Skip to main content

Bagaimana Menjadi Manusia Yang Lebih Baik

Bismillah, Dengan nama Allah yang Maha Melindungi...


Beberapa minggu (hujung minggu) jadual ibu terisi dengan pelbagai kursus dan aktiviti yang memberikan ibu ilmu baru. 
Terima kasih Ya Allah atas sedikit ilmu yang Engkau berikan kepadaku semoga ilmu ini dapat ku amalkan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik di dunia dan akhirat.

25 & 26 Feb 2012: Productive Muslim Seminar

Productivity = Focus + Energy (towards maximising your reward in Akhirat)

Kenapa kejar akhirat?
Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat - Surah Asy Syuraa: 20
Bila kita kejar akhirat, dunia akan berlari mengejar kita, bila kita kejar dunia, akhirat berlari meninggalkan kita.

Dalam modul Productivity Muslim, menggariskan Islamic Productivity terdiri daripada:

1. Intention (Niat)
2. Action (Tindakan)
3. Outcome (Hasil)

Memang benar dalam Islam menitikberatkan niat dalam apa jua yang kita lakukan, tetapi harus diingat yang niat yang baik tidak menghalalkan cara yang tidak baik, sebab itu tindakan kena betul, tindakan kena selari dengan ajaran Islam, yang halal dan hasilnya InsyaAllah adalah yang terbaik.

Ustaz Pahrol (slot Mukmin Profesional di Ikim.fm) ada menceritakan tentang beza antara Orang Muslim dan bukan muslim adalah syariatullah dan sunnatullah. Katakan 2 orang petani bercucuk tanam, Si A adalah Muslim dan Si B adalah Non-Muslim. Kedua-dua ini menanam pokok yang sama. Pokok akan tumbuh dengan baik jika dibaja, dijaga dan diberi air yang sempurna adalah sunnatullah. Sebagai muslim sudah tentu Si A percaya kepada syariatullah, solat, percaya bahawa pokok ini hidup subur kerana Allah mengizinkan.

Sekiranya Si A, hanya melakukan syariatullah tetapi tidak sunnatullah maka sudah tentu pokok itu tidak dapat hidup dengan sempurna, dan pokok Si B hidup lebih subur biarpun tidak percaya kepada syariatullah tetapi betul-betul mengikut sunnatullah. Bekerja kuat dan berusaha adalah sunnatullah.

Alangkah baiknya jika Si A percaya kepada syariatullah dan sunnatullah, hasil pokoknya mungkin sama dengan Si B tetapi ada satu lagi kelebihan yang tidak terbanding iaitu keberkatan (Barakah)

Barakah adalah bonus dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, kerana keberkatan akan dipandang oleh Allah SWT.

Terdapat 18 punca mendapat barakah dalam hidup (seperti yang dipelajari di dalam seminar)
1. Niat yang baik
2. Kepercayaan kepada Allah
3. Keyakinan kepada Allah
4. Membaca Al-Quran
5. Membaca 'Bismillah'
6. Makan bersama (bukan makan seorang)
7. Jujur dalam jual-beli
8. Doa
9. Duit Halal
10. Mengamalkan sunnah
11. Solat Istikarah
12. Syukur dan berterima kasih kepada Allah
13. Derma / buat kebajikan
14. Sayang saudara seIslam kerana Allah
15. Bangun awal pagi sebelum subuh
16. Berkahwin
17. Solat 
18. Istighfar

Mungkin ada lagi selain daripada yang disebutkan ini, bila kita amalkan, kita dapat rasakan kenikmatannya, InsyaAllah ada keberkatan di situ. 

Keberkatan juga dikaitkan dengan bila makanan seorang cukup untuk 2 orang makan dan bila makanan untuk 2 orang cukup untuk 3 orang makan.

Cukup untuk ini dulu, InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan ibu untuk terus berkongsi kebaikan, Ya Allah Engkau dekatkan hati kami kepadaMU,  Terima kasih Ya Allah!

Jika ada yang tersilap mohon pencerahan, anda semua boleh komen untuk kebaikan bersama.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.