Rasanya masih belum terlambat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan di sini, semoga keberkatan hari raya sama-sama kita rasai selepas berakhirnya Ramadhan yang mulia.
Seronok melihat status fb rakan-rakan yang pulang beraya awal, kami malam raya baru gerak dari rumah balik ke kampung halaman, hampir jam 5.30 pagi baru sampai, orang lain seronok beraya kami pun seronok juga cuma mata merah dan badan penat, dinasihatkan tidak terlalu lama di rumah saudara-mara dan elakkan duduk di sofa yang empuk dibimbangi terlentuk :)
Tema purple kami tahun ini, sekali dengan tema majlis sambut menantu keluarga kami pada 3 Sept 2011. Emm nampaknya anak dara ibu tersasar dari color tema puncanya 'suka hati nak pakai baju yang mana'
Fikir 2 kali anak-anak nak senyum kerana panas terik pada hari raya pertama, gambar di Masjid Seberang Jerteh yang baru diupgrade untuk solat Zohor.
Pembinaan yang belum siap sepenuhnya, lanskap siap, pemandangan sisi, tangga ke ruangan solat.
Mari belajar memanjat tangga...
Masjid yang dibina dari kayu seperti istana zaman silam, rasa nyaman dengan angin sepoi-sepoi.
Balik beraya 5 hari bagai tak terasa, ini antara bukan kesukaan membuka outlet di dalam supermarket kerana dipaksa buka pada hari-hari yang kita ingin menutupnya.
Mana gambar raya kami? Nampaknya tiada di dalam kamera ini. Sejak akhir-akhir ini mood untuk bergambar agak kurang mungkinkah kerana saiz badan yang semakin mengembang? :) Oh tidak!
5 hari dirasakan sangat singkat kerana setiap hari diisi dengan aktiviti beraya, beriadah ke pantai, makan aiskrim dan upacara pernikahan adik serta majlis sambut menantu di rumah kami.
Notakaki: Hari ini ulangtahun perkahwinan ibu dan abah yang ke-8, semakin meningkat usia perkahwinan semakin blur apa yang patut dilakukan untuk memeriahkan sambutan tersebut, cukup kah sekadar ucapan dan senyum kambing antara kami :)
Perhubungan suami isteri sukar untuk diungkapkan seperti masa bercinta dulu-dulu, persefahaman, tolak ansur, saling membantu dan memberi idea, menyokong dan masing-masing menjadi tulang belakang yang kuat untuk keluarga kecil ini. Anak-anak sudah tentu penyeri kehidupan kami. Semoga Allah menguatkan ikatan antara kami sekeluarga di dalam limpahan iman dan kasih sayang Nya.
Salam Aidilfitri Anie..
ReplyDelete5 hari mmg cepat berlalu..apatah lagi bila diisi dgn mcm2 aktiviti kan..takper la, insyaallah akan ada peluang balik kg lagi..hehee