Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Suami Yang Menggembirakan Isteri

Ini gelagat para suami isteri yang ibu perhatikan sepanjang berada di kedai. Suami yang baik menemani isteri membeli barangan keperluan dapur dan juga pakaian sendiri dan anak-anak. Situasi A Suami: Nak cari apa Isteri: Sekejap lar nak tengok baju anak Suami: Baju apa lagi...? Isteri: Alah tengok-tengok jer dulu Suami: Tak payah... jom sambil berlalu membawa troley dan isteri keluar dari kedai lalu mengekori suaminya Situasi B Suami: Baju anak tak ada lagi, cer tengok sini Isteri: Haah.... yang ni cantik bang, ok tak? Suami: Ermm ok tu.... boleh beli Isteri: (Sambil senyum) ok, nak ambil yang ni satu lagi boleh bang? Suami: Boleh, ok jugak tu... ambik2 Isteri memberikan baju-baju yang telah dipilih kepada cashier Suami: Berapa semua? (sambil mengeluarkan dompet) Antara gelagat suami isteri yang ibu temui di sini, alangkah seronok si isteri dalam Situasi B... Situasi A biasanya berlaku bila suami tidak mahu layan read as suami kekurangan wang, duit yang ada cukup untuk bel...

Telur Ayam Tahi Ayam

Sebelum ini pernah timbul kes telur palsu, tapi ibu tak mahu sentuh bab tu hari ni. Siapa kat sini yang tak suka makan telur? Ibu percaya ramai kita sukakan telur, bukan sahaja murah tapi senang untuk disediakan. Bila dah tak tahu apa nak masak, telur goreng dengan kicap pun jadi. Ada orang (lelaki tertutamanya) kalau makan nasi goreng atau mee goreng mesti kena ada telur mata. Tak payah intro panjang-panjang, ibu nak kongsi tentang telur ayam yang kita makan sudah bercampur tahi ayam jika telur ayam itu tidak dibasuh dengan sempurna. Pagi tadi ibu berhentikan kereta di sebuah gerai roti canai, melihatkan pembuat roti canai seorang melayu muslim bersongkok, ibu pun terus pergi dekat untuk order. 'Ya nak apa?' Tanya pakcik tu. Ibu tenguk bekas berisi telur... em telur dalam bekas mungkin dibasuh, tapi lihat dengan jarak lebih dekat ada tahi ayam lagi melekat di telur tersebut ibu tak jadi beli. 'Err... takper lar' dan ibu terus berlalu. Baru jer bulan Ram...

Gambar Raya Anak-Anak Yang Comel

Ada gambar comel anak-anak beraya tahun ni? Raya dengan anak-anak yang comel dan kiut miut ni mesti seronok kan? Tak sah kalau tak ambil gambar masa pakai baju raya cantik. Anak-anak ibu ni jika tidak ada event tertentu memang susah mereka berpakaian sempurna, jika di rumah baju memang tidak matching dengan seluar atau rambut sangat berserabai :) Hakim sudah matang dalam pemilihan baju, bila hendak pergi beraya maka baju melayu adalah pilihannya, jika hendak main bola cepat-cepat pakai kasut dan tukar kepada selipar bila hendak berbasikal.  Aiesyah pula sukar untuk diramal, kena pujuk dan cakap elok-elok baru lah mahu pakai mengikut tema, jika tidak jadi lah seperti dalam gambar di atas. Umar pula 'ada aku kesah event ke raya ke' nak pakai baju Upin Ipin, Ultraman atau Wonderpet sahaja, ini memang kena 'paksa' untuk berpakaian mengikut tema. Macamana yer nak siapkan Umar untuk photoshoot nanti. Jika anda ada gambar anak-anak berpakaian baju raya come...

Anak Manusia Hisap Susu dari Ibu Lembu

Semasa berehat di rumah pagi Sabtu yang lepas, ibu tengok berita pelik ini. Seorang anak berusia 20 bulan dari Kemboja menghisap susu terus dari ibu lembu. Bayi ini melakukannya setelah melihat anak lembu menyusu lalu mengikutnya. Bayi ini tinggal bersama datuknya setelah ibu dan bapanya meninggalkan kampung dan ke kota mencari pekerjaan. Dikatakan anak ini menyusu 2 kali sehari. Bayi ini rindu dengan ibunya, bagaimana perasaan anda sebagai ibu bla melihat gambar ini? Jujurnya ibu merasa sedih dengan berita ini, sebak rasanya walaupun mungkin bagi sesetengah orang ini adalah berita yang pelik dan lucu. Melihat video anak yang menyusu dari seekor lembu ini mengingatkan ibu kepada anak bongsu ibu Umar yang lebih kurang sebaya anak ini. Sungguh berbeza kan? Jika kita menyusukan anak sambil memeluk erat anak tapi ibu lembu hanya berdiri sahaja di situ. Tiadakah ibu lain yang tinggal berdekatan menyusukan bayi ini sehingga sanggup membiarkan anak sekecil ini mendapatkann...

Tutti Frutti Frozen Yogurt Pertama di Kota Bharu

Jujurnya ibu tidak pernah makan frozen yogurt atau aiskrim yogurt di outlet Tutti Frutti sebelum ini. Ibu bayangkan Tutti Frutti ini menyediakan pelbagai jus buahan dan buah-buahan segar berbagai jenis :) Tutti Frutti dimiliki oleh kumpulan NAZA memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menjalankan bisnes franchise ini. Jika tidak salah telah hampir 50 outlet Tutti Frutti walaupun baru 2 tahun diperkenalkan di Malaysia. Bukan hanya di Malaysia tapi juga terdapat di Brunei, Cambodia, Singapura dan Thailand tidak lama lagi. Menarikkan? Gambar ibu ambil dari sini Tutti Frutti Frozen Yogurt ini asalnya dari US dan Kumpulan NAZA memiliki master license di 5 buah negara di atas. Outlet yang pertama dibuka di Sunway Piramid. Mendapat undangan daripada abang ipar sempena perasmian pada 1 Sept 2011, Tutti Frutti pertama di Kota Bharu yang terletak di QueensPark, Taman Perbandaran Tengku Anis. Memang pusing juga kami mencari tempat ini sebab tidak biasa dengan jalan-jalan di Kota...

Raya Kerja Anniversary

Rasanya masih belum terlambat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan di sini, semoga keberkatan hari raya sama-sama kita rasai selepas berakhirnya Ramadhan yang mulia. Seronok melihat status fb rakan-rakan yang pulang beraya awal, kami malam raya baru gerak dari rumah balik ke kampung halaman, hampir jam 5.30 pagi baru sampai, orang lain seronok beraya kami pun seronok juga cuma mata merah dan badan penat, dinasihatkan tidak terlalu lama di rumah saudara-mara dan elakkan duduk di sofa yang empuk dibimbangi terlentuk :) Tema purple kami tahun ini, sekali dengan tema majlis sambut menantu keluarga kami pada 3 Sept 2011. Emm nampaknya anak dara ibu tersasar dari color tema puncanya 'suka hati nak pakai baju yang mana' Fikir 2 kali anak-anak nak senyum kerana panas terik pada hari raya pertama, gambar di Masjid Seberang Jerteh yang baru diupgrade untuk solat Zohor.  Pembinaan yang belum siap sepenuhnya, lanskap siap, pemandangan sisi, tangga ke ruangan so...