Skip to main content

Benteng Pertahanan dan Serangan Kewangan

Sesiap yang pernah membaca Buku Jutawan dari Planet Jupiter tulisan Azizi Ali? Ibu tertarik dengan istilah pertahanan dan serangan yang digunakan oleh penulis dalam buku tersebut berkaitan pengurusan kewangan.

Dalam pengurusan kewangan terdapat 2 benteng yang sangat penting seperti kita berperang juga: pertahanan dan serangan.

Pertahanan sangat penting untuk mengelakkan sebarang kebocoran berlaku, dan serangan untuk menambah baik kebocoran yang ada. Sekiranya kebocoran tidak dielak, maka jenuh lah kita asyik menambah baik sahaja. Buat baik pulih macamana pun tidak akan habis jika kebocoran sering saja berlaku.

Kebocoran yang berlaku, picture from google

Pertahanan mengawal aliran wang keluar dengan pantas dan deras dan bimbang melebihi wang yang masuk. Seringkali ramai antara kita yang melakukan aktiviti serangan seperti melabur, menambah pendapatan dan sebagainya tetapi jika pertahanan tidak dijaga, maka serangan bertubi pun tidak berguna.

Bagaikan anggota tentera di medan pertempuran, anggota pertahanan dan serangan keduanya memainkan peranan masing-masing. Anggota pertahanan kita adalah hawa nafsu atau dengan kata lain diri sendiri. Jangankan hendak menyerang musuh jika pertahanan diri lemah.

Tidak usah beriya hendak melabur jika belum ada simpanan yang cukup. Kita hidup mengikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri tapi sepatutnya kita hidup di bawah paras kemampuan baru betul. Sekiranya kita mampu untuk beli MyVi maka kita gunakan Kancil sahaja..... Lagi parah jika mampu beli MyVi tapi nak beli Honda (Sebagai contoh sahaja).

Usah ternoda dengan kata-kata "Hidup hanya sekali enjoy lah duit yang ada, beli saja apa yang nak"

Ukur baju di badan sendiri, jangan terlalu sendat nanti mudah terkoyak, kita juga yang menerima akibat. Ingatan untuk diri sendiri dan anda yang membaca.

Selamat bertahan!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...