Skip to main content

Petang Yang Tenang

Alhamdulillah, baru selsai merasai buah jampu yang manis pemberian jiran belakang rumah, sungguh bertuah dikelilingi oleh jiran-jiran yang baik dan pemurah.


Waktu petang begini, anak-anak menghabiskan masa bermain di laman rumah, bermain pasir buat kuih ke apa tu? Abang Amirul biasalah dengan basikal yang sudah agak kecil baginya. 

Nasi baru je masak, tadi ibu beli ikan tongkol, orang kampung ibu panggil 'ike ayo' dan daerah lain di negeri ibu memanggilnya 'ikang aye'. Ikan sudah dikukus, mahu proses ikan gulai, buat nasi berlauk pagi esok :)

Aiesyah dan Umar suka-suka hati tidak mahu ke sekolah, minggu ini hanya satu hari ke sekolah, bila ditanya Aiesyah cakap, esok gi sekolah, lusa tak pergi sekolah, gilir-gilir... pandai pulak ye ikut jadual sendiri, mentang-mentang ibu di rumah, sesuka hati je nak belajar di rumah, Aiesyah cakap ibu kan cikgu :)

Minggu ni boleh lah sebab ibu tidak ke mana, minggu depan ibu akan keluar, no excuse kena pergi sekolah.

Sudah lama rasanya ibu tidak selsema, hari ini air hidung ibu ni tak mahu berhenti mengalir, sekarang ini rasa ok sedikit, Alhamdulillah tiada demam dan batuk cuma selsema. Sesekali penyakit datang tanda Allah sayangkan kita, nak hapuskan dosa-dosa kecil dengan syarat kena bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa, ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan individu yang mendapat penyakit yang lebih berat, diuji dengan kehilangan anak apatah lagi, semoga kita dilindungi olehNya.

Entri ini tiada motif yang berguna, cuma mahu berkongsi cerita sahaja. Apa yang ibu-ibu lakukan petang-petang begini? Anak-Anak buat apa ye?

Semoga berjumpa lagi. Mood gembira kerana dapat tulis entri ringkas dengan cepat petang ini :)

Comments

  1. tersengih sorang bila baca aiesyah buat jadual sendiri..haha..sama la cam aisyah saya ni,hari2 tanya besok kena pergi skolah tak?

    ikang aye?nok gula ker? :)

    ReplyDelete
  2. @MamaYatie
    Haah sesuka hati dia nak gi sekolah, buat alasan sekolah cuti :) aisyah yatie pun sama ye...

    ikang aye, nak wak gula, doh siap doh pun... make nasi belauk pagi esok...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...