Skip to main content

Anak Ini Sudah Bercerai Susu

Bismillah, salam pagi Jumaat yang nyaman...

Muhammad Umar Harith atau panggilan manja Umar telah bercerai susu secara rasmi di usia 2 tahun 8 bulan, hampir sebulan yang lalu. Jika sebelum ini ibu anggap Umar sudah tidak mahu menyusu bila tidak minta susu lebih 24 jam, rupanya sangkaan ibu meleset, walaupun ibu tinggalkan Umar 3 atau 4 hari, bila berjumpa pasti diminta.

Ibu bertanya pada Abah, bila agaknya Umar mahu bercerai susu? Ibu cakap dengan Umar, di usia begini Umar sudah besar walaupun yang paling kecil umur dan tidak perlu menyusu lagi.

Sekarang bila Umar betul-betul sudah bercerai susu, ibu merindui moment itu, dalam hati ibu Umar masih baby ibu selagi belum ada baby baru :) Ibu sendiri tidak sedar bilakah tarikh keramat tarikh terakhir Umar menyusu, bercerai susu adalah proses semulajadi sahaja (bagi ibu) kerana anak tidak minta susu atas kemahuan anak sendiri. Oh tidak susah proses bercerai susu ini rupanya, ia berlaku tanpa diduga, tanpa ibu merancangnya cuma ibu selalu ingatkan Umar bahawa dia sudah besar, ibu jangkakan penghujung Disember 2011 tetatpi terlewat sebulan, tidak mengapa.

Walaupun sudah tidak menyusu, jika mahu tidur masih lagi mahu dalam dakapan ibu. Ibu sangat sukakan bau Umar, setiap masa ibu mahu menciumnya di dalam kereta, ketika mandi, ketika bermain atau ketika Umar baru bangun tidur. Cairnya hati ibu ini bila Umar senyum sebaik sahaja membuka mata, dan perkara pertama yang diminta bila bangun adalah air masak atau roti.

Umar anak yang berdikari, sekarang sudah tidak mahu dibantu urusan bilik air, 'Umar buat sendiri' katanya. Pandai menyanyi dan sangat suka menyanyi, dari lagu ABC, labah-labah, kereta merah, selawat, selawat syifa',  doa-doa dan bermacam jenis lagu yang diingati, penuh dengan emosi dan gaya tersendiri. Walaupun begitu sedikit pemalu dengan orang asing, tertunduk malu bila dipuji :)

Umar mahu tengok gambarnya yang ibu ambil

Inilah dia anak bongsu ibu buat masa ini, pelengkap kepada abang dan kakaknya. Sentiasa mencari ruang untuk mengikut apa yang abang dan kakak lakukan. Boleh 'geng' dengan abang atau dengan kakak. Menjadi peneman setia kakak bila di rumah, mewarna dan melukis bersama.

 Beraksi dengan baju dan stokin 'angry bird'

Cukup lah ibu mari kita main guling-guling

Umur berapa anak ibu-ibu bercerai susu, apakah kaedah terbaik yang ibu-ibu lakukan atau anak 'weaning off' dengan kemahuan mereka sendiri?

Comments

  1. aida x lama nyusu anak. maka, perasaan wan anie tak dpt aida rasa. insya'Allah anak ke3 ni hasrat hati memang nak nyusu kan selama yg boleh :)

    ReplyDelete
  2. @Aida
    Saya doakan hasrat murni aida dimaklbulkan dan dipermudahkan, InsyaAllah... saya anak ke-3 ini sahaja yang fully breastfeed, yang 2 sebelum ini menyusu tak sampai setahun.

    Aida boleh!

    ReplyDelete
  3. kak wan, saya pun baru ceraikan susu ahmad raif sebulan lepas jugak lebih kurang..permulaannya hmpir surrender sebab menyusu masa mengandung rupanya sakitt..smp ada kala bermasam muka dgn suami sebab dia tak faham betapa sakitnya puting bila mnyusukan..tp saya x salahkan dia sebab dia mungkin tk rasa..dan kesian pd anak yg rindukan 'ubatnya'..malam2 asik menangis smp dia tk tahan..saya siap update status di FB brtanya kawan2 apa kaedah pling mudah nak bercerai susu sbb dah sgt sarat dn x larat dah nak menyusukan..rupanya dgn ahmad raif senang sgt..setiap kali saya ckp pd dia, ahmad dah besar, nenen untk adik pulak ye,sian adik kecik lg..akhirnya dia berhenti sendri..tgk adik nyusu skrng pun mcm cemburu tp bila kita ckp elok2 dia ok aje..syukur tak payah lngsung nk letak jadam, kopi ke nescafe ke..dan syukur juga sempat mnyusukan smp 2 thn 2 bln wlapun byk dugaan...

    ReplyDelete
  4. @Amirah
    Alhamdulillah, terharu akak baca komen amirah ni, syukurkan...

    bila anak sudah 2 tahun, ibu sudah boleh cakap dengan anak untuk mereka berhenti dengan sendiri, tambah lagi kalau mengandung... akak belum pernah rasa menyusu sambil mengandungkan.

    Selamat berpantang akak ucapkan dan semoga semuanya berjalan dengan baik, pastikan baby cukup susu dan ahmad cukup makan :)

    ReplyDelete
  5. seriously saya rindu sngt moments menyusukan anak..huhu..disebabkan anak 1 & 3 berhenti bf terlalu awal (below 1y) mmg takde masalah utk cerai susu..Si Angah jer yg lama smpkan adik dia yg berenti dulu..huhu..Masa nak berenti pun tak susah, bgtau jer dia..Angah dah besar..dia berenti sendiri..

    skrg ni kdg waktu baring2 sebelah/tido selalu gak Angah mintak nenen..nak rasa jer katanya, rindu la tu...hahahaaa

    ReplyDelete
  6. @MamaYatie
    Angah bukan dah 5 tahun ke? rindu lagi ek? hehe

    ReplyDelete
  7. salam , saya tak de pengalaman putuskan susu untuk anak2 , ke tiga2 anak saya bercerai susu dengan sendirinya , anak sulung setelah saya mengandungkan anak ke 2 , dan dia berumur 4 tahun baru bercerai susu , anak ke dua , setelah saya mengandungkan anak ke tiga dan dia telah hampir 3 tahun waktu tu .. tapi anak ke tiga saya berhenti cukup2 2 tahun , dia sendiri tk nak menyusu badan dah ...

    itu je lah yg boleh dikongsikan ..

    ReplyDelete
  8. @puanbee
    Bagusnya anak-anak puanbee dia pandai timing masa yang terbaik :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...