Skip to main content

Posts

Didik Anak Takut Hanya Kepada Allah

Jangan pergi sana. Gelap. Ada hantu! Pernah atau tidak kita menakutkan anak begitu? Jangan takutkan anak dengan perkara yang tiada apa lagi tahyul. Jangan keluar rumah nanti ada polis tangkap. Tipu. Perbuatan menakutkan anak kecil akan menjadikan anak lemah dalaman. Penakut. Kurang yakin diri. Apabila biasa dengan ayat ugutan dan menipu, lama-lama kelamaan anak sudah tidak lagi percaya. Sedangkan Islam menajar supaya kita hanya perlu takut kepada Allah. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, siapa yang menipu, maka dia bukan dari golonganku. Nabi tidak mengaku umat.  Takut kepada Allah. Bagaimana? Adakah takut kerana Allah garang? Perkara ini perlu dijelaskan dengan baik supaya anak faham konsep takutkan Allah Takut untuk melakukan perkara keburukan. Kisah seorang wanita penjual susu yang tinggal di hujung kampung. Untuk mendapat keuntungan lebih, wanita tersebut mencampurkan air ke dalam susu supaya lebih banyak. Maka lebih hasil jualan. Anak perempuan beliau, melihat lalu mengel...

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Mari Lihat Detail Berkenaan Set Adik Bijak Baca

Baru ada kesempatan untuk kemas kini berkenaan Set Adik Bijak Baca. Sebelum ini hanya tunjuk gambar set hadapan sahaja. Kali ini mari kita lihat isi dalam buku pula. Ada ibu dan guru yang minta untuk melihat isi dalam buku bacaan untuk kanak-kanak ini. Kami faham kerana di luar sana ada banyak jenis buku membaca. Menggunakan Set Adik Bijak Baca, anak-anak hanya perlu kuasai dua suku kata dimulai dengan bunyi a i dan u. Apabila anak suah kuasai 2 suku kata, anak sudah boleh membaca ayat mudah seperti ini. Pujilah sedikit, "Wah, adik sudah boleh baca. Lepas ni boleh baca buku cerita pula!" Semua ini di buku 1. Apabila sudah kuasai semua suku kata di atas ini, baru boleh perkenalkan buku 2 untuk kvk (konsonan vokal konsonan). Kali ini baru dibunyikan fonik. Untuk buku 3 pula ada ang ing ung, ny, diftong seperti ai au.  Buku 4 Buku 4 Apabila telah selesai buku 3, buku 4 adalah pengukuhan bacaan. Dalam buku 4 ada pantun,...

Bagaimana Cara Membaca Buku

Menyemai budaya membaca di peringkat awal bermula dari pre-reading proses. Lihat entry ibu sebelum ini untuk baca lanjut berkenaan 'pre-reading'. Apabila anak meminati bacaan, mereka akan sentiasa tertarik dengan bahan bacaan. Apakah bahan bacaan yang terdapat di sekeliling kita. Ada banyak. Antaranya papan tanda, tanda label di pakejing makanan atau minuman, bunting, poster, majalah dan buku. Jika sebelum ini, ibu hanya tahu membaca itu adalah membaca teks. Namun persepsi ini berubah selepas membaca beberapa buah buku berkaitan membaca terbitan Indonesia. Puan Septriana Murdiani di dalam bukunya Bengkel Baca menyentuh 51 strategi membaca agar anak cinta membaca, ini akan ibu kongsikan dalam entri yang lain. Hari ini ibu akan sentuh berkaitan jenis membaca sahaja. Ada tiga (3) cara membaca buku: 1. Membaca Gambar. Ini biasanya yang dilakukan oleh anak kecil yang belum pandai membaca. Mereka interpretasi gambar mengikut kefahaman dan ayat sendiri. Ini juga salah...

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Membaca?

Sejak posting ibu berkenaan ajar anak membaca pada 2011 menjadi top post di blog ini, ramai juga yang mesej bertanyakan bilakah waktu yang sesuai untuk ajar anak membaca. Ibu berkongsi daripada sumber bacaan dan pengalaman ibu membesarkan lima anak. Anak sulung sekarang sudah 14 tahun dan yang paling kecil 3 tahun. Mengajar anak sulug paling mencabar atas faktor tiada pengalaman. Anak kedua sudah boleh membaca semasa usia 5 tahun. Anak ketiga ketika 6 tahun. Anak ke-4 sekarang sudah 5 tahun namun ibu belum mengajarkan secara formal di rumah, hanya bacakan buku cerita bersama si kecil 3 tahun. Membaca adalah satu proses yang kompleks. Tidak berlaku dalam waktu yang singkat. Ibu sendiri mula minat membaca buku selepas lahirnya anak kedua. Waktu itu banyak perkara yang tidak sempurna bagi anak sulung. Masa anak kedua baru belajar banyak perkara terutama hal pendidikan anak termasuk menyusukan. Jadi semasa anak kedua kecil, kami mula membeli buku untuk bacaan sendiri dan bacaa...

Perlukah Anak Bijak Membaca Sebelum Masuk Darjah 1?

Pernah dengar katanya anak nak masuk darjah satu kena pandai membaca. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak pelajar yang masih belum dapat mengusai kemahiran membaca sebelum usia 7 tahun. Apabila anak dapat menguasai kemahiran ini sebelum masuk sekolah, itu satu bonus. Namun jika tidak jangan murung ibu-ibu. Anak perlukan waktu untuk menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) Ibu pernah kongsikan dalam entri ini , bagaimana anak sulung belum pandai membaca lagi sebulan nak buka sekolah, masuk darjah satu. Kita boleh usaha, namun jangan paksa keterlaluan hingga menyebabkan anak hilang minat untuk belajar, lagi teruk apabila keyakinan diri mereka semakin menurun. Memang betul, ada yang kata anak yang menguasai kemahiran membaca lebih mudah menguasai ilmu. Itu dulu kerana kebanyakan ilmu disampaikan melalui medium buku. Namun sekarang, banyak medium lain yang telah meendahului, terutama teknologi di hujung jari. Tidak bermaksud ibu setuju anak dibiarkan menonton youtube s...

Anak Susah Hendak Makan? Cuba Pasta Vege Ini

Anak-anak ibu semuanya jenis makan apa sahaja. Apabila berjumpa kawan-kawan yang mempunyai anak jenis sukar untuk makan, buat ibu kagum dengan usaha si ibu untuk memujuk anak makan. Dari anak kecil, setahun ke atas. Cuba berikan mereka pelbagai variasi jenis makanan untuk mereka rasa dan ekplore. Pelbagai jenis sumber protein ayam, ikan, telur. Pelbagai jenis karbo komplek seperti kentang, keledek dan pelbagai jenis ubi. Biasakan dengan pelbagai jenis sayur yang pelbagai warna. Baru-baru ini, ibu jumpa di internet tentang Eatalian Mixed Vege Pasta. Pasta pelbagai warna, mempunyai 4 jenis bentuk macaroni, shell, star dan fusilli. Menariknya Vege Pasta ini diperbuat daripada tepung semolina yang tinggi protein. Warnanya menggunakan puree sayur asli. Yang penting keluaran bumiputera dan dijamin halal. Anak ibu jumpa pasta, rebus macam tu pun satu mangkuk boleh habis. Nanti ibu kongsikan resepi masak pasta simpel untuk anak kecil, Insha-Allah. Nak ...

Siapkan Rumah Kucing

Akhirnya siap juga rumah ibu kucing anak lima yang mula dirancang hujung tahun lepas. Dari reka plan, beli bahan, pasang semua dilakukan oleh abah dan anak-anak. Ibu hanya lihat dan jadi pendorong supaya siap cepat. Maklumlahh ibu kurang selesa bau najis kucing dalam rumah. Ibu kucing (belum ada namanya) selalu datang singgah dan menumpang makan di rumah. Abah selalu belikan makanan kucing walaupun kami tiada kucing peliharaan bagi memberi makan kucing liar yang datang bertandang. Apabila kucing-kucing ini diberi makanan, kucing akan sentiasa datang. Ada yang tidak ke mana dah, bermain kawasan sini sahaja. Beberapa tahun lepas kami ada memelihara seekor kucing yang anak namakan Piko. Kucing jantan yang ditinggalkan seekor di tadika tempat anak belajar. Dia bersungguh mahu bawa balik. Umur kucing ini tidak panjang, tidak sampai dua tahun, akhirnya Piko mati. Selepas itu kami bawa seekor kucing oren dari kampung. Dua hari selepas sampai di rumah, si Oren mati. Jadi saya fikir, tidak...

Apa Yang Best Tentang Siri Cepat Membaca Adik Bijak Baca?

Adik Bijak Baca adalah buku edisi kemaskini daripada Adik Mari Baca dan Pandainya Adik Baca. Asal usul buku Adik Bijak Baca ada ibu ceritakan di sini . Mari kita lihat 5 keistimewaan buku Adik Bijak Baca: 1. Hanya 4 Buku Bacaan Mudahkan proses membaca supaya anak tidak bosan. Adik Bijak Baca hanya mengandungi 4 buku sahaja. Buku 1 pelajar sudah boleh mengusai dua suku kata kv dari konsonan b sehingga z. 2. Hanya 1 Halaman Setiap Hari, 5 Minit Setiap Sesi Bagi menjadikan sesi bacaan efektif. Hanya peruntukkan 5 minit setiap sesi dengan 1 halaman sahaja setiap sesi. Dengan cara ini, guru dapat mengajar secara berpusat sebelum one-to-one dengan pelajar. 3. Mengandungi Perkataan Beritma, Pantun Dan Teka Teki Banyak pantun dimasukkan ke dalam buku Adik Bijak Baca. Selain menjadikan proses bacaan menyeronokkan, ini bagi meningkatkan akal budi anak kecil dengan pantun nasihat. Menggunakan perkataan berulang dan beritma memudahkan anak membaca. 4. Buku Panduan ...

Kaedah Cepat Membaca: Adik Bijak Baca

Sebelum ini pernah diceritakan di sini berkenaan Set Buku Adik Mari Baca. Sehingga semalam 14 Nov 2018, seramai 98k views posting tersebut dicatatkan. Nampaknya ramai ibu bapa juga pendidik yang mencari buku yang sesuai untuk digunakan kepada anak dan pelajar. Selepas 7 tahun perkongsian tersebut, maka atas inisiatif mahu membantu menyebarkan kebaikan melalui buku membaca, kami berjumpa dengan penulis asal Buku Adik Mari Baca dan beliau bersetuju untuk kami terbitkan buku tersebut dengan nafas baru. Maka terhasilnya Adik Bijak Baca. Buku ini mengandungi banyak pantun, ayat beritma bagi menyemai kecintaan anak-anak terhadap membaca. Betapa indah bahasa kita. Bakal terbit awal Disember ini. Minggu hadapan kita akan tunjukkan beberapa konten di dalam buku ABB. Stay tune.

Bacakan Buku Sebelum Anak Tidur (Bedtime Story)

Bedtime story diperkenalkan oleh negara luar di mana ibu atau ayah membacakan buku cerita sehingga anak tertidur. Bagi ibu yang bekerja, ia adalah masa berkualiti yang diluangkan bersama anak pada waktu malam. Kebanyakan masa, anak belum lagi hendak tidur pun. Menjadi rutin anak untuk memilih buku mana yang mereka mahu dibacakan. Biasanya buku yang sama diulang-ulang setiap hari. Satu malam sehingga 3-4 buku. Ada masa ibu ini mengelat juga dengan tidak bacakan semua teks, hanya cerita ringkasannya. Asalkan anak puas hati. Selepas habis baca buku, ambil masa sebelum anak tidur untuk bacakan beberapa surah pendek, doa dan shahadah. Entri seterusnya akan dikongsikan antara buku kegemaran anak untuk Bedtime Stories.

Trip Satu Hari Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

Antara lokasi menarik yang boleh diterokai bersama anak-anak adalah di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah. Terletak di daerah Lanchang, Pahang. Jika melalui LPT, exit Tol Lanchang. Selepas itu ikut sahaja signboard. Lebih mudah guna aplikasi Google Map, search Kuala Gandah. Aktiviti di sini bermula jam 1pm dan ke atas. Tayangan video berkenaan bagaimana gajah liar dijinakkan dan dipindahkan ke hutan simpan yang lebih selamat untuk habitat mereka. Melihat persembahan gajah menunjukkan beberapa skil mereka bersama 'mahout'. Ingatkan mereka panggil mahmud :), mahout adalah panggilan untuk pelatih gajah. Mahout bersama gajah dalam pertunjukan ringkas. Jam 2 petang. Kami sampai seawal jam 10 pagi. Terdapat papan tanda dan maklumat berkenaan di gajah. Ibu seronok membaca, anak sudah berlari masuk ke kolam hiasan yang belum siap. Masih dalam proses binaan. Ada tandas dan surau yang selesa. Selain itu, terdapat banyak kerusi rehat untuk pengunjung yang punya anak kecil macam...

Daftar Akaun Tabung Haji di ATM Maybank

Sebelum ini apabila hendak masukkan duit ke Tabung Haji kena pergi ke mana-mana pejabat Tabung Haji, isi borang deposit, ambil nombor, tunggu giliran dan ke kaunter apabila nombor dipanggil. Ada masa kena cuti separuh hari hanya untuk ke Tabung Haji. Jadi ini adalah berita baik kepada saya yang jarang ada masa untuk ke bank apa lagi Tabung Haji pada hari bekerja. Servis ini sudah lama, cuma saya yang baru tahu. Jadi untuk rekod dan makluman kepada anda yang belum tahu bagaimana caa untuk masukkan duit ke Tabung Haji dengan hanya transfer sahaja menggunakan Maybank2U. 1. Daftar Tabung Haji di ATM Maybank Ini langkah pertama yang kena buat, baru nombor Tabung Haji kita ada dalam M2U. Caranya, pergi ke mana-mana ATM Maybank. Masukkan kad ATM kemudian masukkan no pin kita sendiri. Kemudian pilih Tabung Haji. Pilih Pendaftaran Akaun Dewasa, masukkan nombor akaun Tabung Haji kita. Selepas itu kena masukkan no siri Buku Tabung Haji pula. Masa mula-mula nak daftar tak bawa buku...

Usahawan Bermula Dari Usia Kecil

Hari usahawan sekolah merupakan platform yang bagus untuk memperkenalkan anak pelajar dengan asas bisnes.  Pada hari ini, setiap kelas ada gerai jualan sendiri.  Guru bersama pelajar akan tentukan kelas mereka akan jual apa. Katakan sandwich.  Berapa banyak yang hendak dijual?  Apa bahan mentah yang kita perlukan?  Berapa kos yang diperlukan sebagai modal awal?  Berapa harga sandwich yang kita akan jual?  Anak ada maklumkan bahawa gerai yang mendapat kupon paling banyak menjadi juara.  Kupon terbanyak itu maksudnya apa?  Jualan tertinggi.  Dunia usahawan bukanlah hanya jualan yang paling banyak.  Kita lihat gerai mana yang mendapat perhatian pelanggan dari sudut khidmat pelanggan, gerai mana yang punya usp tersendiri.  Tahun lepas ada pelajar yang memakai apron datang ke meja ibu bapa yang sedang duduk berbual dan menikmati makanan, mereka menunjukkan barang jualan dan mula buat promosi. Inisiatif yang bagus. Lain d...

Bahasa Anak Kecil

"Ibu,  tengok ni" Seorang anak kecil berusia tiga tahun berlari mendapatkan ibunya yang sedang sibuk mencabut rumput di laman. "Ibu, Ammar pandai ambil ni. Ammar lompat macam ni" Beriya anak itu menceritakan kejayaan kecil yang baru dilakukan sambil menghulur tangan yang kemas memegang sebiji buah nona berwarna ungu. Sambil melompat sedikit beraksi seperti apa yang berlaku sebentar tadi. "Buah ni belum masak lagi" "Ibu, buka ni,  nak makan ni" "Belum masak keras lagi ni." Ini jika diperam pun tidak masak. Masih muda. Sangat muda. Anak tadi menggigit buah yang dipegangnya, dengan muka sedikit kelat, dia mengiyakannya.   "Keras lagi ni,  belum masak lagi. Kita simpan dulu." Pagi esoknya semasa ibu sibuk sediakan makanan di dapur. Si Ammar datang lagi membawa buah nona semalam. "Ibu, masak ni nak makan" Anak ini ingat buah ni belum masak di pohon boleh pula dimasak di atas dapur.   Tengahari itu ...

Jurnal Ramadan: Bagaimana Kami Bermula

Kisah kami bermula pada 2015. Tiga tahun lepas. Kami bermula dengan idea bagaimana menanam nilai kefahaman anak-anak berkenaan Ramadan. Kami menjadi rujukan ibu bapa dan guru apabila menceritakan tentang Ramadan kepada anak. Bukan itu sahaja, kami menjadi bahan penghibur dan pelengkap ketika waktu lapang terutama semasa menunggu berbuka. Tahun pertama kelahiran, kami tidak cantik mana. Sekadar cukup dengan isi dan kulitnya. Kami faham bahawa apabila kita mahu mulakan sesuatu, jangan tunggu sehingga sempurna. Mulakan dahulu dengan apa yang ada.   Wajah kami pada tahun kedua Tahun kedua, wajah dan isi kami semakin menarik. Orang kata kami menjual diri kami sendiri. Apabila ada yang melihat pasti tertarik mahu memiliki. Cetakan 4000 habis tidak sampai 3 minggu. Wajah kami pada tahun ini Namun kami tidaklah bermegah diri. Semuanya ciptaan Tuhan belaka. Idea yang datang kepada pereka desain dan konten semuanya anugerah. Tahun ketiga, semuanya semakin baik. Kon...

Ajar Anak Membaca Kaedah Sukukata: Buku Pandainya Adik Baca

Mengajar anak membaca perlu pelbagaikan teknik. Setiap anak mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Buku adalah sebagai alat bantu mengajar seperti juga kad imbas. Bagi anak yang sukar untuk menggabung bunyi menggunakan kaedah fonik, boleh cuba kaedah sukukata. Ia sama seperti mengajar anak mengaji menggunakan kaedah iqra'. Terus sebutkan bunyi tanpa perlu eja atau sebutkan huruf. ba ca da ha ga dan seterusnya. Mengajar anak membunyikan sukukata tidak perlu mengikut susunan huruf. Perhatikan anak yang baru pandai menyebut dan membunyikan suara. Antara bunyi yang mudah diikut adalah 'a' 'ma' 'ba' 'ta'. Ajar anak membunyikan perkataan walaupun anak masih belum boleh menyebut dengan betul. Bacakan anak buku cerita walaupun anak masih belum pandai membaca. Buku Pandainya Adik Baca ini menggunakan teknik sukukata. Fonik hanya diajarkan semasa kvk. Set PAB ini mengandungi 4 buku. Buku 1 dan 2 hanyalah kv sahaja. Buku 3 barulah diperkenalkan ...

Emosi Kanak-Kanak

Kajian mendapati tingkah laku berkait rapat dengan emosi yang dialami oleh kanak-kanak. Emosi kanak-kanak yang tidak diurus dengan baik mudah menunjukkan tingkah laku negatif. Kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah mula belajar mengawal dan melahirkan emosi. Kanak-kanak perlu kenal dan tahu perasaan yang mereka alami. Bagaimana cara untuk terangkan tentang perasaan kepada anak kecil? + Melalui permainan mimik muka + Lukisan emosi + Melalui cerita yang ditonton + Melalui pembacaan buku cerita + Melalui individu sekeliling Beritahu anak-anak tentang perasaan seperti; + Ibu gembira apabila ... + Ayah terharu .... + Ibu marah ... + Kakak sedih ... Perasaan yang dialami adalah normal. Apa yang perlu difahami adalah bagaimana tindakbalas kita terhadap perasaan tersebut. #NotaParenting

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah?

Ibu, Kenapa Kita Perlu Baca Bismillah? Saya tersentak semasa menikmati secawan kopi apabila anak saya datang dan bertanya soalan di atas. Sebagai ibu, belum pernah saya terangkan secara terperinci kepada anak-anak kenapa kita perlu mengucapkan Bismillah sebelum memulakan sesuatu. Saya menghela nafas panjang mencari jawapan yang tepat. Saya teringat kepada satu video tentang Bismillah yang saya lihat beberapa bulan yang lalu. Kupasan video itu sangat menarik minat saya sehingga saya mencatat sesuatu di dalam kertas. Ya kertas tersebut masih saya simpan. Bismillah. Kenapa kita kena baca Bismillah? 1. Allah adalah tempat bergantung manusia Manusia sifatnya lemah, kita seringkali mendengar kata-kata bahawa manusia sifatnya tidak sempurna. Jadi apabila kita hendak melakukan sesuatu, sudah tentu kita perlu meminta supaya Allah bantu sempurnakan yang kurang sempurna. 2. Allah melihat apa yang kita lakukan Apabila membaca Bismillah, kita ingat kepada Allah...

Biar Buku Tidak Cantik Asal Mahal Hasil

Conteng Muqaddam Anak-anak belajar dengan pelbagai cara. Jadi jangan terhad dengan satu kaedah sahaja. Ada anak yang suka mendengar dan mengikut sahaja bacaan (auditori) Ada anak yang suka melihat objek lain semasa belajar mengaji. Ini cara mereka belajar dengan lebih cepat (visual) Ada anak yang suka menggerakkan tangan dan badan semasa mengaji (kinestetik) Raikan sahaja stail pembelajaran anak-anak syurga ini. Selain menggunakan muqaddam dan kad imbas, boleh gunakan poster yang dibuat sendiri daripada kad manila untuk pengukuhan bacaan, pembelajaran secara berpusat (beramai-ramai) sambil menggerakkan tangan. Selain itu untuk anak-anak jenis visual boleh juga minta mereka lukis di muqaddam masing-masing menggunakan krayon. Saya pernah buat begini dengan seorang anak mengaji yang susah hendak mengingat bunyi pada awalnya. Sebagai contoh bunyi 'KA' kami kaitkan dengan kaki. Bentuk seperti L hampir sama. Setiap kali ada anak ini melihat 'KA' dia akan melihat kaki...