Skip to main content

Bila Anak Sudah Besar

Cabaran sebagai ibubapa semakin bertambah bila anak semakin membesar, betul atau tidak kenalah tanya kawan-kawan atau kakak-kakak yang sudah punya anak yang meningkat remaja, atau tunggu anak-anak membesar.



Pemikiran anak-anak semakin berkembang dan biasanya semakin kompleks. Si Hakim sekarang sudah malu-malu bila sebut perkataan love, love awek katanya. Amboi anak ibu kemain yer sekarang sudah pandai sebut awek-awek.

Tadi sebelum hakim ke sekolah (semalam sebenarnya), macam biasa kami bersalaman, hakim akan cium tangan dan kiss 2 pipi dan dahi ibu, bila ibu peluk hakim ibu saja lah cakap 'I love U' nak tengok reaksi hakim, eh malu-malu pulak, apa lah ibu ni katanya.

Mungkin sebelum ini ibu hanya gunakan perkataan sayang, tidak menggunakan love padahal maksudnya sama. Bila anak semakin membesar, lebih banyak soalan kompleks yang mereka tanya, lebih banyak perkara yang mereka fikirkan.

Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya,"Ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ahli ilmu pengetahuan, dan jauhkanlah mereka dari bercampur dengan orang yang rendah budinya sera khadam-khadam, sebab mereka itulah orang-orang yang paling buruk kelakuannya, hormatilah mereka di hadapan ramai, dan cela mereka secara rahsia, dan pukullah mereka jika mereka berdusta, kerana dusta itu menarik kepada maksiat, dan maksiat pula menarik kepada api neraka....."

Comments

  1. anak2 begitu lah..
    dulu ade kwn citer, anak laki dia dah djh 3.. bila sampai sek, dia tak nak ibu dia cium.. malu kalo kawan2 tgk... huhuu...

    ReplyDelete
  2. nasib baik kalau anak2 perempuann tak kisah sgt kena cium. sy kdg2 rindu bau baby jd selalu cium Hafizah sblm tido mlm. Dia suka je.

    ReplyDelete
  3. kakyong,
    Alhamdulillah hakim so far ok lagi kalu dipeluk cium bila dah sekolah nanti tak tahu lar.... walaupun malu tapi anak lelaki ni manja sebenarnya nakkan perhatian lebih

    ReplyDelete
  4. Nur,
    Tak tahu lah berapa kali peluk cium anak dalam sehari, bila dekat jer rasa nak peluk cium.. hehe

    antara hakim dan aiesyah, rasanya hakim lebih mudah di \peluk cium drpd aiesyah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...