Skip to main content

Kisah Raja Terputus Jari: Hikmah Di Setiap Ujian

Hari ini cuaca cukup cerah, nyaman dan segar. Selamat pagi Isnin buat semua, ibu doakan hari ini adalah lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Ibu ingin sekali kongsikan cerita ini yang ibu baca dari buku hasil tulisan saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris.


Pada suatu hari, raja itu cuba menyelami suka duka rakyatnya dengan melakukan kerja tukang kayu menggunakan gergaji, paku, pahat, dan penukul. Oleh kerana tidak biasa dengan kerja begitu, kemalangan telah berlaku dan sebatang jari raja terputus dan tidak dapat disambung kembali.

Penasihat raja datang melawat dan menasihati raja supaya bersabar. Penasihat raja menyatakan kejadian itu ada hikmahnya. Akibat terlalu marah, sang raja memecat penasihatnya serta-merta.

Beberapa bulan kemudian, sang raja pergi mengembara di hutan untuk menghiburkan hatinya yang masih sedih kerana kecacatan yang dialami. Dalam pengembaraan raja dan pengikutnya sesat dan ditangkap oleh puak kanibal.


Semua pengiring raja dibunuh dan dijadikan korban dalam sesi pemujaan puak itu. Raja seorang sahaja yang dilepaskan kerana tidak layak dikorbankan, disebabkan kecacatan yang dialami.

Raja pulang ke istana dengan hati gembira dan bersyukur. Kini beliau sedar pada hikmah kemalangan yang berlaku suatu ketika dahulu yang menyebabkan jarinya putus.

Sebagai tanda terima kasih, raja memanggil kembali penasihatnya bekerja. Namun ada suatu perkara ang masih menjadi persoalan. Lalu raja bertanya kepada penasihatnya;

"Apa pula hikmahnya kamu dipecat, wahai penasihatku?"

Penasihat raja menjawab;
" Sekiranya saya tidak dipecat, sudah tentu saya menyertai tuanku dalam pengembaraan itu. Oleh sebab saya tidak cacat, saya pasti menjadi korban dalam pemujaan itu"

Raja tersenyum dengan jawapan penasihat yang penuh hikmah itu.

Ingatlah janji Allah dalam Surah Al-Insyirah: Ayat 5
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan"
Ibu teringat kata-kata seorang Ustaz semasa Kuluah Dhuha di sini beberapa minggu lepas, untuk bersyukur dalam hal duniawi sentiasa pandang orang yang di bawah, untuk lebih taat dalam hal ukhrawi sentiasa pandang orang yang di atas.

Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti yang mana

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru