Chepa jam 10 malam, ibu dan anak-anak hanya tunggu di rumah, tidak selesa bersesak di airport dengan anak-anak kecil ini. Hampir jam 1 pagi baru lah mak dan ayah sampai di rumah, beratur kami sambut mereka dan berpeluk cium.

Sampai sahaja di rumah ayah terus tanya nasi, memang ibu dah siap hidang pun atas meja sudah menjangka yang mak dan ayah pasti teringin nak makan gulai ayam kampung, singgang daging, ikan tawar, budu dan ulam-ulam.

Lepas makan jer, mak terus buka bag dan keluarkan jubah-jubah untuk dibahagikan kepada anak menantunya, kami ni ramai jadi tidak jangka dapat setiap seorang, asalkan mak dan ayah selamat sampai ke rumah sudah cukup bersyukur.

Ini abaya yang ibu pilih, Abayat from Dubai


Ini abah punya, mak belikan yang lengan panjang tapi abah minat dengan yang ini


Ini pula jubah untuk Hakim, Hakim suka pakai ini dah 2 kali basuh itu yang nampak renyuk sikit.


Aiesyah punya pun ada, comel sangat dah cuba haritu tapi belum betul-betul pakai


Jubah cenonet ni siapa lagi kalau bukan untuk Umar,


All of us


Raya Haji ni memang kami tak perlu sediakan budget untuk baju sebab kami akan pakai baju-baju ini juga mungkin untuk raya tahun depan, harap masih ok dan muat. Memang dah niat tak nak beli baju raya tahun depan, sebab tahun ini dah beli baju plus dapat jubah-jubah yang cantik ni.

Ada rezeki kami bergambar dengan jubah ni lagi comel dari tergantung kat pintu macam tu kan?

Comments

  1. comeinya jubah umar tu..nak carik jugak nanti untuk ahmad

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, selamat makayah pulang ke tanah air.
    amboi anak2 comel pun dpt jubah..
    cepat ler tayang gambor sekeluarga pakai jubah ni..

    ReplyDelete
  3. kenala posing satu famili dgn baju baru nanti.

    ReplyDelete
  4. sangat sesuaikan sebagai uniform ke masjid, saya pun belum ada koleksi abaya, tunggu sahajalah selepas bersalin nanti, teringin juga kalau ada satu dua

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat abaya..satu family plak tur..tngk org pakai nampak cantik & selesa buatkan saya pun teringin juga..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...