Ada gambar comel anak-anak beraya tahun ni? Raya dengan anak-anak yang comel dan kiut miut ni mesti seronok kan? Tak sah kalau tak ambil gambar masa pakai baju raya cantik.
Anak-anak ibu ni jika tidak ada event tertentu memang susah mereka berpakaian sempurna, jika di rumah baju memang tidak matching dengan seluar atau rambut sangat berserabai :)
Hakim sudah matang dalam pemilihan baju, bila hendak pergi beraya maka baju melayu adalah pilihannya, jika hendak main bola cepat-cepat pakai kasut dan tukar kepada selipar bila hendak berbasikal.
Aiesyah pula sukar untuk diramal, kena pujuk dan cakap elok-elok baru lah mahu pakai mengikut tema, jika tidak jadi lah seperti dalam gambar di atas. Umar pula 'ada aku kesah event ke raya ke' nak pakai baju Upin Ipin, Ultraman atau Wonderpet sahaja, ini memang kena 'paksa' untuk berpakaian mengikut tema. Macamana yer nak siapkan Umar untuk photoshoot nanti.
Jika anda ada gambar anak-anak berpakaian baju raya comel sila lah join contest ' Gaya Si Comel Berbaju Raya' yang dianjurkan oleh BabyIbu dan Comel Lote Collections antara sponsor hadiah kepada pemenang. Sangat lumayan yer hadiahnya jadi apa lagi..... sila JOIN sekarang.

Comments
Post a Comment