Skip to main content

Kisah 'BlackOut'


Ibu tersedar dari tidur apabila terdengar sayup-sayup jeritan Umar dan Aiesyah memanggil ibu....ibu!

Ibu buka mata dan bangun. Hujan lebat! Gelap! 'BlackOut' rupanya. Ibu kejutkan abah. 


Ibu mencari telefon di dalam gelap, jumpa. Semalam ibu bawa 2 telefon letakkan di atas meja di dalam bilik, biasanya ibu tinggalkan sahaja telefon di ruang depan. Guruh dan kilat beserta hujan lebat, dalam gelap menyebabkan anak-anak dalam ketakutan.

Kami tuju ke bilik anak-anak, mereka hanya berdiri di situ. Melihat kelibat kami Umar dan Aiesyah menerkam ke arah ibu, tangisan mereka masih belum reda. Hakim terjaga, bingkas bangun apabila kami berjalan keluar ke suis utama. 

Suis itu akan off dengan sendiri apabila kilat dan guruh kuat, ianya menghalang dari berlaku litar pintas dan kerosakan pada peralatan elektrik di rumah. Alhamdulillah selepas sahaja suis dihidupkan, lampu menyala, kipas berpusing. 

Ibu dan abah temankan anak-anak tidur di bilik mereka kerana hujan dan guruh masih belum reda. Langsir di bilik sedikit terselak menampakkan cahaya kilat sesekali menerjah. Menakutkan.

Anak kecil tersedar dalam kegelapan mencari perlindungan. Tiada pelindung terbaik bagi mereka kecuali ibubapa atau orang yang terdekat dengan mereka.

Apabila dewasa, pelindung kita hanyalah Tuhan yang menciptakan. Suatu hari yang pasti apabila kita terjaga di alam yang kekal, adakah cahaya yang kita nampak atau kegelapan yang mencengkam menjadikan nafas kita tersekat-sekat, dada kita sesak.

Suatu hari yang pasti itu akan datang meninggalkan kita seorang diri. Tiada teman. Gelap. Lalu kita mencari-cari di mana cahaya? Mana ibu? Mana ayah? Mana kawan-kawan? Mana semua?

Semasa meneman anak-anak tidur kembali, fikiran ibu jauh melayang..... apakah ada peneman yang akan berdamping denganku nanti. Ya Allah........

Comments

  1. Well said anie! Sebagai peringatan buat diri kak latie jugak. TQ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...