Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah ke jalan yang lebih baik termasuk penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya. Nora antara penyanyi yang ibu suka sejak awal penampilannya sebagai penyanyi kerana lagu yang didendangkan semuanya sedap di telinga ibu. Tambahan pula kebanyakan lagu yang dinyanyikan Nora diciptakan sendiri oleh suaminya Johan Nawawi memang sesuai dengan kemerduan suaranya. Album Voice of Ummi yang memuatkan lagu kanak-kanak juga berunsur ketuhanan. Anak-anak ibu sangat suka dengan lagu Erti Al-Fatihah masing-masing sudah hafal makna Al-Fatihah itu sendiri. Ibu bangga dengan apa yang dilakukan oleh Nora dan suaminya jika tidak kerana lagu tersebut mungkin anak-anak tidak tahu erti surah pertama di dalam Kitab Suci Al-Quran yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari. Dengar lagu Erti-Al-Fatihah oleh Voice of Ummi di sini . Ibu pula suka dengan lagu Pedoman, bait-bait liriknya penuh makna, melodinya menusuk jiwa. ...