Skip to main content

Doakan MaMaYatie aka Pemilik Blog Duniaku Di Sini

Assalamualaikum

Terkejut ibu mendapat khabar dari seorang teman yang memberitahu MamaYatie atau nama sebenarnya Norhayati pemilik Blog Duniaku Di Sini telah dimasukkan ke hospital sejak semalam. Dengarnya beliau mengalami demam sejak Jumaat yang lepas.

Bari sahaja beberapa hari lepas, ibu baca entry khas tentang Blog MamaYatie di Blog Little Mama.

MamaYatie adalah sahabat sekolah ibu dari tingkatan 1, walaupun beliau baru berblog daripada ibu tapi ternyata kesungguhannya menyebabkan blognya dikenali lebih daripada blog ibu ini.

Ibu bangga dengan MamaYatie sebab masa mula-mula nak berblog dulu dia ada tanya ibu, katanya nak belajar buat blog, ternyata belajarnya lebih pantas dan ibu percaya MamaYatie punya rakan blogger yang ramai.

Kepada semua teman blogger MamaYatie atau sesiapa sahaja yang membaca entry khas untuk MamaYatie ini, mari kita berdoa supaya MamaYatie cepat sembuh dan sihat walafiat.

MamaYatie adalah ibu kepada 3 orang cahayamata yang masih kecil yang memerlukan perhatian seorang ibu. Sudah pasti keadaan ini amat sukar bagi MamaYatie, dan keluarga terutama anak-anaknya.

Ibu mohon agar semua mendoakan kesihatan MamaYatie dan semoga ujian ini dihadapi dengan tabah oleh MamaYatie dan keluarga.

Comments

  1. assalamualaikum wan. semoga Allah bagi kesembuhan kepada mamayatie. alhamdulillah kakchik terbaca entri wan pagi ni. terima kasih ya kongsikan khabar.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam Kak Chik, terima kasih kerana singgah dan prihatin, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. rasa pernah jenguk ke blog Mama Yatie tu. Insyallah, kita sama2 doakan.

    ReplyDelete
  4. Salam Anie
    Alhamdulillah dengan izinNya & berkat doa semua saya dah sembuh..ujian kecil dari Allah SWT :)
    terima kasih utk n3 special ni..hanya Allah yg dpt membalasnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...