Skip to main content

Nostalgia Raya

Bismillah

Mengimbau kenangan beraya zaman ibu kecil dahulu sangat banyak yang berbeza dengan sekarang, antaranya

1. Baju Raya

Ibu punya adik beradik yang ramai, pakaian baru hanya dapat bila tiba hari raya sahaja, jadi nikmat gembira bila dapat baju baru tu tidak terucap sehinggakan setiap saat bila teringat ibu jenguk baju baru dalam almari, kadang tidur pun dengan baju di tangan tak sabar nak pakai di hari raya.

Baju raya kami adik beradik semua diuruskan oleh mak, jadi kami hanya terima sahaja apa yang mak berikan tidak pandai hendak memilih. Mak biasanya akan beli kain di pasar dan bagi kepada adik (ibu saudara ibu) untuk dijahit. Biasanya 1 hari nak raya baru kami dapat lihat dan cuba baju baru, pernah juga baju raya tidak sempat siap jahit sehingga menangis dan merajuk, pagi raya ibu saudara hantar, dapat juga merasa baju baru.


2. Duit Raya

Kami bukan orang senang, tapi dapat duit raya setiap pagi raya menjadi kemestian terutama daripada mak dan ayah sendiri walaupun hanya 20 sen kami sangatlah gembira, lama-kelamaan naik 50 sen, 1 ringgit, kemudian 2 ringgit. Sekarang tradisi duit raya masih ayah dan mak teruskan untuk cucu-cucu mereka yang berderet (34 orang) tapi sekarang tiada lagi syiling, paling tidak pun note merah.

Duit raya yang kami kumpulkan kami beri pada ayah untuk dikira, ayah akan asingkan setiap duit kami. Bila hari bekerja ayah akan ajak pergi ke bank untuk simpan wang tersebut walaupun jumlah terkumpul tidak sampai 50 ringgit.


3. Bunga Api

Bermain bunga api menjadi satu kemestian di malam raya, biasanya kami diberikan 3-5 batang bunga api sahaja untuk bermain setiap malam, bila habis maka tamatlah permainan bunga api kami malam itu. Waktu tu bunga api kertas merah panjang yang mengeluarkan banyak asap, kemudian bunga api batang besi yang lebih halus. Mercun kalau ada hanyalah mercun 'pop' tapi biasanya kami main bunga api sahaja.


4. Kemas Rumah

Kami adik beradik akan ada tugas masing-masing, siapa yang lap cermin dan tingkap, siapa sapu sampah di laman, siapa lap sarang labah-labah dan habuk dan macam-macam lagi. Bukan untuk sambut raya sahaja kerana kami sudah biasa diberikan tugasan setiap hari dan bertukar giliran seepas seminggu seperti masak dan isi air masak dalam bekas, bagi makan ayam itik, sapu sampah dan lain-lain, jika ada yang tidak sempurnakan tugas mereka pasti 'ada yang kena'.


5. Nikmat Berbuka

Ini salah satu nostalgia raya bagi ibu sebab bila berbuka puasa lauk-pauk yang dihidangkan oleh mak dan ayah biasanya lebih istimewa dari hari-hari biasa. Kalau kuih tu satu talam besar mak buat untuk kami sekeluarga sekali makan pun habis. Bila bukan bulan puasa kami jarang dapat makan ayam, tapi bila tibanya Ramadhan, memang kami tak sabar nak berbuka sebab lauk pauk yang sangat mengujakan walaupun hanyalah ayam goreng, secara tidak langsung latihan inilah yang menjadi motivasi dan pemangkin untuk teruskan puasa sampai habis. Kalau tidak puasa memang kena 'pulau' sekejap masa berbuka :D


6. Berkumpul Adik-Beradik

Biasanya kami adik-beradik akan berkumpul di malam raya dan selepas solat hari raya. Sekarang bila kebanyakan daripada kami telah berkahwin dan punya keluarga mertua maka, susah untuk berkumpul serentak semuanya di hari raya kecuali memang dirancang dengan teliti supaya semuanya berkumpul.


7. Solat Terawih Beramai-Ramai

Pernah beberapa kali ditegur kerana kami punya adik beradik ramai perempuan, 8 daripada kami dan kami akan berjalan kaki beramai-ramai ke masjid yang diimamkan oleh ayah kami sendiri untuk solat terawih. Kami cadangkan pada ayah supaya solat berjemaah di rumah sahaja kerana bilangan kami yang ramai dan ayah setuju untuk mengimamkan solat terawih di rumah apabila kami adik beradik semua telah pulang ke kampung.

Ini antara 7 nostalgia menyambut raya bersama keluarga semasa ibu kecil/remaja dahulu, sekarang semuanya tinggal kenangan. Sekarang bila semuanya telah dewasa, kebanyakan telah berkahwin dan punya keluarga sendiri. Ada perkara yang sukar untuk dilakukan bersama-sama kerana komitmen keluarga kecil atau keluarga mertua. Ibu rindukan saat manis menyambut lebaran sewaktu dulu, segalanya tersimpan kemas dalam kotak memori.

Comments

  1. salam aidil fitri...
    saya masa kecik2 nak main bunga api cukup tension sb bapa saya yg main...kami anak2 boleh tengok saja sebab dia takut anak2 dia cedera..adoi!!!!

    ReplyDelete
  2. mmg berhari raya masa kecik dgn dah dewasa ni lain sgt2. Tapi sy bersyukur thn ni dpt jg berkumpul dgn adik-beradik walaupun ada srg adik tak dpt balik. (Dia sambung phd kat Jepun)

    ReplyDelete
  3. ieda,
    biasanya bunga api tu abang yg belikan, ayah kami memang tak beli...

    tengok ayah main jer lah yer, ayah sayangkan anak2 mereka

    ReplyDelete
  4. Nur,
    kami 12 beradik memang kena set betul2 tuk berkumpul semua sekali... tambah 9 dah berkahwin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti yang mana

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru