Skip to main content

Sabtu 16 November 2013 Ujian Diagnostik Main Tudung Botol


Bismillah

Aiesyah baru sahaja balik dari ujian diagnostik untuk kemasukan ke darjah satu tahun hadapan. Beberapa minit selepas sampai di sekolah, abah telefon ibu beritahu Aiesyah tidak mahu masuk ke kelas dan membuat ujian. Ibu beritahu abah supaya Aiesyah mencari rakan-rakan di tadika pasti. Alhamdulillah ada kawannya yang dapat memujuknya masuk ke kelas.

Ibu fikir ada dua perkara yang menyebabkan Aiesyah tidak mahu masuk.
1. Suasana yang berbeza.
2. Pakaian yang berbeza.

Pelajar lain semua memakai pakaian sekolah lengkap, cuma Aiesyah seorang sahaja memakai unifom Pasti. Ibu yang tidak sempat belikan pakaian sekolah.

Sampai sahaja di rumah, Aiesyah beritahu, "Ibu best tadi Aiesyah pergi sekolah, dapat markah 100"
Oh ye sudah dapat markah ke? Ibu tanya kepada abah. Abah kata mana ada.

Emmm rupanya Aiesyah seronok agaknya dapat jumpa kawan dan dapat jawab lah tu. Alhamdulillah.

Semasa Aiesyah dan abah tiada di rumah, ibu lawan main 'chepen' dengan Hakim. Entah macamana ejaannya main tudung botol tu. Pertama kali ibu main. Lawan 3 pusingan. Semua pusingan dimenangi ibu. Hakim kecewa. Dia ingat senang kacang nak kalahkan ibu :)

Dulu-dulu masa kecil, kawan-kawan lelaki suka main tudung botol. Kita yang perempuan main congkak dan batu selembat (ibu panggil batu selambut).

Ibu bagi syarat sebelum bermain tudung botol, siapa yang kalah kena jemur baju. Nampaknya syarat tidak mengena, orang yang menang juga kena buat.

Petang ini persiapan dewan untuk acara Hari Anugerah yang akan berlangsung malam ini. Ibu sudah minta abah ambilkan video lakonan anak-anak didik. Berdebar juga.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...