Skip to main content

Rezeki Tergolek

Bila ibu buat entry pasal rezeki tergolek mesti ingat ibu dapat duit segera atau rezeki yang dapat sekelip mata, kalau lah dapat macam tu memang ibu pun akan tergolek kut


Ini kira rezeki tergolek juga sebab rezeki datang tanpa disangka.... baca cerita dulu

Beberapa minggu lepas dalam perjalan balik dari tempat kerja (booth) hakim request nak ke KFC (sebenarnya dia maksudkan Mc Donald, 2-2 pun dipanggil KFC) Hakim cakap,"Jom la kita ke KFC, kan haritu masa pegi dia cakap suh datang lagi" (Cashier biasanya akan cakap, terima kasih, datang lagi bila bagi duit baki, kan?)

Ok, memang dah lama pun tak ke sana, jadi kami buat keputusan ke Mc Donald, beli dan makan di rumah. Banyak juga kami order malam tu, aiskrim kon Vanilla untuk kami berempat, Umar kongsi jer, kecik lagi, Mc Chicken, Big Mag, Fillet O Fish dan Bubur Nasi.

Bila dah dapat semua, macam biasa cashier akan cakap "Terima kasih, datang lagi" dan Hakim senyum sambil jawab "nanti kami datang lagi, ha tengok dia suh datang lagi...." sambil pandang ibuabah.

Bila sampai di rumah masing-masing ambil makanan, abah dengan Big Mag, Ibu Mc Chicken, Hakim bubur nasi dan Aiesyah Fillet O Fish, tapi ada satu lagi burger extra....

Owh rupanya ada extra burger yang dia tersalah masukkan dalam plastik kami, nak hantar balik jarak rumah kami ke Mc D tu dalam 20+km, jam pun sudah 10 lebih. Abah cakap dah memang rezeki kita, jadi kami makan burger tu.

Ibu tidak sedap hati, rasa bersalah pun ada sebab dapat makanan yang kami tidak bayar untuknya. Esoknya ibu singgah ke McD dan beritahu pasal perkara semalam, promoter situ cakap, takper kak dah rezeki akak.

Itulah rezeki tergoleknya. Pernah tak dapat makanan FREE macam tu tak kisah lah kat mana-mana pun. Jika pernah berlaku situasi macam ni, apa yang anda buat? Boleh ker kalau kita sedekah dan niat untuk ganti balik duit makanan tu pada orang lain?

Comments

  1. klu saya akan wat cm ibu awak wat 2..xsedap ati mkn makanan yg xbyar..huhuh

    ReplyDelete
  2. kak.bg saya takpe kut sebab memang rezeki.Lagipun akak dah pergi balik, dia yg takmau kan. Setiap staff ada peruntukan makan, maybe staff tu gunakan peruntukan dia tu

    ReplyDelete
  3. a'ah la..kalo bab-bab makanan ni kena hati2 sket kan..pernah jugak sekali order mc delivery kat opis..air lebih satu..

    ReplyDelete
  4. Saya pulak penah order kat Burger King, dlm burger tu takde daging pun, sayur semata.... Halal kan aje lah...

    Ngan McD pulak pernah dapat burger lebih masa beli bfast... Tak mkn pun, buang terus, rasanya dia salah bg burger kete belakang..

    ReplyDelete
  5. mmg tak sedap hatii nak mkn kalau bukan hak kita. kalau sy pun sy pergi baik cakap yg diaorg tersilap.

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi.. huhuuu...
    kalo kakyong yg membeli selalu akan kira balik & tgk semula brg yg dibeli, x kira lah kat cashier supermarket @ kedai biasa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...