Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Dari Kedai Maya ke Butik Realiti

Salam Jumaat, Tiada apa yang hendak dibanggakan, masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari dalam selok belok dunia perniagaan ini. Bermula April 2009 Comel Lote Collections diilhamkan oleh ibu ketika mengandungkan Umar. Rezeki anak! Booking rumah pertama selepas 2 hari melahirkan Aiesyah. Rezeki anak! Mendapat kerja tetap selepas melahirkan Hakim. Rezeki anak! Ibu ingin fokus dan meneruskan apa yang telah ibu rancangkan, demi anak-anak! Comel Lote Collection hanya dikenal melalui laman blog dan website sebelum ini, bermula Okober 2010 kami mula bergerak dengan membuka booth di sekitar KL dan Selangor. Semalam 29 Jun 2011 kami mula beroperasi di lokasi tetap di TESCO Bukit Beruntung. Upacara perasmian siap dengan paluan kompang dan tarian naga :) TESCO Bukit Beruntung terletak di Pusat Bandar Bukit Sentosa, berdekatan dengan stesen bas dan pasar malam. Perjalanan tidak sampai 3 minit dari exit Tol Bukit Beruntung jika anda melalui lebuhraya PLUS.  Kami masih tetap ...

Sangat Teruja

Ibu mencuri masa untuk menaip entry pagi ini disebabkan teruja! 2 hari lepas ibu beli Majalah NUR dan lihat iklan ini; Close up ;) Dan ini pula adalah showroom Comel Lote Collections yang akan dibuka di TESCO Bukit Beruntung bermula hari ini, ini gambar 3 hari lepas baru siap cat dan pasang carpet, semua dibuat sendiri dengan bantuan interior designer yang tersayang :D Semoga bersua lagi .... Salam 27 Rejab!

Hampir Jam 5 Petang - Booth CLC di KL Sentral Esok 24 Jun 2011!

Banyaknya burung yang berterbangan selepas hujan reda, jam hampir 5 petang dan ibu kena kemaskan semua barang di booth dengan cepat. Esok Comel Lote Collections akan berada di Plaza Central KL Central dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Barang-barang yang ibu beli di Guangzhou haritu telah sampai di port, jika tiada sebarang aral, mungkin esok lori akan hantar ke rumah :) Minggu depan minggu yang sibuk, jadual yang penuh. Ibu berdoa agar Allah memberikan kesihatan yang baik kepada ibu agar semua perancangan dapat berjalan dengan baik. Semoga ada kelapangan waktu untuk ibu pulang ke kampung... rindu dengan Cik & Ayoh! Sehingga berjumpa lagi, InsyaAllah.

My First Earning from Google Adsense

Sedar tak sedar kita telah berada di separuh kedua tahun 2011, sudah beberapa hari kita meniti Bulan Rejab, hari ini sudah masuk hari ke-7.  Ibu mendaftar dengan Google Adsense sejak Oktober 2009, masa tu guna kaedah cuba jaya, tidak pandai apa-apa mengenai Google Adsense, cuma tahu copy html format iklan masukkan dalam blog.Padahal sekarang guna kaedah yang sama juga :) Bulan pertama ibu hanya dapat $0.14 sahaja, meningkat kepada $3.78 di bulan yang kedua, dan begitulah seterusnya. Pendapatan paling tinggi hanyalah $11.49 pada Julai 2010. Lama betul ibu menunggu untuk merasa hasil Google Adsense yang pertama, selepas 20 bulan! Apa yang ibu suka tentang Google Adsense ialah tidak pelu menunggu lama untuk mendapatkan cek dengan kaedah Western Union Quick Cash . Bila earning mencapai $100, maka secara automatik Google akan transfer payment kepada kita. Apa yang perlu kita buat cuma print Statement of Earning dan IC pergi ke mana-mana Western Union Agent, ibu pergi ke CIMB terdek...

Perkara Positif Yang Ibu Boleh Lakukan Ketika Mandikan Anak

"Hakim pergi mandi" suruhan ibu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hakim tetap diam tidak bergerak, selesa dengan berpeluk tubuh sahaja di sofa. "Hakim pergi lah mandi, nanti lewat ke sekolah!" Nada suara ibu semakin meninggi, tapi Hakim langsung tidak mengendahkan. Melihatkan itu, ibu merendahkan sedikit suara seraya bertanya "Hakim nak pergi sekolah tak? Nanti lewat abah tinggal" "Hakim nak ibu mandikan" kata Hakim dengan nada sedikit manja (ada sedikit mengada di situ ;) ) Pernah tak situasi begini berlaku? Walau sudah 6 tahun, masih mahu ibu jirus dan mandikan. Daripada kita membazir tenaga dan suara bila marah (nanti datang pulak stress) baik kita ajak jer anak mandi dengan cara baik, dan gunakan masa mandikan anak itu dengan perkara positif seperti berikut; 1. Semasa membuka pakaian anak, tundukkan sedikit badan (sebaiknya melutut) biar mata ibu dan anak searas, dan sebutkan perkara-perkara yang baik tentang anak. Contohnya...

Doakan MaMaYatie aka Pemilik Blog Duniaku Di Sini

Assalamualaikum Terkejut ibu mendapat khabar dari seorang teman yang memberitahu MamaYatie atau nama sebenarnya Norhayati pemilik Blog Duniaku Di Sini telah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Dengarnya beliau mengalami demam sejak Jumaat yang lepas. Bari sahaja beberapa hari lepas, ibu baca entry khas tentang Blog MamaYatie di Blog Little Mama . MamaYatie adalah sahabat sekolah ibu dari tingkatan 1, walaupun beliau baru berblog daripada ibu tapi ternyata kesungguhannya menyebabkan blognya dikenali lebih daripada blog ibu ini. Ibu bangga dengan MamaYatie sebab masa mula-mula nak berblog dulu dia ada tanya ibu, katanya nak belajar buat blog, ternyata belajarnya lebih pantas dan ibu percaya MamaYatie punya rakan blogger yang ramai. Kepada semua teman blogger MamaYatie atau sesiapa sahaja yang membaca entry khas untuk MamaYatie ini, mari kita berdoa supaya MamaYatie cepat sembuh dan sihat walafiat. MamaYatie adalah ibu kepada 3 orang cahayamata yang masih kecil yang memerlu...

Baru Pulang dari Guangzhou

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di sini, Alhamdulllah baru sahaja siap menulis entry untuk Trip Borong China dan Vietnam percuma, seperti kata Admin BBC; Saya Suka! Ini adalah trip ke-2 ibu ke Guangzhou, semuanya berjalan dengan baik cuma ada beberapa barang yang dipesan oleh keluarga terdekat tidak sempat ibu belikan. Mohon maaf kerana masa 4 hari terasa sangat singkat untuk membeli-belah. Kebanyakan kedai dibuka sekitar jam 10.30 ke 11 pagi menyebabkan masa ibu terbuang begitu sahaja di sebelah pagi kerana sebelum jam 9 ibu telah sampai di tempat memborong. Jika dahulu trip Januari jam 9 pagi kedai telah pun dibuka, tetapi agak menghampakan di bulan Jun ini. Nasib baik ada pemuzik jalanan yang menghiburkan dengan alunan muzik yang sungguh menyentuh hati. Kedai tutup jam 6 petang, urusniaga hanya di sebelah siang, kebanyakan tempat memborong ditutup pada malam hari kecuali tempat-tempat tertentu. Jam 6.30 petang lampu pasaraya, lif dan tangga bergerak dipadamkan. Pernah se...

Saya Mahu Memulakan Bisnes Borong China

China adalah antara destinasi pelancongan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Terdapat banyak destinasi menarik yang boleh dilawati, Shanghai, Beijing, Guilin, Shenzen, dan Guangzhou antara destinasi pilihan. Guangzhou adalah destinasi borong pilihan ibu. Kenapa Guangzhou? Guangzhou atau juga dikenali dengan nama Canton merupakan tempat memborong yang terkenal di serata dunia. Di sini pelbagai bangsa dan negara datang untuk membeli barangan secara pukal dengan harga murah. Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar negara China juga bandar terbesar di Selatan China merupakan Global City atau World City yang memainkan peranan penting dalam Sistem Ekonomi Dunia.   Apa yang ada di Guangzhou?  Pakaian  Kasut  Barangan Kulit seperti Handbag  Jam  Sutera China dan tekstil  Pakaian Kanak-kanak Permainan dan bermacam lagi. Ibu juga ingin memborong peralatan dan perhiasan rumah termasuk perabut mewah; Bukan sekadar membeli, memborong dan pulang t...

Off to CAN again!

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk bernafas lagi hari ini, setiap hari satu lembaran baru diselak, usia kita seperti sebuah buku, sehari satu lembaran, kita sendiri tidak mengetahui mukasurat terakhir buku kita ini. Jika ditulis setiap helaian setiap hari, buku ibu sudah punya lebih dari 11000 mukasurat. Anda? Andaikan buku kita ini sebuah novel yang menarik, kisah hidup yang tidak jemu untuk dibaca dan ditelaah, situasi yang sama juga dalam hidup seharian kita, tidak mahu satu haripun dibuang begitu sahaja tanpa cerita yang menarik, kerana kisah ini yang akan kita pertontonkan kelak. Hari ini satu helaian yang menarik buat ibu sebuah cerita perjalanan yang akan menjadi sejarah dan kenangan suatu hari nanti InsyaAllah Semoga berjumpa di helaian dan episod seterusnya :-)