Skip to main content

Tanda-Tanda Awal Kanser

Perlu ambil tahu tanda-tanda awal supaya mudah dikesan terutama untuk diri sendiri atau keluarga terdekat. maklumat ini ibu dapat dari akhbar Harian Metro, Jumaat 18 Februari 2011.

1. Kanser pangkal rahim
Sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersama suami dan turun berat badan

2. Kanser Payudara
Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada

3. Kanser Usus Besar
Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4. Kanser Paru-Paru
Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan

5. Kanser Perut
Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenayng walaupun makan sedikit.

6. Kanser Limpa
Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak

7. Kanser Ovari
Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersama suami, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam

8. Kanser Otak
Sakit Kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti

9. Kanser Prostat
Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan

10. Kanser Darah (Leukimia)
Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat efeksi

11. Kanser Tekak
Suara garau,/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan, dan kelenjar membengkak di leher

Kebanyakan tanda awal adalah turun berat badan, haritu semasa bersembang dengan Dr Solehah, beliau ada menyatakan turun berat dan tiada selera makan itu sudah tahap pertengahan hingga menyebabkan badan menjadi lesu dan lemah.  

Kenapa ibu berkongsi? Sebagai rujukan dan panduan bersama :)


Pernah ibu terbaca dalam satu artikel yang menyatakan sel kanser mudah merebak di dalam badan yang berasid, tukar amalan pemakanan kita, mengambil diet yang seimbang mengikut amalan pemakanan sunnah.

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik ikutan.


Air Zam-Zam adalah air terbaik di dunia, bersifat alkali tinggi dengan pH 14
Sumber 
http://gedungserbanika.blogspot.com/2012/09/air-zam-zam-1liter-2liter-dan-10liter.html


Comments

  1. Oleh itu jom kita amalkan makanan tambahan yg tinggi antioksidan agar dapat membantu tubuh melawan sel kanser seperti vita e.

    Jemput layari http://bestbeautymom.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...