Skip to main content

Anak 5 Tahun Yang Dah Nak Bersunat

Salam di petang Isnin, semoga semuanya sihat dan sejahtera hari ini. Bagi yang berpuasa hari ini ibu nak ucapkan tahniah banyak ganjaran pahala bagi yang berpuasa di bulan haji ni.

Ada tak ibu di sini yang sudah sunatkan anak mereka yang belum bersekolah? Jika di Malaysia ini biasanya anak lelaki akan disunatkan bila telah bersekolah, ada juga ibubapa yang buat majlis berkhatan semasa usia anak hendak menginjak ke 13 tahun.

Berlainan dengan sekarang, ramai ibubapa yang telah menyunatkan anak mereka sejak kecil lagi, proses menjadi lebih mudah. Jika di negara Arab rasanya ini suatu kebiasaan kut sebab Ustaz semasa ibu sekolah dulu pernah cerita yang anak lelaki mereka akan disunatkan ketika masih bayi lagi.


Bersunat atau berkhitan ini adalah proses membuang lebihan kulit di kemaluan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Anak sulong ibu si Hakim ini dari minggu lepas desak hendak bersunat, ibu cakap tunggu habis sekolah dan selesai majlis Ihtifal (semalam). Pagi tadi bangun dari tidur Hakim bertanya ibu "Ibu dah sunat ke ..... hakim ni?" Ibu cakap belum, bila ni nak sunat ibu......

Mula-mula ibu ingat hanyalah sementara tapi bila nampak Hakim bersungguh-sungguh, ibu fikir mungkin inilah masa yang tepat. Abah pada mulanya refuse, tapi ibu cakap mungkin ini lah masa yang sesuai semasa anak sendiri yang request.

Bila ditanya, sunat yang macamana Hakim nak, dia boleh menjawab dengan tepat dan menunjukkan bahagian yang akan dipotong, bila ibu tanya "Hakim tak takut sakit kah?" Hakim dengan selamba menjawab,"Alah sikit ajer..."


Smart-klamp adalah teknik yang agak popular sekarang ini dan kaedah ini banyak digunakan di klinik-klinik terlibat. Kaedah lain adalah sunathrone klik untuk detail. Kos untuk smartklamp dianggarkan sekitar RM200.

Semasa ibu search pasal smartklamp, satu majlis berkhatan beramai-ramai menggunakan kaedah smartklamp akan diadakan di Masjid Negara pada 27 November ini, boleh klik portal Masjid Negara untuk lihat lebih lanjut. Bayaran RM150 sahaja dikenakan bagi setiap seorang. Ibubapa yang punya anak berusia antara 6-12 tahun, jom sertai sunat beramai-ramai ini.


Umur berapa yang paling sesuai untuk berkhatan?

Comments

  1. Bagus kalau sunat awal sikit senang jaga hehehe. Bagusla Hakim ni tak takut... hopefully sampai depan doctor nanti ye ;P. Saya pun hantar anak tiri saya yg sulung tu sunat ramai2 kat HUKM tahun 2007 dulu masa tu dia 8 tahun... tapi penakut jugak bila dah masuk dalam bilik bedah tu hehehe.. jenuh la saya dok pujuk duduk sebelah sampai nak pitam tengok doktor sunat(sebenarnya saya tak leh tgk darah..)

    ReplyDelete
  2. saya harap macam tu ler k.pnut... maybe abah dia yg temankan nanti takut ibu pengsan huhu

    ReplyDelete
  3. below 10thn masa terbaik kot..saya takder experience..maklumlah, ada 3 anak dara..anak2 dara lepas abis pantang terus sunat

    ReplyDelete
  4. Yatie,
    anak perempuan senang baby lagi terus jer....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...