Skip to main content

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?


Apakah itu kutu rambut?

Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. 

Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala. 

Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis. 


- Sumber http://www.babycenter.com.my

Mari kita lihat kitaran hidup kutu rambut



Ibu mencari info tentang kutu rambut ini selepas kami semua diserang oleh makhluk perosak penghisap darah ini.

Ianya bermula daripada Aiesyah, yang asyik menggaru kepala. Bila ibu belek-belek rambutnya nampak ada putih-putih, ibu ingatkan kelemumur disebabkan kulit kepala yang kurang bersih (jarang syampu). Tidak tahu pula kegatalan itu disebabkan oleh kutu rambut.

Kemudian Umar pula yang merungut kepala gatal dan selalu menggaru. Umar yang rambut ala-ala skin head pun boleh terkena jangkitan kutu! Dua anak ini selalu bermain dan tidur bersama, ini yang menyebabkan jangkitan kutu.

Ibu mula syak ada kutu di kepala Aiesyah selepas seorang guru menjumpai kutu rambut di kepala seorang pelajar yang transit sekali dengan Aiesyah di Pasti habis waktu sekolah.

Balik sekolah petang itu, ibu memulakan operasi. Lepas mandi ibu sapukan minyak banyak-banyak pada rambut kemudian sikat dengan sikat yang paling kecil sisir yang kami ada (bukan sikat kutu). Banyak kutu yang jatuh, besar-besar pula tu! Mula-mula macam takut, bila sudah banyak jadi geram pula :) mahu hapuskan semuanya serta merta.

Keesokan paginya, lepas mandi ibu sapu lagi minyak rambut banyak-banyak sampai lencun kepala anakanda berdua dan sikat lagi. Masih ada kutu yang jatuh. 


Bahaya ke jika ada kutu?

Dari maklumat yang ibu baca, kutu rambut tidak mendatangkan bahaya, cuma kehadirannya menyebabkan ketidakselesaan pada kepala dan berlaku iritasi pada kulit kepala kesan dari menggaru.


Macamana mahu hapuskan kutu rambut?

1. Gunakan syampu kutu

Ibu mendengar cadangan dari seorang rakan yang pernah menggunakan syampu kutu untuk anaknya. Berkesan katanya. Ibu singgah di farmasi dan tanyakan syampu kutu yang selamat untuk anak-anak. Penjual tersebut mencadangkan syampu yang ini, tidak mengandungi racun serangga, selamat dan berbau wangi. Harganya boleh tahan. Untuk botol kecil ini RM17. Disertakan bersama sikat kutu. 


Sampai sahaja di rumah, anak-anak sudah teruja untuk mandi dan bersyampu. Syampu dbiarkan sekejap 5 - 10 minit sebelum bilas. Seperti biasa ibu sapukan sedikit minyak untuk memudahkan proses menyikat menggunakan sikat kutu. MasyaAllah banyak betul kutu, telur dan anak-anak kutu yang jatuh. Sehinggakan Aiesyah takut untuk matikan kutu yang bersaiz besar (ibu dan bapa kutu). Itupun masih ada lagi telur kutu yang belum jatuh (kuat melekat pada rambut).

Proses ini boleh dilakukan berulang kali (syampu 3 kali seminggu) sehingga tiada lagi masalah kutu rambut.


2. Matikan kutu dengan minyak kelapa

Ibu mula mencari di Internet, google dan cari petua untuk hilangkan kutu rambut secara semulajadi. Menggunakan bahan yang selamat dan jimat. Banyak petua yang ibu jumpa, yang paling mudah adalah dengan menyapu minyak kelapa di kepala dan disikat menggunakan sikat kutu. Dalam blog yang ibu baca, campuran minyak kelapa dengan bawang putih yang ditumbuk halus.

Dulu-dulu masa ibu kecil, pernah juga ada 'simpan' kutu di kepala, ibu masih ingat waktu itu emak akan lumurkan kepala dengan minyak kelapa kemudian sikat beramai-ramai dengan sikat kutu. Rupanya minyak kelapa menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan kutu atau dengan kata lain kutu akan sesak nafas. Kutu-kutu ini mula bergerak keluar kadang-kadang merayap hingga ke bahagian leher dan telinga.

Pernah satu hari selepas pulang dari sekolah, ibu lihat sangat banyak kutu yang terperangkap di anak tudung Aiesyah. Ibu yakin formula menggunakan minyak kelapa ini memang berkesan. Walaupun ibu menggunakan minyak rambut, minyak zaitun bukan minyak kelapa.

Pada malamnya operasi menghapuskan kutu masih diteruskan untuk memastikan tiada seekor pun yang tertinggal. Ibu lumurkan minyak rambut pada Aiesyah dan Umar sehingga lencun, kemudian ikat kepala dengan plastik (bahagian rambut) dan biarkan semalaman. Boleh menggunakan shower cap, pastikan ia kemas dan tidak mudah tercabut.

Keesokan paginya kepala Aiesyah masih lagi berbungkus dengan plastik, Umar sudah cabut. Panas katanya. Berpeluh kepala anakanda berdua. Bangun terus mandi dan sikat lagi dengan sikat kutu.

Cara ini lebih berkesan pada ibu dan kelihatan telur kutu juga berkurangan. Lebih selamat dan jimat.

Alhamdulillah sekarang tiada lagi masalah kutu rambut.

Anak-anak ada kutu? Jangan simpan lama-lama, nanti membiak besar-besaran di atas kepala. Sekali ibu kutu bertelur sampai 56 biji! Banyak tu.

Pernah ada pengalaman dengan kutu rambut? Tinggalkan komen dan cadangan di bawah. Ibu sangat menghargainya.


Sedang mencari bag sekolah anak? Lihat di sini


Comments

  1. dulu masa sekolah rendah ada juga terkena, terjangkit kakak yang terjangkit dengan kawan dia rasanya

    memang buat operasi besar2an lah...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena operasi, jangan biar kutu rayau hidup atas kepala.. huhu

      Delete
  2. Ibu .. kmi stay kat asrama.. dok best2 kcau2 rmbut kawan sorg ni. Sy tjumpa tlur kutu ! Last2 kmi berempat cpt2 cek sesama sndiri. Sah ! Smua ada. Mcmna ni?? Bingung kpala jadinya

    ReplyDelete
  3. Bagus artikel ni. Terima kasih. Anak saya dari kecil start tadik memang kena kutu. Dengan rambutnya yang keriting dan tebal sikat kutu menyebabkan kesakitan. Bila saya cari kutu dan telur tengkuk saya pula yang sakit.

    Akhirnya anak sendiri kata tolong botakkan kepala. Dah 3 kali dia dibotakkan disebabkan kutu. Nampaknya masalah kutu akan berulang sebab masih bercampur dengan kawan2 sekolah. Jadi botak bukan penyelesaian yg terbaik.

    Sebab tu saya cari artikel2 begini. Terima kasih atas perkongsian. Saya nak mulakan buat cara tradisional sebab dah jumpa byk telur di kepala anak dan kepala saya sendiri dah mula gatal2. I hate kutu tau. Hukhuk

    ReplyDelete
  4. Ibu. Kepala saya dari umur 12 ada kutu . Sampai lah sekarang umur 16 masih ada kutu. Di sebabkan di jangkitan oleh kawan baik . Tetapi saya dah buat brmcm2 utuk mnghilangkan kutu , saya beli brmacam2 jenis syampu kutu . Tapi semua nya tak berkesan . Maklum la rambut saya tebal sikit dan rambut panjang di pingang. Macam mana ya utuk menhilangkan kutu di rambut saya ni ibu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya rambut panjang dan lebat, lebih sukar untuk menghilangkan kutu. Adik Husna kena rajin jaga kebersihan rambut dan merapikannya dengan minyak.

      Delete
    2. potong rambut awak pendek ii

      Delete
  5. Kesian kan bile tengok anak kita bergaru kepala..disebab kan kutu...teganggu bila dia nk buat sesuatu kerja,bermain @ belajar...SIAPA LAGI INGIN MENCEGAHNYA KALAU BUKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA..saya ade jalan peyelesaian..saya sudah mencubanya sendiri..InsyaAllah memang berkesan.hanya menguna kan syampu herba...selamat untuk kanak2 tidak beracun dan sikat yang ajaib memati kan kutu..dan telur kutu...sikat pula...bukan seperti sikat kutu biasa...sekali sikat degan telur2 kutu pon..habis....ianya daripada herba...nk tahu detail pm@wassap 012-6879843 sekarang......

    ReplyDelete
  6. Kesian kan bile tengok anak kita bergaru kepala..disebab kan kutu...teganggu bila dia nk buat sesuatu kerja,bermain @ belajar...SIAPA LAGI INGIN MENCEGAHNYA KALAU BUKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA..saya ade jalan peyelesaian..saya sudah mencubanya sendiri..InsyaAllah memang berkesan.hanya menguna kan syampu herba...selamat untuk kanak2 tidak beracun dan sikat yang ajaib memati kan kutu..dan telur kutu...sikat pula...bukan seperti sikat kutu biasa...sekali sikat degan telur2 kutu pon..habis....ianya daripada herba...nk tahu detail pm@wassap 012-6879843 sekarang......

    ReplyDelete
  7. Kesian kan bile tengok anak kita bergaru kepala..disebab kan kutu...teganggu bila dia nk buat sesuatu kerja,bermain @ belajar...SIAPA LAGI INGIN MENCEGAHNYA KALAU BUKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA..saya ade jalan peyelesaian..saya sudah mencubanya sendiri..InsyaAllah memang berkesan.hanya menguna kan syampu herba...selamat untuk kanak2 tidak beracun dan sikat yang ajaib memati kan kutu..dan telur kutu...sikat pula...bukan seperti sikat kutu biasa...sekali sikat degan telur2 kutu pon..habis....ianya daripada herba...nk tahu detail pm@wassap 012-6879843 sekarang......

    ReplyDelete
  8. Kesian kan bile tengok anak kita bergaru kepala..disebab kan kutu...teganggu bila dia nk buat sesuatu kerja,bermain @ belajar...SIAPA LAGI INGIN MENCEGAHNYA KALAU BUKAN KITA SEBAGAI IBU BAPA..saya ade jalan peyelesaian..saya sudah mencubanya sendiri..InsyaAllah memang berkesan.hanya menguna kan syampu herba...selamat untuk kanak2 tidak beracun dan sikat yang ajaib memati kan kutu..dan telur kutu...sikat pula...bukan seperti sikat kutu biasa...sekali sikat degan telur2 kutu pon..habis....ianya daripada herba...nk tahu detail pm@wassap 012-6879843 sekarang......

    ReplyDelete
  9. kesian tengok anak kena botak kepala, dispray ridsect, dilumur ubat gegat dan ubat kutu yg merbahaya.
    Teknologi LouseBuster dah ada dah di Malaysia.
    www.liceninjamelawati.sto.my

    ReplyDelete
  10. saya mmg hantar anak ke lice ninja je.. senang dan berkesan. Dua jam tunggu sambil balas2 whatsapp siap. Habis terus kutu, telur dsb. Bila kutu datang balik saya hantar lagi ke lice ninja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almk ade tempt buang kutu ke.kt mne ty..shah alm ade x.bpe rm?

      Delete
  11. Kalau guna minyak zaitun berkesan cepat tak?

    ReplyDelete
  12. Kalau guna minyak zaitun berkesan cepat tak?

    ReplyDelete
  13. KAMI ADALAH PENYELESAIAN MASALAH KUTU N TELUR2 SKALI. INSYAALLAH 100% BERKESAN. BAHAN2 YG TIDAK BERACUN BAHAN2NYA ADALAH ORGANIK. SESUAI UTK KANAK2 DAN SESIAPA SAHAJA. KETERANGAN LANJUT BLH SMS SY DI TALIAN 0195713534 atau wasap sy www.wasap.my/60195713534

    ReplyDelete
  14. Minyak ape yg ibu gune Kat kepala anak²

    ReplyDelete
  15. ****MASALAH KUTU/TELUR RAMBUT, 100% BERKESAN*****
    KAMI ADALAH PENYELESAIAN MASALAH KUTU N TELUR2 SKALI. INSYAALLAH 100% BERKESAN. KANDUNGAN BAHAN2NYA ADALAH ORGANIK. SESUAI UTK DEWASA & KANAK2. BLH LAWAT KAMI DI https://www.facebook.com/proinsectmalaysia

    KETERANGAN LANJUT BLH SMS SY DI TALIAN 0195713534 atau wasap sy https://www.wasap.my/60195713534

    ReplyDelete
  16. Ank saya 6 thun ade kutu.mybe berjgkit kt tadika transit..mslh skrg dia xnk cari telur kutu tu..bile saya cari xlme dia lari xnk sebb katenya sakit bile tarik tu sedangkn da slow da tarik telur tu...klu guna sikat plk just ibu bpk kutu je dpt telur xdpt..skrg ni.plk kple saya plk kne..pg td gatal kple saya pon amik la sikat n sikat rmbut sekali dpt 3 ekor ank kutu..hadoiiii berjgkit da...pening kple mslh kutu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan,

      masalah kutu memang memeningkan ibu-ibu. Jika anak lelaki paling berkesan, botakkan kepala.

      Jika anak perempuan, potong pendek dan hapuskan telur kutu yang ada.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru