Skip to main content

Menggunakan Kad Imbas Sebagai Alat Bantu Mengajar Anak Membaca Al-Quran


Kad imbas adalah alat bantu mengajar yang sering digunakan di sekolah pra, tadika mahupun sekolah biasa. Penggunaan kad imbas dapat meransang otak kanan dan otak kiri. Kad imbas boleh digunakan kepada anak-anak seawal bayi.
Kad Imbas mestilah besar dan mudah dilihat. Warna yang baik digunakan untuk kad imbas adalah putih, hitam dan merah. Tulisan merah atau hitam dengan warna putih sebagai tanah, dapat menarik perhatian anak-anak. Perkataan flash card berasal dari 'flash' dan 'card' menunjukkan kad dengan cepat, 1 kad 1 saat atau kurang dari 1 saat.

Pendekatan yang digunakan adalah seperti cara otak berfungsi, apabila menyebut rumah contohnya, otak terus menggambarkan rumah dengan cepat.Menggunakan kad imbas dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan dan IQ anak. Sememangnya pembelajaran menggunakan kad imbas ini adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang menerima maklumat secara menyeluruh (holistik).

Selain hanya 'flash' kad imbas tersebut, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dengan kad imbas untuk pembelajaran anak-anak. Untuk entri kali ini, ibu ingin berkongsi cara ibu menggunakan kad imbas Iqra' untuk Umar di rumah.

1. Anak dapat menyebut dan membunyikan huruf/bacaan dengan betul
Apabila ibu melayangkan kad imbas (ambil kad dari belakang bawa ke depan sambil membunyikan) automatik anak akan turut membunyikan. Pada awal pembelajaran anak mungkin hanya memandang dan memerhatikan.

2. Anak dapat mengecam huruf dan bacaan yang sama
Ibu menulis 4 huruf di papan putih, dan ibu meletakkan beberapa keping kad imbas di atas meja, ibu minta Umar mengambil kad di meja dan menyusun kad di papan putih mengikut huruf yang sama. Apabila anak dapat melakukan dengan betul bermakna anak sudah dapat mengecam huruf yang sama


3. Anak dapat mengecam huruf yang disebut oleh ibu

Ini adalah proses mengenal. Anak akan menyebut huruf/bacaan pada kad yang dilayangkan oleh ibu (ibu lebih suka melayangkan kad secara rawak) Bagi anak yang baru dilatih mulakan dengan susunan dan buat secara rawak, ini bagi memastikan anak benar-benar mengenal.

Ibu meletakkan beberapa kad di atas meja, minta anak mengambil dan menunjukkan kad sama seperti bunyi yang disebutkan dan padankan pada huruf yang ibu tulis di papan putih. (Proses pengecaman bunyi, pengecaman huruf yang sama)

Umar mengambil kad yang ibu bunyikan dan mencari yang sama di dalam buku Iqra'

Ini dia ibu ba! Umar sudah jumpa

Ibu mulakan dengan 4 bunyi bacaan/huruf, bila anak sudah mengusai 4 bacaan ini, baru ditambah lagi 4 menjadikan 8 bunyi bacaan, seterusnya 12.

Apabila bersama anak-anak pastikan 'mood' ceria, Umar gemarkan aktiviti kad sebegini, dia yang selalu mengajak ibu bermain kad dan mengaji. Tidak perlu luangkan masa yang lama untuk aktiviti kad, cukup 5-10 minit sahaja setiap sesi. Hari ini aktiviti 1 dan 2, esok ulangi aktiviti yang sama, lusa aktiviti 2 dan 3. 

Boleh juga selang-seli dengan lagu. Ibu suka mulakan dengan aktiviti 1 (kenalkan 4 bacaan ma, ba, da, na) dan nyanyikan Lagu Al-Furqan 1 sambil tunjukkan kad. Sesuai untuk anak-anak yang baru nak kenal huruf dan bunyi al-Quran. Ibu akan kongsikan pula cara mengajar anak al-Quran menggunakan Set Al-Furqan di entri seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...