Bismillah
Hari ini adalah hari kedua terakhir sebelum berakhir sesi persekolahan sesi 2013. Kami di sini sibuk dengan persedian Hari Anugerah yang akan berlangsung Sabtu ini 16 Nov 2013. Ibu dipertanggungjawabkan untuk uruskan 2 persembahan pelajar, nasyid dan lakonan.
Seronok walaupun penat! Sejak berbadan dua tenaga yang ada seperti 60% sahaja daripada sebelum ini. Cepat penat. Mungkin disebabkan kurang selera makan beberapa minggu ini.
Bila bermula cuti sekolah ibu percaya banyak aktiviti bersama keluarga di rancang. Kem Cuti Sekolah untuk anak-anak atau percutian bersama keluarga seperti menjadi acara wajib apabila tiba cuti sekolah. Hakim anak sulung ibu pertama kali akan menyertai kem cuti ini selama 3 minggu di Kemaman, Terengganu. Nampaknya Hakim sudah tidak sabar untuk ke sana. Alhamdulillah.
Aktiviti yang belum dirancang untuk Aiesyah dan Umar. Serta aktiviti untuk diri sendiri memandangkan abah bekerja seperti biasa. Bila tiada aktiviti, anak-anak akan kebosanan pula nanti. Ada yang menarik untuk dikongsikan dengan ibu. Mohon tulis di komen atau berikan link yang berkaitan.
Terima kasih dan selamat bercuti ibu ucapkan kepada semua.
P/s: Teruja melihat bag sekolah 3D yang cantik-cantik.
tadika kami pun ada buat school holiday program utk 2 mg dlm bulan Dis.
ReplyDelete