Bila tiba musim tengkujuh, hati berbunga riang tidak sabar menunggu air pasang. Bila melihat air sungai mengalir ke arah bertentangan, itu bermakna paras air akan naik dan tidak lama lagi akan bah (banjir). Biasanya waktu ini air sungai akan bertukar menjadi sedikit keruh.
Bila air sudah melepasi tebing sungai/alur, kami sudah siap sedia menerima kehadiran air bah, selipar dan kasut akan dikutip letak di atas beranda, ayam dimasukkan dalam reban yang tingginya hampir 2 meter (lebih tinggi dari tiang rumah kami). itik dan angsa dibiarkan sahaja kerana depa boleh berenang.
Waktu ini ayah akan pastikan bekalan makanan mencukupi terutama makanan asas seperti beras, gula, gandum, garam minyak masak dan tidak dilupakan gas memasak, 2 tong akan berisi penuh. Makanan lain seperti roti, biskut juga penuh dalam balang.
Bila paras air semakin naik, ayah dan warga kampung akan membawa keluar motokar dan kereta untuk diletakkan di tempat yang lebih tinggi dan selamat. Tidak dilupakan binatang ternakan seperti lembu kambing dan kerbau di bawa ke kawasan yang lebih tinggi berhampiran dengan kawasan perkuburan.
Setiap hari jika hendak ke bandar atau berurusan ke luar kami akan mengharung air (ngarung air) dengan kain basahan dan menukarnya di wakaf atau hentian bas berdekatan dengan rumah. Bila paras air melebihi paras peha, ayah dan abang akan membina satu titi selebar 15cm dengan panjang hampir 7 meter dari beranda rumah kami terus ke wakaf di tepi jalan besar (kami panggil jalan besar itu tembok)
Bila air sudah naik paras pinggang, waktu ini paling best bermain air dan berenang, lebih 5 kali sehari kami mandi, biasanya sepasang baju akan diletakkan di beranda sebagai baju basahan. Jika tidak sudah pasti mak ibu marah dan berleter sebab kehabisan baju, maklum saja musim hujan, nak keringkan baju makan masa 2 hari, nak basahkan sekelip mata.
Ampaian penuh di dalam rumah, dan kipas tidak berhenti berpusing 24jam untuk keringkan baju, seterusnya proses seterika dan lipat. Seterika baju kami akan bergilir-gilir adik beradik, bila kesejukan selepas mandi, tolong mak seterika baju seronok juga.
Bila musim banjir, makanan tidak putus di rumah, selepas makan nasi, mandi naik makan ubi kayu rebus cicah gula dan air kopi, lepas tu mandi lagi, naik bila mak panggil makan, kemudian mandi lagi dan petang makan meehun goreng pula. Macam tu lah rutin harian di musim banjir.... seronok.
Bila banjir, rumah ibu tak ada tangga sebab dihanyutkan air, tangga kayu dan diletakkan di beranda tanpa paku, tangga ini akan tersadai di pagar dan akan diletakkan semula bila air semakin surut.
Pernah sekali ibu dan ayah naik sampan sampai ke satu kawasan tinggi (tempat ayah simpan motosikal) untuk ke sekolah ambil result PMR. Sampan dan bot sudah menjadi kenderaan menggantikan motosikal dan kereta.
Kami adik beradik akan berebut untuk membawa makanan ke reban ayam sebab boleh naik rakit. Rakit dibuat dari 4-5 batang pisang dan diletakkan atas kayu dan diikat kemas.
Jika diingatkan memang seronok musim banjir, semasa kanak-kanak bukan kita ingat susah ke apa. Alhamdulillah rumah kami tidak pernah ditenggelami mungkin sebab rumah kami tinggi, hampir 1.5 meter.
Pernah ada pengalaman macam ibu? Jika pernah jom ler share.... nanti ibu sambung lagi, InsyaAllah.

paling ngeri kalau budak2 main air masa banjir ni..ishh seriau nengok
ReplyDeletesalam ziarah...
ReplyDeletekalau tgk kt tv, musim tengkujuh di pantai timur, kita yang dok risau. tp tgk org2 pantai timur kemain seronok bermandi-manda, berenang2, mcm tak risau apa2 pun. mungkin da biasa ye.. dan mungkin jugak masa ni lah yg ditunggu2... tp dlm keseronokan kena berhati2 juga.... :)
teringat time banjir besar kat trg thn 1990 ker..masa tur saya duk pahang lagi..elok hr ni smp trg, subuh esok air naik smp lantai umah mak ngah..huhu
ReplyDeleteamirah,
ReplyDeletememang kena berhai2 jugak, waaupun kami dulu syok nyer kemain macam pesta air
Sue,
ReplyDeletebetulsue cakap tu, sebab dah biasa, dlm biasa kena hati2... harap rumah kami berpagar agaknya kalau lemas melekat kat pagar tak lari ke mana... isk tidak2
MamaYatie,
ReplyDeletewaktu tu air cecah lantai rumah jugak tapi tak sempat pidah air dah surut...
pernah dok ganu tp x penah lalui musim banjir... kakyong dok seb takir.. mana penah banjir.. tp merasa la musim tengkujuh kat sana.. hari2 kena tolong mak seterika baju ... letih...
ReplyDelete